Sunday, October 26, 2008

TV3 - Sejarah Operasi

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 mula beroperasi pada 1 Jun 1984. Rumah Siaran awalnya ialah di Jalan Liku. Bangsar. Manakala pejabat pentadbiran di bangunan Pernas, Kuala Lumpur. Sementara Bahagian Kejuruteraan Luar di bawah seliaan Jurutera En. Yusof pula ditempatkan di Sungai Besi. Sebelumnya siaran percubaan selama dua bulan bermula April. Kakitangan paling awal juga menyertai stesen itu pada bula April tahun yang sama. Kebanyakan kakitangan tetipu dengan tarikh malapurkan diri pada 1 April, kerana hari tersebut ialah hari Ahad. Berkebutulan pula 1 April disambut di seluruh dunia sebagai April Fool.

Saya berkebetulan kurang meminati stesen itu akhirnya menyertai juga pada 1 Jun iaitu hari pelancaran siaran tapi mula berkerja pada 6 Jun. Antara kakitangan awal termasuklah En Jaafar Daud, Ketua Jurutera, En.Allias, Pengurus Kakitangan, Puan Mahani, Pentadbiran, En. Sabri (sekarang dah tauke besar) Kewangan bersama Puan Malini, En. (sekarang Dato) Ahmad Merican Rancangan, Ahmadi Hassan (sekarang Dato'-Penyanyi popular 60an) Perhubungan Awan. Mohd Noor Salleh (Allahyarham) sebagai Pengurus Besar.

Lain-lain termasuklah Sherkawi Jirim (sekarang Dato'), Kak Ani (Puan Rohani Yusof) Drama dan beberapa orang lagi. Manakala kakitangan teknikal dan penerbitan kebanyakannya datang dari RTM.

Olimpik Los Angeles adalah mukaddimah siaran lansung yang memberi cabaran yang akhirnya membawa kejayaan cemerlang pada stesyen

Pada Januari 1985, bermulalah episod baru dimana TV3 menerbitan berita sendiri. Sebelum itu berita hanya diambil dari RTM. Mahadhir Lokman adalah pembaca berita pertama. Selain beliau, pembaca Buletin Utama ketika itu ialah Ab. Razak Abdullah, Fitri Aziz, Christin Lim. A.Samad Ismail atau Pak Samad (Allahyarham) merupakan orang yang memberi bimbingan saehingga Buletin Utama menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Selain itu bahagian berita dan Majalah memulakan penerbitan programnya sendiri. Antaranya rancangan Kuali dan Nona di kendalikan oleh Anwardi Jamil dan Karim Mohamad (Allahyarham). Manakala Salleh Kasim yang bertanggungjawab di bahagian majalah pula menerbitkan Majalah 3 (Program ini popular sehingga ke hari ini). Saya merupakan krew pertama bersama Han Choo Huat (Jurukamera) dan Sudirman selaku penerbit membuat liputan pertama M3 mengenai pusat pemulihan dadah di bawah seliaan Tabung Haji di Bandar Muazam Shah, Bukit Ibam, Pahang.

Manakala bahagian hiburan pula menerbitkan rancangan hiburan pertama Juara Lagu kemudian dinamakan Musik-Musik. Juara Lagu pula dijadikan anugerah tahunan.
Bahagian Hiburan turut menerbitkan program tahunan ' Golden Kite World Song Festival. Ianya disiarkan secara langsung kebeberapa negara yang menjadi destinasi MAS.

Antara kakitangan awal yang terlibat dalam pnerbitan ini ialah Kak Zu (penerbit-sekarang menetap di German). Wan Maharuddin. Manakala kakitangan teknikal pula ialah Mohd. mahendran dan Limat Yon. Mereka berdua adalah Penerbit Teknikal pertama di stesen ini.

Sebenarnya TV3 meraih pelbagai kejayaan sepanjang operasinya. Tetapi kejayaan-kejayaan itu hanya diraikan oleh kakitangan penerbitan sahaja. Manakala kakitangan kejuruteraan hanya dianggap mesin dan tidak pernah diraikan dalam apa bentuk seklipun.

Seterusnya TV3 bertambah popular dengan kehadiran Wan Zaleha Radzi yang mengacarakan program Majalah 3 dan Ezzah Aziz Fauzi yang mengacarakan rancangan Nona. Namun sebelum itu pembaca susunan rancangan, Habibah dan Fauzen menjadi personaliti awal yang meraih populariti di stesen ini. Sehingga ke hari ini TV3 masih unggul walaupun berbagai cabaran ditempuhi.

No comments: