Thursday, October 30, 2008

Cerita Kampung Ku - Pangkal Chuit

Kampung Pangkal Chuit, terletak di daerah Panyit, Machang adalah sebuah kampung yang kurang popular tetapi di waktu yang sama melahirkan beberapa orang kenamaan. Antaranya termasuklah Mat Noor Kwang yang mempunyai kehebatan tersendiri. Beliau dapat menjadikan duit hanya dari kertas surat khabar yang dikoyak. Pernah dikatakan beliau mengadakan kenduri selama tiga hari tiga malam dengan hanya menyediakan serba sekati peralatan iaitu beras, gula, garam daging, bawang dan beberapa perkakas lain. Beliau juga pernah ditahan polis kerana bertapa bersama dua muridnya dilubang kubur kampung ini.

Selain itu Sheikh Haji (Allahyarham), yang berasal dari sempadan Pakistan dan Afghanistan mennetap disini. Sehingga kini masih ramai anak cucunya yang masih tingal dikampung ini. Antaranya Nasir Khan bekas kakitangan TV3 adalah cucu kepada Sheikh Haji. Mereka dikatakan saudara mara kepada pelakon popular hindustan yang belum mendapat Dato, iaitu En. Salman Khan. Semasa En. Salman Khas mengunjungi Malaysia suatu ketika dulu untuk mengadakan konsert di Shah Alam dikatakan keluarga Sheikh Haji mengunjungi beliau.

Saya masih teringat sewaktu tahun 60an dan 70an, kemarau sentiasa melanda Kelantan terutamanya pada bulan April. Waktu itu perigi kekeringan. Boleh dikatakan kebanyakan penduduk mandi dan membasuh pakaian dengan air selut. Sungai Kelantan menjadi cetet dan orang ramai berlumba-lumba mencari etak. ( Etak ialah sejenis binatang berupa siput laut atau kerang tetapi bersaiz sedikit kecil. Ianya disalai sebelum dimakan sebagai snek. Mereka yang biasa memakan etak dengan hanya memasukkan beberapa biji ke dalam mulut dan kemudian kulitnya sahaja yang keluar manakala isinya di makan. Manakala mereka yang tidak berpengalaman sampai melilih air liur pun tidak juga dapat membukanya, Hanya dua bangsa yang makan binatang ini iaitu Jepun dan Orang Kelantan. Di Jepun harga etak teramat mahal. Makan sup etak semangkuk yang mengandungi lima biji boleh mencapai harga RM100. Binatang ini mempunyai khasiat terutamanya kalsium yang sangat tinggi)

Jadi setiap tahun mencari tradisi kepada penduduk kampung ini diadakan sembahyang hajat selepas solat Jumaat untuk memohon hujan.

Pada hari tersebut penduduk kampung kebiasaanya dari pagi bersiap sedia dengan menyembelih lembu, kambing atau ayam untuk mengadakan jamuan kenduri terutamanya untuk dijamu kepada mereka yang bersolat hajat nanti. Majlis ini diadakan ditengah sawah diantara Kampung BT.30 ke Pangkal Chuit.

Menakjubkan, sewaktu solat hajat tersebut, sudah kelihatan awan hujan berarak memenuhi kawasan. Sebaik saja solat selesai hujan pun mulai turun selebat-lebatnya hingga memenuhi telaga yang kering kontang sebelum ini. Orang ramai kebasahan dan perasaan gembira terbayang diwajah masing-masing.

Pernah suatu ketika, ada seorang hamba Allah mengunjungi rumah beliau untuk meminta nombor loteri. Sheikh Haji bukanlah orangnya untuk membantu jalan begitu. Tetapi pengakuan dari orang tersebut, beliau memenangi hadiah pertama apabila tiket yang dibelinya di Machang semasa perjalanan balik dari rumah Sheikh mengena.

Kampung Pangkal Chuit adalah simpang empat dari Tanah Merah Ke Kuala Krai dan dari Batu 30 ke Bukit Sireh, Kuala Krai. Kalau anda ke sana mungkin anda tidak menjumpai sign board bertulis Pangkal Chuit. Ini mungkin kerana Pegawai daerah atau Pegawai JKR yang bertanggung jawab kurang peka terhadap kehebatan kampung tersebut.

Di Malaysia hanya Kampung Pangkal Chuit saja yang ada kedai makanan yang menjual roti bernama 'Duda'. Roti ini seakan roti canai namun rasanya lebih sedap.

Walaupun banjir besar melanda Kelantan termasuklah semasa bah air merah, kampung ini langsung tidak terlibat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Nik Aziz mempunyai dua menantu di kampung itu manakala anak saudaranya juga berkahwin dengan orang di situ.

Asal Pangkal Chuit diambil dari nama limau chuit yang ditebang pohonnya sehingga meninggalkan pangkalnya sahaja. Hari ini kampung ini terang benderang diwaktu malam apabila Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sekarang yang berasal dari kampung ini memasang lampu-lampu jalan yang satu kilometer jarak kesemua arah dari simpang empat. Berkibaranlah bendera-bendera Pas dan Barisan Nasional menumpang tuah diatas tiang-tiang lampu tersebut.

Tuak Arak & Anak Babi

Tahukah anda suatu ketika dahulu Tuak Arak boleh diminum dan tidak haram. Tuak ini di jual di Stesen Keretapi, Pasir Mas, Kelantan.

Mengikut empunya cerita, Saudara Noran Abdullah, bekas wakil TV3 Kelantan yang berasal dari Seberang Pasir Mas, tuak tersebut dijaja oleh seorang penjaja dengan mengandar tuak tersebut ke hulu ke hilir di persekitaran stesen keretapi tersebut. Di Kelantan mengandar (dari perkataan kandar-sama seperti nasi kandar di P.Pinang yang asalnya dijaja dengan mengandar nasi tersebut ke hulu hilir) juga dipanggil mengarak. Jadi singkatan dari perkataan inilah menjadi 'tuak arak'.

Jangan marah!!!!

Tahukah anda mengapa anak babi berjalan tunduk?
Jawapannya ialah kerana mereka terasa malu apabila dipanggil anak babi kerana menyedari ibu bapa mereka babi walhal dia terlupa dia juga adalah babi.

Jangan marah!!!!!

Peristiwa Berbahasa Jepun

Peristiwa 1

1985-Nikkei, Tokyo
Saya ditugaskan membuat liputan syarikat Malaysia pertama di senaraikan di Papan Bursa Nikkei, Jepun. Syarikat tersebut ialah YTL. Kami menginap di hotel yang sama di mana hotel kesukaan Dr. Mahathir apabila ke Jepun iaitu Emperor Hotel.

Kebetulan pegawai penyelaras YTL ketika itu ialah Sdr Mahathir Lokman (sekarang Dato') Beliau bukanlah berkerja dengan YTL tetapi YTL melantik beliau sebagai penyelaras media untuk assignment tersebut.

Mahadir bertugas menyelaras semua kerja-kerja media termasuk kemudahan pengangkutan.
Suatu hari semasa di dalam Coaster (bas mini) Mahadir memberitahu pemandu coater tersebut untuk ke suatu distinasi. Pemandu tersebut tetap tidak faham walau pun berbagai cara beliau memberitahunya. Saya berkebetulan berada dihadapan lalu mencelah memberitahu Mahadir.

"Dir, di simi ,mana boleh cakap Inggeris. Dia orang mana faham! " kata saya.

"Habis, tak kan aku nak cakap Jepun. Mana aku pandai" Balas Mahadir.

"Cakaplah Perancis" Balas saya. Mahadir sememangnya fasih berbahasa Perancis. Sebab itulah setiap kali Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Malaysia, beliaulah yang menjadi pengacara terjemah bahasa tersebut.

"Lagi tak faham!" Katanya sambil ketawa.

"Ginilah Dir, biar aku cakap" Kata saya.

"Cakaplah kalau kau pandai" Katanya lagi. Saya terus mendekati pemandu Jepun itu.

"Sumimassen ga. Imma kara Aiporto itte kudasai! (Maafkan saya, sekarang kita hendak menuju ke Airport" Saya mula berbahasa Jepun dengan pemadu itu.

"Hait, gommen, wakarimasta (Ya, maafkan saya, saya dah faham)" Balas Jepun tadi sambil tersenyum.

Mahadir kehairanan apabila melihatkan Jepun itu faham bila saya berbahasa.

"Bila masa kau belajar Jepun?" Tanya Mahadir kepada saya serius.

Saya ketawa dan melawak "Kan kita dah dua tiga hari disini. Hari-hari dengar orang cakap Jepun. Tak kan tak boleh faham sikit-sikit"

"Bohonglah. Tentu kau belajar dimana-mana!"
"Sebenarnya 12 tahun dulu aku dah tinggal disini. Aku belajar disini" Jelas saya.
"Aku respect" Kata Mahadir dan menutup cerita. Bas berjalan lancar melalui Bandar raya Tokyo dan melintasi kawasan Disneyland sambil keretapi laju 'Shinkansyen' melintasi bas kami.


Peristiwa 2.

Vancouver, Kanada.

Persidangan Ketua-Ketua Negara APEC - 1998

Semasa persidangan ini, media diberi booth khas untuk liputan siaran dan sebagainya. Diantara persidangan yang pernah saya lalui, Kanada lah tuan rumah yang paling mewah yang pernah kami rasakan. Sepanjang persidangan pihak penganjur sentiasa menyediakan makanan bermutu tinggi dari pagi sehinggalah ke malam. Makanlah sampai muntah-muntah pun tiada siapa yang peduli. Dalam cuaca yang sejuk lebih kurang 5 darjah celcius, saya, rakan setugas Halim, Jurukamera Zakir dan Zahari, Wartawan Fuad Onah dan Nasharudin tetap menbantai aiskrim yang harganya sangat mahal kerana disediakan percuma. Semasa makan tiada lain yang kami lakukan, kami hanya tergelak. Nak kata kampung pun nampak juga Mat Salleh membaham sama. Jadi kami bersikap prduli apa.

Apabila telefon berdering yang kebetulan Halim mengangkatnya lalu dihulurkan kepada saya "Aku tak faham, kau cakaplah Mail!' Katanya.

Saya mengambil dan bercakap. Rupa-rupanya seorang Jepun dari Fuji TV yang ingin bertanyakan sesuatu. Saya minta Jepun tadi datang ke booth kami. Fuad (kini taukeh GBSB) kehairanan melihat aku berbahasa Jepun.

"Kau biar betul Mail" katanya.

Sebentar kemudian Jepun tadi muncul. Aku berbahasa Jepun dengan pelbagai cerita. En. Fuad bertambah hairan. Dan akhirnya Halim memberitahu beliau yang saya sememangnya boleh berbahasa Jepun. Fuad hanya tersengeh.

"Terar kau!" Katanya.


Peristiwa 3

Studio B, Jalan Liku, Bangsar - 1995

Pagi itu MHI menjemut sepasukan pakar perabut Jepun menjadi tamu MHI. Saya bertugas sebagai Penerbit Teknikal bersama Haji Hashim (Allahyarham) selaku penerbit. Dari bilik penerbitan beliau mengarah penolong penerbitan supaya memberitahu kedudukan perabut yang Jepun bawa itu.Jepun tidak berapa faham kerana berbahasa Inggeris. Lantas saya mencelah dengan mengunakan bahasa Jepun.

"Kau jangan main-main Mail" Haji Hashim menegur saya kerana beranggapan saya bergurau. Saya langsung ke dalam studio dan bercakap dengan Jepun tadi. Suara percakapan di studio dapat didengar meliputi bilik audio, Lampu dan penerbitan. Kawan saya memberitahu yang saya sebenarnya boleh berbahasa Jepun, Hj. Hashim sangat terkejut kerana saya benar-benar boleh berbahasa Jepun. Crew hanya ketawa melihat gelagat beliau.


Peristiwa 4.

Mesyuarat antara Wakil Jepun dan kedutaan Malaysia bersama Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir di Hotel Emperor, Tokyo.

Sept. 1997

Mesyuarat tersebut berlansung sebagai lanjutan lawatan Perdana Menteri ke Jepun. Turut hadir ialah Duta Malaysia Ke Jepun, Dato Khatib ( nama penuh saya lupa), Presiden dewan perdagangahn Malaysia Jepun, Tan Sri Suzuki. Kami wartawan Malaysia kebanyakan hadir dalam majlis tersebut.

Secara kebetulan, semasa wakil Jepun bercakap dalam bahasa Inggeris, beliau terlupa satu perkataan dan beliau cuba menyebut dalam bahasa Jepun. Beberapa pegawai Jepun cuba terjemahkan dalam bahasa Inggeris tetapi tidak tepat. Secara spontan saya terjemahkannya dan diiakan pula oleh seorang pegawai Jepun lain.

Dato Khatib terus mencelah " kalau macam ini awak kena kerja dengan kami!"
Dr. Mahadhir yang agak terpegun ketika itu menganggok dan tersenyum. Tan Sri Suzuki lantas bangun dan datang kearah saya lalu mengulur Business Card nya kepada saya.

Tuesday, October 28, 2008

Majalah 3 - Outstation Pertama

Bandar Muazzam Shah, Bukit Ibam, Kuantan.
March 1985

Majalah 3, rancangan majalah di TV3 yang paling popular sehingga ke hari ini. Namun tidak ramai yang mengetahui tentang sejarahnya. Rancangan ini bermula apabila Penolong Pengurus Hal Ehwal Semasa En. Salleh Kasim yang mendapat ilham secara spontan menamakan Majalah 3 sebaik saja diminta pendapatnya oleh Pengurus Program En. Ahmad Merican (sekarang Dato') ketika keluar daripada lif. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1985 ini akhirnya membawa kejayaan cemerlang dimana rancangan ini mendapat sambutan menggalakan dari penonton sehingga pernah mendapat rating yang tinggi di negara.

Liputan pertama ialah Pusat Pemulihan Penagiih Dadah Tabung Haji di Bandar Muazam Shah, Pahang.

Saya, Jurukamera Han Choon Huat, Penolong Penerbit Sudirman Hj. Rosli dan Pemandu (di TV3 dikenali sebagai Pilot) merupakan crew yang pertama ditugaskan membuat liputan untuk program ini.

Ini merupakan kerja outstation pertama dilakukan oleh crew. Jadi kami bersiap sedia sehari sebelumnya bahkan keesokan pagi kami berada awal di Studio Jalan Liku walau pun dah berjanji untuk bertolak jam 3 petang. Bandar Muazam Shah, walaupun pertama kali kami mengunjunginya, tanpa peta dan sebagainya, kami menganggap tempat itu tidak jauh. Jangkaan kami sebelum maghrib kami akan berada disana. Rupa-rupanya jangkaan kami meleset.

Jam hampir 4 petang kami bertolak dari Bangsar menuju ke Bentong, Pahang. Disana kami merancang untuk bertanya tempat yang ditujui itu. Jam 6 ptg kami tiba disana. Pemandu setelah mendapat cadangan dari Penerbit terus menuju ke Balai Polis untuk bertanya.

Kami terkejut apabila diberitahu bahawa tempat yang kami tuju itu lima jam lagi perjalanan dari Bentong. Kami panik seketika. Kami dinasihatkan ke Kuantan dan bertanya pula di sana. Tanpa berlengah kami terus ke Kuantan.

Semasa di Temerloh kami melalui jalan baru yang masih belum di buka. sebenarnya kami tidak mengetahui jalan ke Kuantan, ini bermakna melalui jalan itu bukanlah sengaja tetapi sebenarnta tesesat. Sunguh malang, tiba di suatu tempat jalan yang melalui sebatang sungai belum lagi siap jambatannya. Kami terpaksa menuruni curam yang agak tinggi dengan keadaan yang sangat berhati-hati. Kami terpaksa melalui jambatan sementara yang dibina dari papan yang muat-muat uintuk sebuah kereta kecil. Keberanian kami itu berkebetulan ada sebuah kereta lain yang dipandu oleh seorang wanita seorang diri merentasi jambatan tersebut. Bagi kami kalau seorang perempuan boleh melepasinya, takkan kami takut pula. Tajudin (pemandu) memberanikan diri dan akhirnya kami berjaya melintasi sungai tersebut dengan perasaan yang sangat berdebar.

Kami tiba di Kuantan jam 9 malam. Terus ke balai polis dan bertanyakan tempat itu. Kami diberitahu perjalanan dari Kuantan ketempat tersebut mmengambil masa hampir 3 jam. Jadi kami mengambil keputusan untuk bermalam di Kuantan. Dan kami bermalam di Hotel Merlin di Telok Cempedak.

Keesokan pagi kami bertolak awal ke sana. Kami selamat sampai di waktu tengahari. Selepas berehat di sebuah restoran dan makan di situ kami terus kerumah persinggahan yang di sediakan oleh pihak Tabung Haji. Rumah tersebut ialah sebuah rumah peneroka Felda yang ditinggalkan. Petang itu kami terus ke Pusat Pemulihan dan bermesyuarat dengan pengetua pusat tersebut.

Malam itu kami termenung di rumah penginapan yang kurang selesa itu. kemudian Sudirman mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah rehat. Nasib kami baik apabala ada sebuah bilik yang di khaskan untuk kerabat di raja Pahang kosong. Jadi kami menyewa bilik tersebut. Kami tidur di dalam kelambu bagaikan seorang raja.

Keesokan pagi kami mula membuat penggambaran di Pusat Pemulihan tersebut.
Pusat Pemulihan Tabung Haji ini dijaga oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Haji. Menurut beliau pusat ini tidak berpagar kerana terletak ditengah-tengah ladang kelapa sawit. Waktu itu kadang kala ada seladang atau harimau merayau. Jadi penghuni tidak akan lari kerana dikhuatiri menjadi makanan binatang tersebut. Ada juga artis popular disitu. Dia berpesan kepada saya (yang berkebetulan menghisap rokok) supaya jangan memberi rokok kepada penghuni. Oleh kerana saya bersimpati, saya secara diam-diam menghulurkan juga kepada mereka. Kata ustaz lagi, kebanyakan penghuni yang bebas tidak mahu keluar dari pusat itu kerana sangat seronok tinggal disitu dan ada yang terus berkerja diladang tersebut. Rahsianya kata ustaz lagi ialah berbuat baik kepada mereka bagaikan adik sendiri.

Didalam perjalanan pulang, diwaktu tengah malam kami terserempak dengan beberapa landak putih berkeliaran ditepi jalan.

Tape putus.Selesai saja tugas kami di Tabung Haji, kami mengambil peluang merakam gambar di bandar Bukit Ibam. Bandar ini terletak tidak jauh dari Muazam Shah. Suasana bandar ini agak sepi kerana ramai penghuninya telah berpindah. Di sini ada suatu cerita menarik yang hendak disampaikan.

Sewaktu kami merakamkan gambar dipersekitaran bandar, setelah dimainkan semula apabila dimainkan semula rakaman tadi, didapati semuanya tidak terakam. Oleh kerana kami membuat temujanji dengan seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah disitu untuk meneruramahnya, kami dapati semua rakaman temuramah Guru tadi diatas tape yang sama, didapati elok. Semuanya terakam dengan jelas. Kemudian kami kembali ke tempat tadi untuk mengadakan rakaman semuala. Dipertengahan rakaman, tiba-tiba tape terputus. Mengikut kebiasaan tape yang diperbuat dari plastik campuran ini sangat susah untuk putus walaupun ditarik sekuat-kuatnya oleh tenaga biasa. Kami bertanyakan seorang pekedai disitu. Katanya, dulu ada juga Mat Salleh mengalami peristiwa yang sama.

Dihalau pegawai JKR.
Semasa rakaman di dalam bandar, kami sempat merakam kenderaan dan jentera JKR yang tersadai walaupun keadaannya nampak masih baru. Sedang asyik kami membuat rakaman, seorang pegawai yang tiba-tiba keluar dari pejabatnya membawa kayu menghalau kami. Kami pun apa lagi, lari lintang pukang berteraburan. Kami sama-sama ketawa dalam kereta.

Catatan.

Pengalaman pertama ini menarik kerana, ketika itu kami masih belum tahu jalan-jalan di Malaysia. Yang kedua ialah kami belum berpengalaman menghadapi situasi penggambaran dan masaalah yang mungkin timbul. Ketika itu sebenarnmya TV3 hanya ke udara di Lembah Kelang. Jadi orang luar belum mengenali kami. Kebanyakkan mereka memanggil kami RTM3.

Monday, October 27, 2008

Di Tahan Di LA Airport

Los Angeles, USA, 1997

Kami ditugaskan untuk membuat liputan persidangan PECC di Santiago, Chile dan lawatan Perdana Menter ke Buenos Aerie, Argentina. Ketika itu MAS ada penerbangan ke Buenos Aires melalui Johanesberg, Afrika Selatan.

Saya sememangnya merancang perjalanan melalui Amerika Sharikat dengan tujuan tidak lain kerana nak mengambil angin disana.

Seperti biasa penerbangan dari Kuala Lumpur selama 6 jam akan singgah di Tokyo sebelum meneruskan penerbangan ke Los Angeles selama 13 jam lagi. Nasib kami baik kerana peraturan syarikat membolehkan kami duduk di Kelas Pernigaan sekiranya perjalanan melebihi 6 jam.

Oleh kerana kerja liputan berita, banyak juga pealatan yang kami bawa. Mengikut peraturan sesiapa yang membawa barangan yang akan dibawa balik semula mestilah di sahkan oleh pihak kementerian luar atau MITI dengan mengisi borang Carnet. Seperti biasa, setiap kali saya keluar negara, saya tidak pernah mengisi borang tersebut. Sebenarnya saya menggunakan taktik tidak faham apabila berhadapan dengan kastam dimana-mana negara. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.

Setibanya di Los Angeles saya di tahan oleh pihak kastam.

"Do you have Carnet" tanya Pegawai Kastam itu kepada saya. Wee Yong Meng (Wartawan) dan Danny Lau (Jurukamera) kelihatan panik. Mereka berdua berdiri di sebelah saya.

" I don't understand Sir. It is something like internet?" Balas saya berpura-pura tak tahu.

" No, no" Jawab kastam tadi dengan suara yang agak garang.

"Who's the boss, who's the bos" Tanyanya lagi pada kami bertiga.
Saya menunjuk kearah kearah Wee.

"Kena dah Mail, kena dah. aku dah kata, tapi..." Wee nampak macam geram.

"Come, come" Arah kastam itu supaya kami bertiga mengikutnya.

Kami mengikut dengan perasaan berbagai. Manalah tahu, takut-takut bermalam di lokap. kami terus dibawa ke sebuah bilik. Kami di suruh duduk. Sebentar kemudian datang seorang pegawai kastam lain menyoal siasat kami.

"Where are you going? Tanya kastam tadi kearah kami bertiga.

Wee dan Danny berdiam. " Tak apa Wee biar aku sorang yang cakap. kau orang diam" kata saya supaya mereka bertenang.

" We are on the way to Santiago. We are from Malaysia, TV3. We follow our Prime Minister visit Chile and attending the PECC." terang saya.

"Never mind. But why you come thru here?" Soalnya kastam itu. Mungkin dia tahu ada penerbangan Malaysia melalui route lain.

"Kali ini ada chance. Aku nak keletong Mat salleh ni" Kata ku dalam hati.

" Like this Sir " Aku mula goreng. " Actually so long time I dream to come here. But now come to reallity. Thats why I've plan to visit Hollywood and Disneyland" Sambung ku lagi. Pegawai kastam itu terdiam sejenak. sebentar kemudian dia meninggalkan tempat itu. Tak lama kemudian muncul lagi pegawai lain yang pangkatnya lebih besar. Kali ini nampak air mukanya lembut sikit,

"You want drink? Tiba-tiba muncul suaranya.
"No Sir, Thank you" Balas ku.

"No you have to drink" katanya lagi.
"Ok Sir, anything" Kata ku.
"No, you have to choose your drink" Katanya lagi.
"Ok Sir, coffee" Kata ku.
Sementara Wee dan Danny juga meminta coffe. Sebentar kemudian minuman pun dihidangkan bersama biskut. Pegawai Kastam berborak dengan kami dan bertanya macam-macam. Beliau meminta buku yang mempunyai gambar Malaysia. Kebetulan kami mengambil buku majalah MAS dalam pesawat tadi dan hulurkan padanya. Dia nampak kagum melihat gambar-gambar di Malaysia.

"Ok. if one day I come to your country, do you willing to entertain me?" Tanyanya seolah-olah mahu menyudi kami.
Wee dengan pantas menjawab "Off course Sir!"
"I know you in trouble, you wll said 'off course' but when I coming there you will not answer my call!" Katanya sambil bergurau.
Saya terus mencelah " No Sir, I am guarantee, don't worry."
Beliau hanya tersenyum melihat karakter kami.
Tidak lama kemudian " Ok, you all can proceed. I'm sorry. Take care your self. Bye!" Katanya memberi singnal kepada kami tanda selesai dan bebas.
"Bye, bye!" Ucapnya sebaik saja kami melangkah keluar pintu. Dua tiga pegawai lagi yang berada berhampiran pintu juga mengucapkan selamat jalan kepada kami.

Nota.

Apa yang nak saya gambarkan di sini ialah sikap pegawai kastam tersebut. Pada mulanya mereka agak serius. Tetapi kemungkinan apabila melihat riak wajah kami sebenarnya tidak berniat jahat masuk ke negara mereka, riaksi mereka terus berubah. Apa yang agak melucukan ialah mereka bye bye kepada orang yang mereka siasat. Ini menunjjukan cara mereka menangani tugas sangat professional.

Sunday, October 26, 2008

TV3 - Sejarah Operasi

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 mula beroperasi pada 1 Jun 1984. Rumah Siaran awalnya ialah di Jalan Liku. Bangsar. Manakala pejabat pentadbiran di bangunan Pernas, Kuala Lumpur. Sementara Bahagian Kejuruteraan Luar di bawah seliaan Jurutera En. Yusof pula ditempatkan di Sungai Besi. Sebelumnya siaran percubaan selama dua bulan bermula April. Kakitangan paling awal juga menyertai stesen itu pada bula April tahun yang sama. Kebanyakan kakitangan tetipu dengan tarikh malapurkan diri pada 1 April, kerana hari tersebut ialah hari Ahad. Berkebutulan pula 1 April disambut di seluruh dunia sebagai April Fool.

Saya berkebetulan kurang meminati stesen itu akhirnya menyertai juga pada 1 Jun iaitu hari pelancaran siaran tapi mula berkerja pada 6 Jun. Antara kakitangan awal termasuklah En Jaafar Daud, Ketua Jurutera, En.Allias, Pengurus Kakitangan, Puan Mahani, Pentadbiran, En. Sabri (sekarang dah tauke besar) Kewangan bersama Puan Malini, En. (sekarang Dato) Ahmad Merican Rancangan, Ahmadi Hassan (sekarang Dato'-Penyanyi popular 60an) Perhubungan Awan. Mohd Noor Salleh (Allahyarham) sebagai Pengurus Besar.

Lain-lain termasuklah Sherkawi Jirim (sekarang Dato'), Kak Ani (Puan Rohani Yusof) Drama dan beberapa orang lagi. Manakala kakitangan teknikal dan penerbitan kebanyakannya datang dari RTM.

Olimpik Los Angeles adalah mukaddimah siaran lansung yang memberi cabaran yang akhirnya membawa kejayaan cemerlang pada stesyen

Pada Januari 1985, bermulalah episod baru dimana TV3 menerbitan berita sendiri. Sebelum itu berita hanya diambil dari RTM. Mahadhir Lokman adalah pembaca berita pertama. Selain beliau, pembaca Buletin Utama ketika itu ialah Ab. Razak Abdullah, Fitri Aziz, Christin Lim. A.Samad Ismail atau Pak Samad (Allahyarham) merupakan orang yang memberi bimbingan saehingga Buletin Utama menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Selain itu bahagian berita dan Majalah memulakan penerbitan programnya sendiri. Antaranya rancangan Kuali dan Nona di kendalikan oleh Anwardi Jamil dan Karim Mohamad (Allahyarham). Manakala Salleh Kasim yang bertanggungjawab di bahagian majalah pula menerbitkan Majalah 3 (Program ini popular sehingga ke hari ini). Saya merupakan krew pertama bersama Han Choo Huat (Jurukamera) dan Sudirman selaku penerbit membuat liputan pertama M3 mengenai pusat pemulihan dadah di bawah seliaan Tabung Haji di Bandar Muazam Shah, Bukit Ibam, Pahang.

Manakala bahagian hiburan pula menerbitkan rancangan hiburan pertama Juara Lagu kemudian dinamakan Musik-Musik. Juara Lagu pula dijadikan anugerah tahunan.
Bahagian Hiburan turut menerbitkan program tahunan ' Golden Kite World Song Festival. Ianya disiarkan secara langsung kebeberapa negara yang menjadi destinasi MAS.

Antara kakitangan awal yang terlibat dalam pnerbitan ini ialah Kak Zu (penerbit-sekarang menetap di German). Wan Maharuddin. Manakala kakitangan teknikal pula ialah Mohd. mahendran dan Limat Yon. Mereka berdua adalah Penerbit Teknikal pertama di stesen ini.

Sebenarnya TV3 meraih pelbagai kejayaan sepanjang operasinya. Tetapi kejayaan-kejayaan itu hanya diraikan oleh kakitangan penerbitan sahaja. Manakala kakitangan kejuruteraan hanya dianggap mesin dan tidak pernah diraikan dalam apa bentuk seklipun.

Seterusnya TV3 bertambah popular dengan kehadiran Wan Zaleha Radzi yang mengacarakan program Majalah 3 dan Ezzah Aziz Fauzi yang mengacarakan rancangan Nona. Namun sebelum itu pembaca susunan rancangan, Habibah dan Fauzen menjadi personaliti awal yang meraih populariti di stesen ini. Sehingga ke hari ini TV3 masih unggul walaupun berbagai cabaran ditempuhi.

SUP ISTIMEWA DAN BUAH MANGGIS PALING MURAH DI DUNIA

Vientiane, Laos
Jun 1986


Dalam rangka lawatan ke Vietnam bagi menyelesaikan kes pendatang haram Vietnam yang di tempatkan di Pulau Bidong, Terengganu, Timbalan Perdana Menteri En. Ab. Ghaffar Baba mengambil peluang melawat salah satu lagi negara Indocina, iaitu Laos.

Rombongan negara menggunakan pesawat khas iaitu Jet Eksekutif Kerajaan Malaysia ( Jet ini berrwarna putih dan di badannya tertulis Malaysia. Crewnya terdiri dari anggota tentera udara diRaja). Kami berlepas dari Lapangan Terbang Sungai Besi. Rombongan ketika itu termasuklah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Raja Arrifin (Allahyarham), Dato Kamuruddin Jaafar, (Setiausaha Politik En. Ghaffar sekarang Setiausaha Agong PAS) dan Dato' Kalimullah (orang korporat tetapi ketika itu Setiausaha Akhbar En. Ghaffar).

Vientiane ketika itu tak ubah seperti Gua Musang tahun 70an. Semua rombongan kami di tempatkan disebuah hotel yang paling besar dibandar Vientiane ketika itu yang saiznya macam rumah double storey di Malaysia.

Malam itu kami diraikan dengan majlis Jamuan Negara oleh kerajan Laos. Hidangan sangatlah istimewa. Kijang bakar dan berbagai. Tapi yang menariknya di hadapan kami yang diletakkan semangkuk besar bagi setiap tiga orang ialah sup istimewa. Kami sebenarnya makan di meja bulat besar mesyuarat. Jadi kami duduk mengelilingi meja itu.

Majlis juga turut disertai Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan Laos. Dalam keadaan agak lapar bertambah pula makanannya lazat dihadapan, kami pun makanlah tanpa menoleh kiri kanan. Dalam masa yang begitu singkat, sup dihadapan kelihatan tiga suku telah dimakan manakala kijang bakar juga turut dijadikan habuan.

Sambil makan saya terdengar perbualan wartawan (dah lupa dari akhbar mana?) berbual dengan pegawai kanan kerajaan yang duduk disebelah saya.

"Small tuttle, small turtle!" katanya kepada wartawan tersebut.
Saya pun terus mencelah " baik kau sahkan betul-betul. kalau tidak silap aku dia sebut small turtle, maknanya penyu kecil tu!"
"Ya tak ya juga" Balas kawan ku. 'Tapi dah nak habis semangkuk dah ni" Sambil ketawa.
Kami sama-sama ketawa. En. Gahafar nampaknya tengah sedap menghirup sup macam jeli tu.

Pegawai Kedutaan kita yang berada di sebelah wartawan tadi cuba sahkan dengan pegawai kanan Kerajaan Laos yang duduk di sebelahnya.

"Yes,yes small tuttle. Malaysia ok?" Jelas pegawai itu dengan tegas.

"Kita dah kenah dah" Kata wartawan itu. Kami gelak bersama.

Dengan bahasa yang lembut, pegawai kedutaan kita membuat pengumuman.
" Dato', Dato, Tuan-tuan, saya minta maaf, Ada salah faham sikit, Jadi yang sup di tengah tu kita minta tarik balik. Terima kasih."

Yang kurang perasan terpinga-pinga. Mereka terpaksa hentikan menghirup sup labi-labi yang sedapnya sampai menjilat jari.

Manggis

Hotel ini sebenarnya mengadap Sungai Mekong yang letaknya lebih kurang 30 meter di tebing sungai itu. Di sebelah kanan dapat dilihat jambatan panjang yang melintasi sungai tersebut untuk ke negara Thailand. Sungai Mekong adalah sempadan antara Laos dan Thailand. Di tepi sungai lebih kurang 20 meter ke sebelah kiri hotel kelihatan orang ramai membeli belah dan bersantai di gerai minuman. Tempat itu seoalah-olah pasar tani di Malysia tetapi di situ adalah tempat yang agak besar bagi mereka. Saya berjalan sambil melihat gaya hidup orang di situ. Bercangkung sambil minum teh di gerai yang kesemuanya terletak terus di atas tanah. Yang bernasib baik dapatlah duduk diatas bangku rendah sambil makan juadah yang dijual. Saya terlihat Dato' Raja Arifin (Menteri) sedang berdiri di hadapan longgokan buah dan saya terus ke tempatnya.

"Dato' nak beli ke?" Tanya saya.
" Boleh juga kalau awak nak bawa" Katanya.'
"Ini kena usung dua orang ni kalau nak bawa ke hotel" Sambung dsaya sambil merujuk kepada buah yang telah tersedia di dalam guni besar satu tan yang orang Kelantan panggil guni jalur hijau.

Tanpa berlengah lagi Dato' Raja Arrifin terus membayar untuk dua guni. Setelah dikira, semuanya berjumlah RM 1. Kami terkejut sakan. Tak disangka pula dua guni besar buah manggis berharga hanya satu ringgit itu pun mungkin penjual dah tekan harga kerana dia tahu kami orang luar.

Saya dua tiga orang lagi mengusung buah itu ke lobbi hotel. Dan disitu kami pun makanlah buah manggis paling murah di dunia.

Saturday, October 25, 2008

Makan Paling Mahal

Buenos Aires, Argentina
Sept.1997

Kami berada disini untuk liputan berita lawatan Perdana Menteri ke negara-negara Amerika Latin. Argetina hanya satu-satunya negara di Amerika Latin yang ada dikalangan rakyatnya boleh berbahasa Inngeris. Jadi kami tidak mempunyai masaalah perhubungan disini. Namun ada satu perkara yang tetap menjadi masaalah iaitu makan.

Dalam kami merayau kehulu ke hilir, terjumpalah sebuah Chinese Restoran yang sudah tentulah ada makanan nasi disitu. Jadi bertandanglah kami kesitu. Bermulalah episod baru kami. Kami mengunjungi restoran ini sebanyak dua kali sehari. Harga makanannya agak boleh tahan. Untuk kami betiga makan, Danny Law-Cameraman, Wee Yong Meng-wartawan, dengan hidangan nasi sejemput, udang 3 ekor seorang dan dua lagi jenis masakan Cina yang saya tidak tahu namanya juga untuk 3 orang makan. Sekali makan harganya ialah USN1600 (Lebih kurang RM7,000 - ketika itu mata wang negara menjunam)
Nak jadi cerita, suatu hari Dato Ibrahim Ali (Ketika itu beliau ialah Tim. Menteri Di Jabatan Perdana Menter, sekarang Ahli Parlimen Bebas - Pasir Mas) nak belanja kami makan malam itu. Jadi setelah saya selesai menghantar bahan berita, saya bersama dua rakan tadi membawa beliau dengan kenderaan yang kami sewa ke restoran tersebut. Selesai saja makan, beliau bergegas panggil taukeh untuk membayarnya. Setelah diberikan bill oleh pekerja restoran itu, saya melihat dahi Dato' Ibrahim berkerut sambil melihat keatas kebawah pekerja yang masih berdiri tegap disebelahnya.
Dan kemudian beliau tersenyum dan memandang kearah kami;

"Gila puak ni, tempat mahal lagu ni pun mari. Baik mu pakai pitih ni beli barang ke bini mu" Katanya bergurau. Kami ketawa kerana memang dah diduga. Beliau mesti terkejut dengan harganya itu.

Nota:

Dato' Ibrahim Ali sangat popular di kalangan wartawan kerana sikapnya suka membantu wartawan dengan menghulur wang saku bagi meringankan bebanan mereka yang selalu kekeringan wang terutamanya di hujung bulan.

Gaji wartawan pula bukanlah sebesar mana. Cuma kadang-kadang kerja mereka menjadikan mereka glamour.

Disini saya susunkan jawatan yang ada di sesebuah media. Dan kita lihat wartawan berada di tahap mana.

Managing Editor, Editor, Producer, Assitant Producer, News Desk, Reporter(wartawan).

Peristiwa -BERSAMA ARTIS POPULAR JEPUN

Canadian Airlines -Penerbangan dari Toronto ke Tokyo.
Mei 1997

Selesai saja menngadakan liputan persidangan APEC Finance Minister meeting di Kananaskis, Calgary, kami meneruskan liputan lawatan Menteri Kewangan Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Bandaraya Ottawa. Keesokan paginya kami berlepas ke Toronto kerana Anwar mengadakan lawatan kesini pula. Dari Toronto kami mengambil Flight awal pagi untuk ke Tokyo kerana ditugaskan membuat liputan lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad ke Jepun. Saya bersama Zakir, Jurukamera dan Nasharuddin, Wartawan.

Penerbangan kami dengan pesawat Canadian Airline di bahagian Kelas Perniagaan mengambil masa hampir 10 jam. Saya berada di tempat duduk bahagian kanan. Penumpang terdiri dari perbagai bangsa. Tetapi di sebelah kanan bahagian hadapan pesawat kelihatan dua pemuda Jepun dan seorang wanita kelihatan luar biasa. Mereka berpakaian gelap, bercermin mata hitam dan berambut panjang. Sepanjang perjananan hanya kelihatan tidur tanpa menghiraukan makan dan minum. Saya merasa pelik kerana melalui pengalaman saya jarang Jepun berkelakuan begitu. Berbagai perasaan timbul difikiran saya. Sekali sekala saya teringatkan kisah Yakuza tetapi apabila diintai, semua jari-jarinya elok, Tak ada pula yang terpotong sepertimana ahli Yakuza yang diwajibkan memotong satu jari, kebiasaannya kelingking. Bagi saya, lantak lah asalkan jangan kau rampas kapalterbang ini cukuplah.

Petang, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Sebaik saja pintu pesawat di buka kedua lelaki dan wanita tersebut bergegas bangun dan bersedia untuk keluar pesawat. Saya mengambil peluang berdiri dibelakang mereka untuk mengetahui siapakah mereka. Sebaik saja melangkah keluar pintu pesawat, kelihatan ada dua crew televisyen membuat liputan. Saya melangkah laju dibelakang mereka untuk mengetahui selanjutnya. Keluar saya dibahagian pemeriksaan imigrisen, kelihatan sepasukan crew menemuramah mereka dengan liputan eksklusif sebuah penerbitan. Siap dengan lampu dan pelbagai kemudahan, Saya terus berlalu dari situ menuju ke bahagian pengambilan baggage.

Malam itu, saya menonton Berta TV di bilek hotel Emperor, hotel penginapan kami dan juga Perdana Menteri. (Harga sebuah bilik hotel enam bintang itu ialah USD 1600 sehari. Kami tinggal disini selama 10 hari. Kami ambil dua bilik. Saya berkongsi bilik bersama Zakir )

Saya terkejut apabila mendapati pemuda dan wanita dalam pesawat tadi ialah kumpulan penyanyi rock Jepun yang telah berjaya mengadakan ' Tour Concert' mereka di seluruh Kanada. Mereka telah menharumkan industri muzik negara matahari terbit itu. Kelihatan dalam visual saya, Nash dan Zakir dibelakang mereka. Dan keesokan harinya gambar kami juga terpapar di akhbar tempatan.

Tahukah anda?

Tahukah anda apakah bandar yang paling bersih di Malaysia?
Jawapan : Pasir Putih. Sebuah bandar yang terletak di negeri Kelantan. Bandar ini dipenuhi pasir yang putih bersih meliputi seluruh bandar ini sehingga mata bersilau sewaktu dipancar cahaya matahari.

Tahukah anda apakah bandar yang paling kaya?
Jawapan : Pasir Mas. Keseluruhan bandar ini diliputi emas. Disinilah bermulanya Emas Kelantan atau 916.

Kota Bharu atau New Castle adalah ibu negeri Kelantan Darul Naim. Tidak jauh dari bandar ini terletak sebuah perkampungan serangga iaitu Peringat. Anda boleh melalui tempat ini sekiranya anda dalam perjalanan ke Pasir Putih.

Tahukah anda apakah jenis ubi yang diberikan kepada sekumpulan beruk Amerika semasa lawatan ke Malaysia tidak berapa lama dahulu?
(Jawapan : (hanya tips diberikan kerana salah seekor beruk tersebut menghilangkan diri sehingga sekarang kerana tidak berjaya menjawab teka teki iaitu jenis ubi tersebut. Untuk maklumat, pihak kerajaan Amerika menghantar beberapa beruk komputer ke negara ini kerana hendak menyaingi kebijaksanaan beruk Malaysia yang dikatakan pakar dalam memetik kelapa)

Tips : Ubinya kecil, berwarna hitam. Apabila dimakan rebus rasanya manis.



Jawaban : ubi keling atau kemidi - sekiranya anda dapat menjawab teka teki ini bermakna anda adalah yang dicari-cari oleh pihak berkuasa Amerika.

Jangan marrrrrah!!!!!!

Friday, October 24, 2008

Peristiwa - Berkain Pelikat Di Myanmar

Myanmar.
Yangoon Nov,1996

Dalam rangka penyertaan Myanmar ke dalam Asean, saya bersama krew berita TV3 mengunjungi negara tersebut bagi melapurkan perkembangan semasa. Matlamatnya adalah menggambarkan negara ini berada dalam keadaan baik samaada dari segi politik, ekonomi atau sosial.

Kami berada di sini selama 10 hari. Diwaktu yang sama Menteri Luar Dato' Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi mengunjungi Junta Tentera Myanmar dengan tujuan yang sama.

Apabila menjejaki bumi Myanmar, saya merasakan suasananya agak berbeza dengan negara-negara lain yang pernah saya kunjungi. Pertama kerana kaum lelaki di negara ini memakai kain sarung. Yang kedua ialah kerana terlalu banyaknya patung Buddha termasuklah Pagoda terbesar negara itu yang ketika itu menjadi antara tujuh tempat ajaib di dunia.

Apa yang menarik yang hendak diceritakan disini ialah suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Suatu malam, kami menjemput Pengarah Perhubungan Media, Kementerian Luar Myanmar yang menjaga aktiviti kami disana untuk makan malam bersama kami. Tempatnya di Hotel Summit iaitu hotel penginapan kami disana. Kami sepakat untuk berkain sarung pada malam itu bertujuan memberi penghormatan kepada tamu kami. Jadi sebaik saja kami turun, pengarah tersebut telah berada di lobby hotel. Kami terus menuju kearahnya. Saya amat terkejut apabila pengarah tersebut menyembah kami dengan mengangkat kedua tangan sambil membongkokkan badannya. Saya anggap dia bergurau kerana melihat telatah kami berpakaian sebegitu.

Dalam majlis, sementara menunggu hidangan siap saya bersembang ringan dengannya termasuk soal budaya dan adat resam. Rupa-rupanya cara orang lelaki berkain pulikat, cara pemakaiannya ada sedikit perbezaan mengikut taraf kekuatan agama. Sebagai contohnya; orang biasa memakai kain dengan hanya menyelit hujung kain di bahagian sisi pinggang sepertimana wanita Melayu memakai kain batik. Manakala kumpulan atasan agama pula seperti sami keatas cara pemakaiannya seperti orang Melayu memakai kain pelikat iaitu dengan mengilas di hadapan (Mengilas bererti menggulung hujung kain).

Jadi lagak kami memakai kain itu macam Tok Sami di sana. Sebab itu lah beliau menyembah kami. Tidak hairanlah selepas itu ada dua tiga orang lagi menyembah kami di lobby tersebut sebaik saja majlis makan malam selesai.

Catatan.

Cara orang Myanmar berpakaian.

Orang lelaki : semua orang lelaki berkain pulikat samaada orang biasa atau pegawai kerajaan termasuk menteri. manakala baju yang dipakai dimasukkan kebahagian dalam kain pulikat seperti mana kita memasukan baju ke dalam seluar.

Dompet pula di selitkan dibahagian belakang.

Orang perempuan : Cara orang berempuan berpakaian seperti Mak Cik di kampung. berbaju dan di masukkan kedalam kain sarung.

Mereka hanya memakai selipar Jepun dan tidak berkasut.

Petua - DI KEDAI MAMAK

Apabila anda memasuki kedai {Rest.) Mamak, bagaimanakah anda ingin kenal pasti samaada lauk (makanan) itu baru atau semalam?
Inilah cara mengujinya;

Anda : Amacan! (panggilan pada pekerja mamak), saya tidak mahu hari ini punya lauk tarak sedap, saya mahu semalam juga punya lauk?

Mamak : Ha incik, ini semua semalam punya lauk!
(kalau jawapan begini menunjukkan lauk-lauk yang dihidangkan ialah lauk semalam. Kebiasaannya Mamak akan kitar semula lauk-lauk tersebut iaitu contoh pemerosesannya; ikan - Kebiasaannya Ikan goreng akan dimasak kari. Kemudian sekiranya masih lagi tidak laku akan digoreng balik dengan cara ikan tadi dicelup tepung).

Selepas makan pula macamana nak menguji samaada kiraanya betul atau tipu.
Kebiasaannya kita sedang asyik bersembang dengan kawan (maklumlah selepas makan)semasa mamak sedang mengira makanan kita. Berikut adalah cara menguji samaada mamak kira betul atau tidak?

Anda : (Dengan lagak orang kaya atau peagawai besar) Mamak! kiraa....

Kebiasaannya Mamak kelam kabut datang dengan membawa ballpen berharga 30 sen dan kertas potongan dari kotak rokok meluru datang dengan penuh yakin.

Mamak : (Mulutnya gumat gamit sambil menulis di kertas tadi sambil tangannya sesekali membelek pinggan lauk seolah-olah nak kenal pasti lauk apa yang kita makan.) Wanni wattak warrepak. Yenne warepu amma, ana yerlok, purcho , ammarpek 35.60!?!!!

Anda : Berapa Mamak? (Dengan nada penuh terkejut)

Mamak : Tiga lima anam puluh Banyak murah!!!

Anda : Apa pasal mamak, mahal sangat. Takkan lah nasi dengan telur sama teh o beng pun sampai 36 ringgit!?

Mammak : Telur ke bukan ayam? itu macam ka? Wannu wappak wartak yendeppe 14.20. Ammma (sambil kepalanya bergerak)

Anda : Ha! itu baru betul!!!

Ini adalah cara macamana nak menguji samaada duit balik dibayar secara betul atau tidak ( Kebiasaanya penjaga kaunter mamak akan mengebas duit balik seringgit bagi setiap pelangganya yang membayar dengan note RM10 keatas.)
Anda membeli sesuatu dalam anggaran RM4 sebagai contohnya tetapi anda membayar dengan wang kertas bernilai RM50.

Lihat apa yang terjadi..
Anda : (Menghulur wang tadi kepada Mamak Kaunter tanpa berkata apa-apa)

Mamak : (Kebiasaannya dia mengambil duit sambil matanya menjeling barang ditangan kita atau kalau di restoran dia akan mengira jumalah yang kita makan berpandukan kertas catatan yang kita berikan padanya. Jarinya laju menekan mesin kira seolah-olah dia dalam keadaan sibuk sambil sesekali menjenguk kepada pelanggan. Mesin kemudian menunjukan jumlah semua RM5. Sedangkan bayaran sebenar RM4)

Anda : (Terus mendiamkan diri sambil bersiul atau bernyanyi secara perlahan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku sambil menunggu wang baki.Oleh kerana Mamak sudah tipu satu ringgit bermakna wang bakinya RM45. kita tunggu berapakah wang baki yang akan dipulangkan mamak?)

Mamak :(Menghulurkan wang baki) Terima kasih !

Anda : ( Kira wang tersebut) Mamak !? Apa ni RM35 saja. mana RM10 lagi!?

Mamak : Ayo !? tarak cukup ka (Berpura-pura kelam kabut sambil mengambil wang 10 dan menghulurkan kepada anda.) banyak sorry aaa!?

Perhatian : Ini adalah senario biasa dikedai atau restoran mamak. Anda mesti awas! dahlah kiraan tipu wang baki pun tipu lagi. Inilah di panggil double standard!

AWAS!!! PENIPUAN WANG BAKI SELALUNYA BERLAKU DI MANA-MANA SAHAJA TERMASUK DI SHOPPING COMPLEX, SUPERMARKET, KENTUCKY, MC DONALD MALAH DI PLAZA TOL. KIRA WANG BAKI ANDA BETUL-BETUL JANGAN MAIN MASUK POKET JE. BERLAGAK MACAM ORANG KAYA AKHIRNYA TIDUR MALAM TAK LENA KERANA TERKENANG WANG BAKI DI SONGLAP ALAMAT PAPA KEDANA JADINYA!!!!

Budaya Orang Jepun

Bangsa Jepun mempunyai satu budaya dan satu bahasa. Jadi tidak ada perbezaan kelas antara mereka bila berbahasa berbanding dengan orang di Malaysia yang mempunyai pelbagai bahasa dan adat budaya. Malahan mereka yang boleh berbahasa Inggeris dianggap bertaraf tinggi sedangkan orang Jepun langsung tidak akan terangkat martabatnya sekiiranya mereka boleh berbahasa asing. Malahan ianya tidak lebih dari suatu kelebihan untuk berurusan dalam menjalankan tugas namun tidak menjadi suatu kewajipan. Walaupun mereka tidak memahami bahasa asing namun mereka tetap maju dari segala bidang.

Walaupun mereka hidup dalam serba moden, namun adat dan tradisi tidak pernah ditinggalkan malahan menjadi aturcara tetap dalam kelendar perayaan tahunan mereka. Orang jepun tidak mempunyai kasta dan mereka adalah setaraf. Justeru, tidak akan ada pilih kasih dalam mengambil pekerja atau memilih pemimpin politik. Walaupun terdapat empat kepulauan besar yang menyatukan mereka menjadi sebuah negara namun kesemuanya mengamalkan adat budaya serta bahasa pertuturan yang sama. Malahan kalaupun ada orang asli namun mereka juga di panggil bangsa Jepun.

Orang Jepun asalnya beragama Budha atau Shinto. Namun hari ini kedua-dua agama tersebut menjadi adat dan budaya dan bukan lagi sebagai pegangan hidup. Di rumah mereka tidak ada tempat penyembahan malah bau-bauan seperti yang diamalkan oleh orang-orang Cina sebagai contohnya juga tidak ada. Kerana orang Jepun sangat mementingkan kebersihan.

Secara asasnya orang Jepun mementingkan penghormatan sebagai budaya utama. Sebab itulah mereka akan tunduk hormat apabila bertemu antara satu sama lain.

Sepanjang saya bergaul dengan orang Jepun semasa menjalani latihan di negara tersebut tidak pernah mereka bercerita tentang orang lain. Budaya mengumpat atau buat ketupat ini kebanyakkan diamalkan oleh orang-orang di Malaysia. Selain itu Jepun tidak mudah terkejut. Sebagai contohnya sesuatu benda yang berharga tiba-tiba terjatuh dari tangannya lalu berkecai, mereka hanya selamba mengambil barang tersebut dan membuangnya.

Orang Jepun sangat menghormati orang asing. Sepanjang saya berada disana, ramai dikalangan mereka menjadikan saya keluarga angkat dan meraikannya dalam berbagai keadaan. Membawa saya ketempat peranginan, ketempat sukan dan meraikan dirumah mereka dengan jamuan istimewa sambil berkaraoke.

Selain itu budaya kerja menjadi satu tanggungjawab besar kepada kaumm lelaki. Mereka keluar seawal jam empat atau lima pagi menaiki Shinkansen sejauh beratus kilometer ketempat berkerja dan pulang ditengah malam. Manakala si isteri pula bertugas mengurus hal ehwal rumah tangga dengan menyelesaikan semua permasaalahan anak sekolah dan bil-bil. Pun demikian mereka menggunakan sepenuhnya dua hari dihujung minggu bersama keluarga.

Saya di tempatkan di Hiroshima semasa menjalani Latihan Perindustrian dibawah program pandang ke timur. Tempat ini tidaklah dikatakan hulu dan boleh juga dikatakan ditengah-tengah Jepun. Orang-orang disini sangatlah baik. Walaupun dialek pertuturan mereka agak berbeza bagaikan loghat Kelantan kalau di Malaysia, namun akhirnya saya dapat bertutur dan memahami dialek Hiroshima. Jadi keadaan ini menambah penghormatan mereka kepada saya. Saya sentiasa di jemput makan kerumah mereka lebih-lebih lagi di hujung minggu.

Itulah orang Jepun. sebenarnya mereka adalah manusia yang kurang berperasangka tidak baik kepada orang lain malahan setiasa bersikap positif dalam semua keadaan.

SEKILAS 2

Perbezaan orang-orang di Jepun dan di Malaysia.

Kenapa orang-orang di Jepun semasa melintas jalan mereka berlari sedangkan orang di Malaysia berlenggang. Manakala orang-orang di Jepun berlenggang semasa hujan tetapi orang-orang di Malaysia berlari?

Jawapan :

Orang-orang Jepun sebenarnya amat berhati-hati dijalan raya. Walaupun melintas di kawasan lampu isyarat dengan jumlah orang yang begitu ramai namun mereka tetap bergegas supaya tidak berada lama ditengah jalan. Manakala orang di Malaysia pula berlari melintasi jalan dianggap kekampungan. Jadi mereka lebih rela berjalan perlahan walau ada kenderaan laju menghampiri mereka. Mungkin orang Malaysia berlagak sopan semasa melintasi jalan.

Sementara orang Jepun berlenggang sewaktu hujan kerana setiap dari mereka mempunyai payung. (Di Jepun ramalan cuaca yang dicatatkan di kelendar hampir tepat. Ini membolehkan mereka menyediakan payung apabila hari hujan. Sebagai maklumat,orang-orang Jepun yang membawa beg atau briefcase itu sebenarnya didalamnya berisi payung sahaja. Tiada lain. Kalau kita tidak tahu mungkin kita menganggap mereka orang korporat kerana membawa briefcase. sebenarnya tidak. Kadangkala mereka pekerja industri yang tidak perlu membawa apa-apa dokumen}.
Sementara orang di Malaysia jarang sekali menyediakan payung kecuali kaum wanita. Jadi apabila hari hujan mereka akan berlari-lari untuk mencepatkan diri ke distinasi sambil menutup kepada menggunakan sapu tangan atau surat khabar.

Thursday, October 23, 2008

Rencana - ROKOK

Rokok merupakan bukan pemakanan atau minuman yang menjadi kegemaran ramai sejak zaman-berzaman. Walaupun berbagai kempen menakut-nakutkan pengguna namun rokok tetap menjadi pilihan utama walau dalam keadaan apa sekalipun. Juteru untuk menghapuskan rokok berbagai usaha dilakukan seperti mengharamkannya, tidak dibenarkan penggunaanya ditempat awan juga di lobi-lobi hotel namun ianya tidak mendatangkan sebarang hasil. Tidak diketahui jumlah sebenar namun telah ramai penyeludup rokok dari Indonesia ditahan pihak berkuasa kerana menjalankan kegiatan tersebut. Setengah daripada mereka mati kelemasan dilautan kerana bot yang mereka gunakan karam dipukul ombak.

Hari ini harga rokok melambung tinggi bukan kerana pengeluaran tembakau dunia makin berkurangan namun ianya bertujuan mengurangkan kepenggunaanya. Namun kajian mendapati di Malasia sahaja pengguna membelanjakan melebihi RM3 billion sebulan untuk tujuan tersebut. Pakar-pakar yang kononnya bimbang tentang mutu kesihatan orang ramai disebabkan asap-asap rokok bertelagah dengan pakar-pakar yang kononnya bijak dalam bidang ekonomi menyatakan perokok telah menjana ekonomi negara. Yang mana satu betul? Mengikut penganalis kurang matang berpendapat kedua-duanya adalah betul.

"Soalnya kau hisap rokok atau tidak. Kalau hisap bagi aku sebatang!" Tambahnya lagi.
Di Kelantan, negeri yang paling banyak mengeluarkan tembakau negara, suasana macam biasa sahaja. Tidaklah pula dikatakan budak-budak pun menghisap rokok malahan tidak ada pula kecurian tembakau berlaku disebabkan tidak ada duit nak membeli rokok. Ini bermakna, perokok mempunyai fikiran yang waras. Walau pun tidak mampu membelinya mereka sanggup meminta rokok kawan daripada mencuri tembakau.

Di Bachok dimana kawasan pertanian paling besar negeri itu menyaksikan penduduk berjaya membina rumah mewah dan membeli kenderaan secara tunai hasil dari pertanian tembakau. Walaupun pengusahaan peranian tembakau disini tidak mencapai taraf seperti negara Cuba namun kemewahan itu terserlah hasil dari perusahaan tersebut.

Cuba menghasilkan cerut bermutu tinggi. Cara penghasilannya amatlah luar biasa. Cerut yang mencapai ratusan dollar sebatang adalah hasil dari gabungan tembakau pucuk yang lembut dan halus digulung diatas paha gadis belasan tahun. Menjadikan Havana, cerut paling popular dan eksklusif di dunia.

Sewaktu saya menyertai rombongan lawatan Perdana Menteri ke negara-negara Amerika Latin pada penghujung 1997 ramai dikalangan peserta rombongan mampu membeli cerut bernilai puluhan ribu ringgit semata-mata stail. saya berpeluang menghisap sebatang cerut yang berharga lebih seratus dollar (Ketika itu RM 500 lebih - ketika mata wang negara menjunam) yang dihadiahkan bekas pengarah New Strait Times Berhad, Dato Nazri. Rasanya memang lembut. Saya menghabiskannya dalam masa tidak sampai setengah jam. Rekod bagi saya kerana sebelum ini tidak pernah bermimpi untuk membakar duit sesingkat itu.

Cerut tersebut dipackkan dalam kotak berupa brief case yang di perbuat daripada kayu. Ianya sangat eksklusif.

Walaupun dikatakan merokok merbahayakan kesihatan termasuk kemungkinan mengakibatkan serangan jantung dan cancer namun yang tidak terlibat dengan penggunaan rokok juga maut kerana penyakit tersebut. Dalam hal ini terdapat pro dan kontra. Selagi rokok dijual dikedai, selagi kilang-kilang membuat rokok beroperasi 24 jam selagi itu lah perokok tak henti-henti menghisapnya. Ini kerana perokok khuatir akan berlakunya longgokan dikedai-kedai sekiranya rokok kurang diguna. Selain itu mungkin pekerja kilang rokok akan kehilangan pekerjaan sekiranya kilang-kilang itu ditutup.

Tahunkah anda kenapa rokok tidak dijadikan aset walaupun harganya meningkat melebihi seribu peratus dalam masa sepuluh tahun? Ini adalah kerana rokok yang disimpan akan masuk angin dan rasanya sudah tidak sedap. Lagipun sekiranya rokok tersebut disimpan dikawasan banjir, alamatnya wassalam. Habis, tidak boleh diguna lagi. Mat Gian pun tidak ingin.

Akhirnya, rokok mempunyai status tersendiri. Ketinggiannya ialah kerana asap naik ke langit dan kelebihannya ialah puntungnya dibuang.

(Perhatian : Rencana ini tidak boleh dijadikan sebarang rujukan samaada untuk tujuan pembelajaran atau penyelidikan)

Look East Policy Program

Program Pandang Ke Timur

Program Pandang Ke Timur secara rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad sebaik saja beliau menjawat jawatan Perdana Menter Malaysia ke 4 iaitu pada tahun 1980. Negara yang menjadi tumpuan ialah Jepun dan Korea. Beliau mengambil langkah drastik ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan maju. Dengan menghantar pelajar ke negara tersebut. Dr.Mahathir berhasrat untuk melihat pelajar-pelajar akan dapat menerokai segala ilmu kemahiran termasuklah budaya kehidupan orang-orang di kedua-dua negara tersebut.

Saya merupakan kumpulan kedua yang dihantar ke negara Jepun. Sebelum itu semua pelajar dimestikan menghadiri kelas bahasa yang dikendalikan Intitut Teknologi Mara - sekarang UITM. Manakala terdapat juga pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan pemahaman bahasa dan tidak di hantar ke program tersebut.

Ketika itu kebanyakan peserta adalah daripada kumpulan pelajar teknikal dari berbagai bidang. Saya ditempatkan di Sharp Corporation untuk menjalani latihan dalam bidang pengeluaran audio.

Sementara setibanya di Jepun semua pelajar ditempatkan di beberapa tempat dibawah pengawasan AOTS ( Assiociation Overseas Technical Schoolarship). AOTS merupakan badan terbesar di Jepun yang bertanggungjawab mengendalikan latihan termasuk pemindahan teknologi ke negara luar. Kerajaan Jepun berbelanja beribu juta yen setahun untuk tujuan tersebut.

AOTS menyediakan domentary, berupa sebuah hostel bertaraf hotel yang lengkap dengan semua kemudahan. Disini jugalah tempat sessi kelas pagi diadakan termasuk kelas bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar yang tidak dikendalikan oleh negara mereka.

Sessi pagi , AOTS menjemput penceramah atau tenaga pengajar khas dari Universiti terkemuka negara tersebut untuk mengendalikan kelas dari berbagai topik. Ini termasuklah sejarah dan budaya Jepun. Pelajar didedahkan dengan adat dan budaya orang-orang Jepun. Sementara di sessi petang pula pelajar akan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah dan juga kawasan industri. Sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar dalam ilmu kemahiran dan melahirkan semangat baru kepada mereka.

Selama dua minggu pelajar ditempatkan di dua tiga termpat mengikut kumpulan serta kawasan yang bakal mereka menjalani latihan sebelum dihantar ke tempat latihan sebenar. Minggu kedua pelajar dibawa ke tempat yang lebih jauh yang melibatkan perjalanan dengan Shinkansen (Kereta apai laju), Densha (Keretapi bandar) dan juga keretapi di bawah tanah. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Domentari AOTS Osaka di bawa ke barat merangkumi Bandaraya Hiroshima, Nagasaki dan Beppu. Perjalanan dengan menaiki shinkanshen merentasi laut antara pulau Honshu dan Kyusu dengan melintasi terowong dibawah laut. Panjangnya terowong tersebut ialah 45 minit perjalanan shinkasen dengan kelajuan 170km sejam. Sementara perjalanan antara Nagasaki ke Beppu menggunakan bas yang mengambil masa hampir lima jam melintasi kawasan pergunungan yang pemandangannya sangat indah. Pelajar juga dibawa ke kawasan gunung berapi dengan menaiki kereta kabel. Pendek kata pendedahan adalah merangkum pelbagai sehinggalah ianya betul-betul teruja dan meninggalkan kesan teramat positif kepada semua pelajar.

Dalam ruangan ini saya akan mendedahkan kesan-kesan positif termasuk perbandingan budaya serta corak penghidupan berbanding dengan masyarakat Malaysia. Ini bukanlah bertujuan memperkecilkan masyarakat kita namun cara penghidupan orang-orang Jepun boleh dijadikan tauladan.

Nantikan....

NIHON GO BENKYO - Belajar Bahasa Jepun

Ruangan belajar bahasa Jepun ini bertujuan memberi pendidikan tambahan kepada semua pelayar blog ini yang berminat untuk mempelajari bahasa asing. Saya harap ianya sangat berguna terutamanya kepada mereka yang selalu berurusan dengan orang Jepun. Orang Jepun sangat menghormati bangsa asing yang bertutur dalam bahasa mereka.

Saya akan tunjukan penggunaan secara asas dan bersiri.

Pendahuluan.

Tulisan Jepun.

Jepun mempunyai tiga jenis huruf.

1. Kanji - Huruf kanji adalah sama dengan tulisan Cina dan Korea. tetapi ejaan yang sama mungkin mempunyai sebutan yang berlainan tetapi maksudnya adalah sama.

2. Hiragana - Huruf Hiragana digunakan untuk mengeja perkataan dari bahasa Jepun sahaja.

3. Katakana - Huruf katakana digunakan untuk mengeja perkataan atau bahasa asing.

Jepun - Dalam bahasa Jepun ialah NIPPON atau NIHON.

Nippon hanya dirujuk untuk ORANG - Contoh : Nippon jin (Orang Jepun)
Nihon pula dirujuk kepada BAHASA - Contoh : Nihon go (Bahasa Jepun)

Cara orang Jepun memberi penghormatan kepada seseorang ialah dengan cara menunduk iaitu membongkok diri kepada orang tersebut. Untuk membalasnya kita juga perlu menunduk diri tapi awas jangan sampai berlanggar kepala.

Untuk pelajaran pertama, saya akan ajarkan ungkapan penting yang selalu digunakan oleh orang Jepun bila bertemu seseorang.

Ungkapan waktu pagi.OHAIYO GOZAIMASU - selamat pagi - Jawapan pun sama - OHAIYO GOZAIMASU
OGENGKI DESU KA? - apa khabar? - Jawapan : HAI, GENGKU DESU. DOMO (sihat, terima kasih)
NERUGA DEKIMASUKA?- Tidur malam tadi macsamana? - Jawapan : IIDESU (baik)
Terima kasih - DOMO ARIGATO
Minta maaf - GOMENASAI / SUMIMASEN
Ya - HAIT
Tidak - YET ( Tapi orang Jepun jarang menggunakan perkataan ini.)

Bersambung>>>>>>>>>

Wednesday, October 22, 2008

SEKILAS

Bahasa Melayu Orang Kelantan dianggap sebagai bahasa yang unik berbanding bahasa-bahasa negeri lain di Malaysia.Tahukah anda mengapa Bahasa Melayu Kelantan sangat berbeza dari segi sebutan walaupun ianya sama dengan Bahasa Melayu dan loghat-loghat daerah utara. Kenapa terjadi begini?

Bahasa Melayu Kelantan juga banyak menggunakan bahasa asing seperti Inggeris dan Jepun dalam perbualan harian. Berikut diturunkan beberapa perkataan yang mungkin orang Kelantan sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah bercakap dalam bahasa Jepun atau Inggeris.

Contoh penggunaan Bahasa Jepun.

1, Jepun : So deshunes?
Kelantan : Tidak gitu keneh?
B.M : Tidakkah begitu?
2. Jepun : Sono mo na !
Kelantan : Gitu mo na!
B.M : Begitu sekali!
3. Jepun : Ho ga!
Kelantan : Hon ga!
B.M : Kalaulah begitu
4. Jepun : Desu (perkataan ini digunakan dipenghujung
ayat yang bermaksud pertanyaan yang diperlukan persetujuan)
Kelantan : Deh
B.M : (Tidak diguna)
5. Jepun : Doko iku no?
Kelantan : Nak kua no?
B.M : Nak ke mana?

Contoh penggunaan bahasa Inggeris.

1. Ing : Go straight then turn left.
Kel : Gi strait te kiri.
2. Market - Merket
3. Passengger - Pasnjer.
4. Turbulance - Tebulanch.
5. Book - Bok
6. Gate - gate
7. Corner - Konar
8. Rubber - Robar (Getah pemadam)
9. Ing :Get at to me
Kel :Bui get tek (Dapatkan saya)
10. Backwatch - Bekwach (Pandang belakang - Balasan keduri. Kalau dulu si A beri 20 biji kelapa semasa kenduri si B kini giliran si B pula menyumbang benda yang sama apabila si A mengadakan kenduri)

Semasa membanjak sawah menggunakan kerbau. Berikut adalah perkataan yang digunakan.
1. Chao - Bahasa Latin (Arahan supaya kerbau bergerak)
2. No - B.Inggeris (Apabila kerbau tersilap)
3. Yat bok te - (Tidak tahu asal perkataan dari mana - perkataan ini digunakan bertujuan menyatakan perasaan kurang puasa hati kerana tersilap))
4. Juh - ( Untuk arahan ikut - Tidak tahu asal usul perkataan dari mana)
5. Senor - ( Kerbau ditambat untuk berehat- tidak tahu asal perkataan dari mana)
6. Chalo - Hindustan ( Apabila mengajak kerbau berjalan)

Arahan kepada haiwan.

1. Lembu - His ( apabila menghalau lembu
Boh / Bah (Apabila memanggil lembu)
2. Ayam - Siok ( Apabila menghalau ayam)
3. Kambing - Bek (Bunyi suara agak keras apabila menghalau kambing)
Bek!!!! ( Bersuara manja apabila memanggil)

(Catatan : semua haiwan tersebut akan faham dengan arahan itu walaupun baru beranak)

Berikut bahasa yang disalah erti menyebabkan mangsa kena penampar oleh tentera Jepun.
Seorang pemuda sedang memetik buah nangka. Kebetulan dua tentera Jepun sedang meronda kawasan itu. Apabila terlihat pemuda tersebut, tentera Jepun itu terus bertanya;

Tentera Jepun : Nan ka? (BM : bererti Apa benda?)
Pemuda : Nangka! (Buah Nangka)
Tentera Jepun tersalah faham jawapan pemuda tadi seolah-olah mempermainkannya.
Pemuda tersebut lalu diberi penampar tawar oleh tentera tadi dan rebah terlentang.
(Penampar tawar - Adalah peribahasa Kelantan bermaksud dapat sakit percuma)

Bersalam Dengan Dr.Mahathir

Kali pertama saya bersalam dengan Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia ialah semasa meneruramahnya untuk penerbitan dokomentari khas Tunku Abdul Rahman pada tahun 1985 di Sri Perdana.

Dan kali terakhir saya bersalam dengannya semasa lawatan beliau ke Kelantan semasa menghadapi pilihanraya pada tahun 1999 di Hotel Pacific Riverview Kota Bharu. Ini bermakna sudah hampir 10 tahun saya tidak menemui beliau.

Namun ada suatu peristiwa menarik yang nak dipaparkan di sini.

Julai 1997 - Almaty, Kazakhstan.

Saya membuat liputan lawatan beliau (Perdana Menteri) ke Kyrzystan dan Kazakstan. Lawatan yang bermula di Kyrzystan dan berakhir di Kazakhstan. Sewaktu mengadakan liputan keberangkatan pulang, di Almaty Internatinal Airport di sini. Kakitangan diplomatik dari kedua-dua buah negara sedang berbaris panjang bertentangan antara satu sama lain menyusuri karpet merah yang menghala ke tangga pesawat Boeing 747-400 MAS siap sedia menunggu keberangkatan pulang PM. Saya berdiri jauh di hujung bahagian ekor pesawat seorang diri sementara menunggu jurukamera (Zakir)yang sedang membuat liputan.

Tidak lama kemudian PM pun tiba dan disambut oleh menteri-menteri kedua negara berkenaan. Beliau kemudian bersalaman dengan semua hadirin satu persatu. Manakala rombongan negara termasuk kumpulan budaya yang dibawa khas telah berada di dalam pesawat. Akhirnya beliau tiba di anak tangga pertama pesawat. Kaki kanannya sudah melangkah ke anak tangga pertama sambil tangannya memegang pemegang tangga tersebut.Tanpa disangka beliau tertoleh dan merenung kearah saya. Manakala body guard yang perasan dengan keadaan itu memberi signal sambil menunjukkan kepada saya supaya datang kepadanya (PM). Saya terus berlari kearahnya dan terus menghulurkan salam.

"Terima kasih nong!" Ungkap Dr Mahadir sebaik saja saya berjabat salam dengannya.
"Sama-sama Dato Sri" Balas saya dengan persaan yang sangat terharu.
Saya tergaman seketika apabila seorang Perdana Menteri sedia untuk bersalam dengan saya walaupun saya tidak mempunyai apa-apa kedudukan dan kepentingan. Inilah sifat Dr. Mahathir. Ia menghormati siapa sahaja walaupun peranannya sangatlah kecil namun Dr. Mahathir menilainya besar. Renungkanlah!

PELUANG PERNIAGAAN

Adakah anda sedang mencari peluang perniagaan. Kami A life International sedang melantik Agen-Agen jualan di kawasan anda. Keterangan lanjut sila hubungi Perunding Perniagaan kami: Kit - 019 377 1344, Aiman - 019 200 6966.

Tuesday, October 21, 2008

Peristiwa 4

Brunai Darul Salam
Bandar Seri Bagawan - Mei 1986

Makan Bersama Personaliti Popular

Saya, Haji Hashim (Allahyarham/wartawan) dan Han Choo Huat (Jurukamera) diberi tugas membuat liputan lawatan negara Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Ketika itu ialah baginda Sultan Johor.

Seperti kebiasaan setiap hari, saya mesti ke Radio Televisyen Brunei (RTB). Kerana di sinilah tempat menghantar bahan berita. Di sini ada seorang kakitangan yang sangat peramah dan sentiasa bersedia membantu kami. Nama beliau ialah Mohammad.

Suatu hari dia mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terkejut juga kerana beliau memandu kereta Merzedes Benz Sport. Sangkaan saya beliau mungkin anak orang berada. Diperjalanan ramai juga orang memberi hon kepadanya sambil mengangkat tangan. Dalam hati saya, orang Brunei ni memang baik-baik belaka kerana bertegur sapa walaupun semasa berkenderaan.

Beliau berhenti disebuah restoran. Dan disinilah tempat kami menikmati juadah tengahari. Disini pula saya lihat ada beberapa orang gadis menghulur autograf untuk ditandatangi. Dan beberapa orang ramai datang bersalaman dengannya. Saya semakin keliru dan tertanya dalam diri sendiri akan siapakah beliau.

Tak semena-mena pada malam itu saya menoton berita RTB. Muhammad lah pembacanya. Kebetulan selepas itu saya turun ke lobi hotel dan bertanya Penyambut Tetamu hotel tersebut, siapakah gerangan pemuda itu. Rupa-rupanya Mohammad ialah personaliti yang paling popular di Brunai ketika itu. Selain dari Pembaca Berita, beliau juga adalah pengacara paling popular. Diwaktu yang sama dia juga adalah Juruhebah radio paling popular yang mengendalikan program yang mendapat sambutan hebat dari pendengar tempatan.

PELUANG MENJADI USAHAWAN

A Life International yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, menawarkan peluang untuk menceburi bidang keusahawan dalam pemasaran kopi. Walaupun produk kopi adalah produk biasa dikalangan usahawan tempatan, namun A Life International menawarkan pakej hebat dengan peluang menjadi ejen yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berjaya dalam kerjaya ini.

A Life International juga menawarkan perniagaan franchise Cafe Kiosk. Mereka yang berminat boleh memohon franchise ini dan akan menmperolehi bantuan modal melalui pinjaman Micro Credit Agro Banik atau BSN.

Keterangan lanjut, sila hubungi En. Ismail Muhammad, Pengarah Pemasaran : 014 665 2799 atau E-Mail : wenkaya@yahoo.com.Atau sila layari www.alifecoffee.com

Monday, October 20, 2008

PERNIAGAAN MLM

Tahukah anda bahawa industri MLM merupakan antara penggerak ekonomi terbesar negara, Tahun lepas sahaja industri ini telah menjana pendapatan sehingga RM10 bilion. Ketika ini terdapat 800 syarikat MLM berdaftar yang bergerak aktif dipasaran. Sekali gus ianya membantu kaum bumiputera yang merangkumi 80 % keahlian yang bergiat aktif dalam perniagaan ini.

Walaupun demikian masih ramai yang belum menyedari bahawa perniagaan MLM ini akan membantu meningkatkan ekonomi keluarga dengan hanya berusaha secara 'part time'. Malahan galakan dari Perdana Menteri sendiri terhadap kakitangan kerajaan yang memerlukan pendapatan tambahan, MLM lah dianggap sebagai industri paling sesuai untuk diceburi.

Sebenarnya masih ramai keliru terhadap perniagaan ini. Ada yang beranggapan perniagaan ini adalah untuk mereka yang berpendidikan rendah sahaja malahan cemuhan dari sestengah pengguna terhadap MLM ini jelas apabila mereka berdepan dengan pengusaha ini.

Perlu diingat sistem on-line yang diperkenalkan melalui E-MLM kini memberi kemudahan besar kepada setiap ahli. Samaada kiraan bonus atau komisyen secara real time sehinggalah kepada proses pengeluaran wang yang secara automatik diuruskan oleh ahli sendiri tanpa menunggu pengeluaran cek bayaran dari pihak syarikat yang sebelum ini dilakukan sebulan sekali.

Bagaimana pula dengan pendapatan?

Kini kebanyakan syarikat MLM menawarkan pendapatan harian sehingga empat atau lima angka sehari. Ianya bergantung kepada sejauhmanakah usaha seseorang ahli itu. Dengan produk-produk yang terbaik yang di impot dari luar negara ianya akan memberi kelebihan pada semua ahli untuk memasarkan produk tersebut. Melalui sistem bayaran bonus jualan pula, sistem bayaran melalui royalty jualan sangatlah menguntungkan. Ini bermakna seseorang ahli itu hanya perlu melakukan jualan kepada dua tiga orang sahaja. Bertindak sebagai ketua kumpulan ahli tersebut akan menikmati bonus jualan sampai bila-bila.

Sekiranya anda berminat untuk mengusahakan perniagaan ini, anda bolehlah menghubungi terus melalui tel 014 6652 799 - Ismail atau e-mail : wenkaya @yahoo.com.

Puisi-TRAGEDI BANGSA KU

Tragedi Bangsa Ku
(Sempena Mesyuarat Bahagian UMNO)

Kali ini bertandang lagi
Perhimpunan Agung UMNO
Yang akan menyaksikan Melayu memilih Melayu.

Entah kenapa aku terfikir
Melayu bagaimanakah harus aku pilih?
Kerana bagiku Melayu itu sama
Bertutur dan berbahasa
Cuma loghatnya saja berbeza
Jadi, siapa yang harus aku pilih?

Aku melihatkan jasa tapi rakan ku lain pula
Pandangannya amat berbeza
Dia kata kita mesti melihat siapa
Maksudnya boleh jadikan kita kaya atau tidak?
Atau sekadar ada.

Aku pula melihat disudut kepakaran
Ekonomi misalnya dan berbagai
Yang kini gawatnya menyelubungi alam
Rakan ku kata
tidak perlu begitu
Kita mesti lihat apa ada untung pada kita.

Aku sebenarnya risau tentang bangsa ku
Kalaulah suatu hari nanti tenggelam dek politik kaum
Tiada lagi hak kaum ku
Jadi siapakah kaum ku ketika itu
Kemanakah kaumku ketika itu
Hang Tuah kata ‘Tak Hilang Melayu Di Dunia’
Namun mungkinkah ketika itu Melayu berpindah randah bagaikan kawan-kawanku
di pendalaman?
Jadi siapakah yang tinggal dibumi ku?
Rakan ku kata Bangsa Malaysia
Ertinya tidak ada Melayu, Cina, India atau Benggali (CIMB)
Jadi adakah Melayu hilang?
Rakanku kata tidak
Jadi aku tanya
mereka kemana?
Rakanku diam.

Rakanku sebenarnnya sudah kaya raya
Main politik dari peringkat cawangan, bahagian yang akhirnya jadi jutawan
Dia kata dia tidak pernah terfikir pasal bangsa sebab dia sudah kaya
Dia kata dia juga tidak fikir tentang agama sebab semua orang sama
Jadi dia kata dia terima apa saja asalkan jadi kaya
Rasuah mainan biasa tanpanya susah nak buat kerja sebab itu saya berjaya
Jelas rakan ku selamba

Jadi aku pening sebab tiada peluang untuk aku buat begini
Aku tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat bahagian sebab ketua ku sudah ‘deal’ dengan wang ganjaran dengan harapan memiliki kereta baru dan rumah mewah sebaik saja mesyuarat bahagian selesai.

Peristiwa Menarik 3

1997 - Kanaskis, Calgary, Canada.
Apec Finance Minister Meeting.

Tugas saya setiap hari ialah menghantar bahan berita/visual melalui satelite. Stesen penghantaran yang disediakan khas oleh pihak telekom Kanada ditapak persidangan. Jadi tidak payahlah saya berulang alik ke stesen telekom yang terletak lebih seratus kilometer ke Calgary.

Kebiasaannya saya menghantar bahan berita pada jam 8.00 malam waktu tempatan. Oleh kerana ketika itu musim dingin, waktu matahari terbenam ialah selepas jam 11 malam. Jadi pukul lapan seolah-olah macam pukul 6 petang di negara kita. Oleh itu saya berpeluang merayau di kawasan yang sangat indah itu. Dihadapan saya ialah banjaran gunung Rocky yang diliputi salji. manakala resort tempat bersidang dikelilingi pokok pine.

Berhampiran stesen sementara telekom itu ada sebuah kedai runcit yang dipanggil 'drug shop'. Di sinilah tempat membeli keperluan semasa terutamanya rokok. Disuatu petang sedang saya melihat barang-barang di kedai tersebut, ada seorang lelaki sedang berbual mesra dengan seorang gadis di kaunter bayaran. Orang lelaki berusia empat puluhan itu terlihat saya lalu menyapa. Selesai saja membayar rokok di kaunter itu saya keluar dan berehat disebuah bangku yang terletak di hadapan kedai tersebut sambil menikmati keindahan gunung Rocky. Kemudian lelaki tersebut datang dan duduk bersebelahan saya. Kali ini dia ditemani seorang rakannya yang berbadan sasa. Kami terus berbual dengan berbagai topik. Hampir sejam kemudian saya terpaksa memohon diri kerana masa untuk menghantar bahan berita sudah tiba. Lelaki tersebut lantas mengeluarkan kad dirinya lalu menghulurkan kepada saya.

"This is my card. I'm a Finance Minister, Papua New Guiney. Please come to my country and off course don't forget to call me please. All in my house. Don't worry. Have a nice day. Thank you. See you" Saya tergaman seketika. Rupa-rupanya orang yang saya bersembang tadi ialah Menteri Kewangan Papua New Guiney. Dihati terfikir 'alangkah baiknya kalau ia Menteri Kewangan Malaysia yang kini menjadi rakan ku.

Catatan.

Persidangan Menteri-Menteri Kewangan APEC pada tahun 1997 diadakan pada bulan Mei di Kananaskis, Albeta, Kanada. Bandar ini terletak hampir dua jam perjalanan dari ibu negeri Alberta iaitu Calcary. Sepanjang perjalanan dari Calgary kita dapat melihat pemandangan indah ladang gandum yang saujana memandang luasnya. Kita boleh melihat betapa seseorang pemilik ladang itu mempunyai kawasan yang luas dengan menyaksikan jarak antara sebuah rumah dengan yang lain hampir lima kilometer. Dan disini jugalah dikatakan tapak aksi filem-filem cow-boy.

Peristiwa Menarik 2

Hisap Rokok Bersama Menteri Kewanagan Jepun.

1997 - Kananskis, Calgary, Canada.
Semasa Liputan Persidangan Menteri-Menteri Kewangan Apec. Sementara menunggu mesyuarat sessi pagi selesai, saya berehat di cafe sambil menikmati kopi percuma khas untuk deligasi Apec. Seorang lelaki berjalan keluar dari dewan persidangan dan menuju kearah saya. Beliau mengeluarkan rokok dan meminta api dari saya yang kebetulan ketika itu saya sedang menghisap rokok. Saya nyalakan api dan memasang rokok yang tersedia di mulutnya. Agaknya beliau tersasul kerana mengucapkan terima kasih dalam bahasa Jepun kepada saya. Kebetulan saya boleh berbahasa Jepun lalu saya terus saja berbual ringan dengan beliau. Lelaki yang berambut kurang terurus itu sebenarnya bermain difikiran saya. rasanya pernah dilihat tapi di mana?

Sebaik saja beliau membuang putung rokok yang hanya beberapa sedutan saja dihisapnya Dato Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Kewangan Malaysia kelihatan keluar dewan lalu menuju kearahnya dan menjemput beliau bersembang di meja hadapan saya.

Setahun kemudian apabila Jepun melantik Perdana Menteri baru, barulah saya sedari bahawa orang yang bersembang dengan saya setahun lalu ialah Menteri Kewangan ketika itu yang kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun. (Minta maaf namanya saya dah lupa)

Peristiwa Menarik

Berikut adalah beberapa peristiwa menarik yang masih menjadi ingatan saya.

Peristiwa 1

Semasa membuat liputan lawatan Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba pada tahun 1987 ke Vietnam.

Ketika menunggu ketibaan En. Ghafar Baba dalam majlis sambutan beliau di Bangunan Kerajaan Persekutuan di Hanoi. Seorang lelaki yang berusia lingkungan 50an berbasikal menuju ke majlis tersebut. Apabila menghampiri orang ramai, seorang pegawai kanan polis meluru kearahnya lalu menyambut beliau dan mengambil basikal tersebut. Lelaki itu kemudiannya berjalan menuju kearah saya yang ketika itu berdiri bersama rakan-rakan wartawan serombongan. Beliau berhenti serta berdiri disebelah saya. Dengan berbahasa English agak-agak faham (Bahasa Perancis merupakan bahasa kedua Vietnam), tapi lebih baik dari ayam dan itik bercakap, beliau dengan peramahnya berbual dengan saya. Saya melayaninya sebagai orang biasa kerana saya betul-betul tidak mengenalinya. Beliau memuji Kuala Lumpur atau Malaysia ketika itu sungguh maju. Kebetulan pada malam sebelumnya pihak kedutaan Malaysia memberi Video Tape mengenai Kuala Lumpur kepada pihak Televisyen Vietnam untuk siaran.

Apabila pengacara majlis menjemput Perdana Menteri Vietnam ke Majlis untuk memberi ucapan, barulah saya tahu bahawa orang yang bersembang dengan saya tadi ialah Perdana Menteri Vietnam.

Catatan:

Apabila rombongan kerajaan Malaysia melakukan lawatan rasmi ke negara tersebut, kerajaan Vietnam telah menyediakan kenderaan kerajaan kepada menteri serta wartawan-wartan Malaysia. Kenderaan tersebut adalah kegurnaan menteri-menteri negara tersebut. Oleh kerana semua kenderaan dipinjamkan kepada rombongan Malaysia, semua menteri terpaksa menggunakan basikal sementera kenderaan mereka dipinjamkan. Semua kereta berwana hitam, Model VIVA buatan Rusia.

My Profile

Saya ISMAIL BIN MUHAMMAD. Berasal dari Kampong Pangkal Chuit, Machang. Berpendidikan sastera pada peringkat menengah kemudian menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektronik di Institut Kemahiran Mara Johor Bharu sebelum melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang yang sama di bawah Program Pandang ke Timur.


Memulakan kejaya sebagai Juruteknik di Harris Semiconductor dan kemudian berpindah ke RCA Solid State U.K (Ulu Kelang). Menjadi kakitangan awal di Sistem Televisyen Malaysia Berhad - TV3 sehinggalah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2000 diatas sebab disiplin selepas dua bulan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Perkhidmatan 15 tahun.


Blog saya akan memaparkan pelbagai ragam kehidupan yang mungkin dipersembahkan dalam bentuk Puisi, Cerpen, Rencana, Ragam atau berita. Juga saya akan iklankan peluang-peluang perniagaan yang mungkin memberi manafaat kepada pelayar blog ini.


Saya akan memaparkan cerita-cerita yang boleh memberi manafaat melalui pengalaman-pengalaman sepanjang perjalanan hidup saya bertujuan sekurang-kurangnya menjadi tauladan kepada pelayar blog ini.