Thursday, October 23, 2008

Look East Policy Program

Program Pandang Ke Timur

Program Pandang Ke Timur secara rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad sebaik saja beliau menjawat jawatan Perdana Menter Malaysia ke 4 iaitu pada tahun 1980. Negara yang menjadi tumpuan ialah Jepun dan Korea. Beliau mengambil langkah drastik ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan maju. Dengan menghantar pelajar ke negara tersebut. Dr.Mahathir berhasrat untuk melihat pelajar-pelajar akan dapat menerokai segala ilmu kemahiran termasuklah budaya kehidupan orang-orang di kedua-dua negara tersebut.

Saya merupakan kumpulan kedua yang dihantar ke negara Jepun. Sebelum itu semua pelajar dimestikan menghadiri kelas bahasa yang dikendalikan Intitut Teknologi Mara - sekarang UITM. Manakala terdapat juga pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan pemahaman bahasa dan tidak di hantar ke program tersebut.

Ketika itu kebanyakan peserta adalah daripada kumpulan pelajar teknikal dari berbagai bidang. Saya ditempatkan di Sharp Corporation untuk menjalani latihan dalam bidang pengeluaran audio.

Sementara setibanya di Jepun semua pelajar ditempatkan di beberapa tempat dibawah pengawasan AOTS ( Assiociation Overseas Technical Schoolarship). AOTS merupakan badan terbesar di Jepun yang bertanggungjawab mengendalikan latihan termasuk pemindahan teknologi ke negara luar. Kerajaan Jepun berbelanja beribu juta yen setahun untuk tujuan tersebut.

AOTS menyediakan domentary, berupa sebuah hostel bertaraf hotel yang lengkap dengan semua kemudahan. Disini jugalah tempat sessi kelas pagi diadakan termasuk kelas bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar yang tidak dikendalikan oleh negara mereka.

Sessi pagi , AOTS menjemput penceramah atau tenaga pengajar khas dari Universiti terkemuka negara tersebut untuk mengendalikan kelas dari berbagai topik. Ini termasuklah sejarah dan budaya Jepun. Pelajar didedahkan dengan adat dan budaya orang-orang Jepun. Sementara di sessi petang pula pelajar akan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah dan juga kawasan industri. Sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar dalam ilmu kemahiran dan melahirkan semangat baru kepada mereka.

Selama dua minggu pelajar ditempatkan di dua tiga termpat mengikut kumpulan serta kawasan yang bakal mereka menjalani latihan sebelum dihantar ke tempat latihan sebenar. Minggu kedua pelajar dibawa ke tempat yang lebih jauh yang melibatkan perjalanan dengan Shinkansen (Kereta apai laju), Densha (Keretapi bandar) dan juga keretapi di bawah tanah. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Domentari AOTS Osaka di bawa ke barat merangkumi Bandaraya Hiroshima, Nagasaki dan Beppu. Perjalanan dengan menaiki shinkanshen merentasi laut antara pulau Honshu dan Kyusu dengan melintasi terowong dibawah laut. Panjangnya terowong tersebut ialah 45 minit perjalanan shinkasen dengan kelajuan 170km sejam. Sementara perjalanan antara Nagasaki ke Beppu menggunakan bas yang mengambil masa hampir lima jam melintasi kawasan pergunungan yang pemandangannya sangat indah. Pelajar juga dibawa ke kawasan gunung berapi dengan menaiki kereta kabel. Pendek kata pendedahan adalah merangkum pelbagai sehinggalah ianya betul-betul teruja dan meninggalkan kesan teramat positif kepada semua pelajar.

Dalam ruangan ini saya akan mendedahkan kesan-kesan positif termasuk perbandingan budaya serta corak penghidupan berbanding dengan masyarakat Malaysia. Ini bukanlah bertujuan memperkecilkan masyarakat kita namun cara penghidupan orang-orang Jepun boleh dijadikan tauladan.

Nantikan....

No comments: