Saturday, October 25, 2008

Makan Paling Mahal

Buenos Aires, Argentina
Sept.1997

Kami berada disini untuk liputan berita lawatan Perdana Menteri ke negara-negara Amerika Latin. Argetina hanya satu-satunya negara di Amerika Latin yang ada dikalangan rakyatnya boleh berbahasa Inngeris. Jadi kami tidak mempunyai masaalah perhubungan disini. Namun ada satu perkara yang tetap menjadi masaalah iaitu makan.

Dalam kami merayau kehulu ke hilir, terjumpalah sebuah Chinese Restoran yang sudah tentulah ada makanan nasi disitu. Jadi bertandanglah kami kesitu. Bermulalah episod baru kami. Kami mengunjungi restoran ini sebanyak dua kali sehari. Harga makanannya agak boleh tahan. Untuk kami betiga makan, Danny Law-Cameraman, Wee Yong Meng-wartawan, dengan hidangan nasi sejemput, udang 3 ekor seorang dan dua lagi jenis masakan Cina yang saya tidak tahu namanya juga untuk 3 orang makan. Sekali makan harganya ialah USN1600 (Lebih kurang RM7,000 - ketika itu mata wang negara menjunam)
Nak jadi cerita, suatu hari Dato Ibrahim Ali (Ketika itu beliau ialah Tim. Menteri Di Jabatan Perdana Menter, sekarang Ahli Parlimen Bebas - Pasir Mas) nak belanja kami makan malam itu. Jadi setelah saya selesai menghantar bahan berita, saya bersama dua rakan tadi membawa beliau dengan kenderaan yang kami sewa ke restoran tersebut. Selesai saja makan, beliau bergegas panggil taukeh untuk membayarnya. Setelah diberikan bill oleh pekerja restoran itu, saya melihat dahi Dato' Ibrahim berkerut sambil melihat keatas kebawah pekerja yang masih berdiri tegap disebelahnya.
Dan kemudian beliau tersenyum dan memandang kearah kami;

"Gila puak ni, tempat mahal lagu ni pun mari. Baik mu pakai pitih ni beli barang ke bini mu" Katanya bergurau. Kami ketawa kerana memang dah diduga. Beliau mesti terkejut dengan harganya itu.

Nota:

Dato' Ibrahim Ali sangat popular di kalangan wartawan kerana sikapnya suka membantu wartawan dengan menghulur wang saku bagi meringankan bebanan mereka yang selalu kekeringan wang terutamanya di hujung bulan.

Gaji wartawan pula bukanlah sebesar mana. Cuma kadang-kadang kerja mereka menjadikan mereka glamour.

Disini saya susunkan jawatan yang ada di sesebuah media. Dan kita lihat wartawan berada di tahap mana.

Managing Editor, Editor, Producer, Assitant Producer, News Desk, Reporter(wartawan).

No comments: