Tuesday, October 28, 2008

Majalah 3 - Outstation Pertama

Bandar Muazzam Shah, Bukit Ibam, Kuantan.
March 1985

Majalah 3, rancangan majalah di TV3 yang paling popular sehingga ke hari ini. Namun tidak ramai yang mengetahui tentang sejarahnya. Rancangan ini bermula apabila Penolong Pengurus Hal Ehwal Semasa En. Salleh Kasim yang mendapat ilham secara spontan menamakan Majalah 3 sebaik saja diminta pendapatnya oleh Pengurus Program En. Ahmad Merican (sekarang Dato') ketika keluar daripada lif. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1985 ini akhirnya membawa kejayaan cemerlang dimana rancangan ini mendapat sambutan menggalakan dari penonton sehingga pernah mendapat rating yang tinggi di negara.

Liputan pertama ialah Pusat Pemulihan Penagiih Dadah Tabung Haji di Bandar Muazam Shah, Pahang.

Saya, Jurukamera Han Choon Huat, Penolong Penerbit Sudirman Hj. Rosli dan Pemandu (di TV3 dikenali sebagai Pilot) merupakan crew yang pertama ditugaskan membuat liputan untuk program ini.

Ini merupakan kerja outstation pertama dilakukan oleh crew. Jadi kami bersiap sedia sehari sebelumnya bahkan keesokan pagi kami berada awal di Studio Jalan Liku walau pun dah berjanji untuk bertolak jam 3 petang. Bandar Muazam Shah, walaupun pertama kali kami mengunjunginya, tanpa peta dan sebagainya, kami menganggap tempat itu tidak jauh. Jangkaan kami sebelum maghrib kami akan berada disana. Rupa-rupanya jangkaan kami meleset.

Jam hampir 4 petang kami bertolak dari Bangsar menuju ke Bentong, Pahang. Disana kami merancang untuk bertanya tempat yang ditujui itu. Jam 6 ptg kami tiba disana. Pemandu setelah mendapat cadangan dari Penerbit terus menuju ke Balai Polis untuk bertanya.

Kami terkejut apabila diberitahu bahawa tempat yang kami tuju itu lima jam lagi perjalanan dari Bentong. Kami panik seketika. Kami dinasihatkan ke Kuantan dan bertanya pula di sana. Tanpa berlengah kami terus ke Kuantan.

Semasa di Temerloh kami melalui jalan baru yang masih belum di buka. sebenarnya kami tidak mengetahui jalan ke Kuantan, ini bermakna melalui jalan itu bukanlah sengaja tetapi sebenarnta tesesat. Sunguh malang, tiba di suatu tempat jalan yang melalui sebatang sungai belum lagi siap jambatannya. Kami terpaksa menuruni curam yang agak tinggi dengan keadaan yang sangat berhati-hati. Kami terpaksa melalui jambatan sementara yang dibina dari papan yang muat-muat uintuk sebuah kereta kecil. Keberanian kami itu berkebetulan ada sebuah kereta lain yang dipandu oleh seorang wanita seorang diri merentasi jambatan tersebut. Bagi kami kalau seorang perempuan boleh melepasinya, takkan kami takut pula. Tajudin (pemandu) memberanikan diri dan akhirnya kami berjaya melintasi sungai tersebut dengan perasaan yang sangat berdebar.

Kami tiba di Kuantan jam 9 malam. Terus ke balai polis dan bertanyakan tempat itu. Kami diberitahu perjalanan dari Kuantan ketempat tersebut mmengambil masa hampir 3 jam. Jadi kami mengambil keputusan untuk bermalam di Kuantan. Dan kami bermalam di Hotel Merlin di Telok Cempedak.

Keesokan pagi kami bertolak awal ke sana. Kami selamat sampai di waktu tengahari. Selepas berehat di sebuah restoran dan makan di situ kami terus kerumah persinggahan yang di sediakan oleh pihak Tabung Haji. Rumah tersebut ialah sebuah rumah peneroka Felda yang ditinggalkan. Petang itu kami terus ke Pusat Pemulihan dan bermesyuarat dengan pengetua pusat tersebut.

Malam itu kami termenung di rumah penginapan yang kurang selesa itu. kemudian Sudirman mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah rehat. Nasib kami baik apabala ada sebuah bilik yang di khaskan untuk kerabat di raja Pahang kosong. Jadi kami menyewa bilik tersebut. Kami tidur di dalam kelambu bagaikan seorang raja.

Keesokan pagi kami mula membuat penggambaran di Pusat Pemulihan tersebut.
Pusat Pemulihan Tabung Haji ini dijaga oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Haji. Menurut beliau pusat ini tidak berpagar kerana terletak ditengah-tengah ladang kelapa sawit. Waktu itu kadang kala ada seladang atau harimau merayau. Jadi penghuni tidak akan lari kerana dikhuatiri menjadi makanan binatang tersebut. Ada juga artis popular disitu. Dia berpesan kepada saya (yang berkebetulan menghisap rokok) supaya jangan memberi rokok kepada penghuni. Oleh kerana saya bersimpati, saya secara diam-diam menghulurkan juga kepada mereka. Kata ustaz lagi, kebanyakan penghuni yang bebas tidak mahu keluar dari pusat itu kerana sangat seronok tinggal disitu dan ada yang terus berkerja diladang tersebut. Rahsianya kata ustaz lagi ialah berbuat baik kepada mereka bagaikan adik sendiri.

Didalam perjalanan pulang, diwaktu tengah malam kami terserempak dengan beberapa landak putih berkeliaran ditepi jalan.

Tape putus.Selesai saja tugas kami di Tabung Haji, kami mengambil peluang merakam gambar di bandar Bukit Ibam. Bandar ini terletak tidak jauh dari Muazam Shah. Suasana bandar ini agak sepi kerana ramai penghuninya telah berpindah. Di sini ada suatu cerita menarik yang hendak disampaikan.

Sewaktu kami merakamkan gambar dipersekitaran bandar, setelah dimainkan semula apabila dimainkan semula rakaman tadi, didapati semuanya tidak terakam. Oleh kerana kami membuat temujanji dengan seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah disitu untuk meneruramahnya, kami dapati semua rakaman temuramah Guru tadi diatas tape yang sama, didapati elok. Semuanya terakam dengan jelas. Kemudian kami kembali ke tempat tadi untuk mengadakan rakaman semuala. Dipertengahan rakaman, tiba-tiba tape terputus. Mengikut kebiasaan tape yang diperbuat dari plastik campuran ini sangat susah untuk putus walaupun ditarik sekuat-kuatnya oleh tenaga biasa. Kami bertanyakan seorang pekedai disitu. Katanya, dulu ada juga Mat Salleh mengalami peristiwa yang sama.

Dihalau pegawai JKR.
Semasa rakaman di dalam bandar, kami sempat merakam kenderaan dan jentera JKR yang tersadai walaupun keadaannya nampak masih baru. Sedang asyik kami membuat rakaman, seorang pegawai yang tiba-tiba keluar dari pejabatnya membawa kayu menghalau kami. Kami pun apa lagi, lari lintang pukang berteraburan. Kami sama-sama ketawa dalam kereta.

Catatan.

Pengalaman pertama ini menarik kerana, ketika itu kami masih belum tahu jalan-jalan di Malaysia. Yang kedua ialah kami belum berpengalaman menghadapi situasi penggambaran dan masaalah yang mungkin timbul. Ketika itu sebenarnmya TV3 hanya ke udara di Lembah Kelang. Jadi orang luar belum mengenali kami. Kebanyakkan mereka memanggil kami RTM3.

No comments: