Monday, October 20, 2008

Peristiwa Menarik

Berikut adalah beberapa peristiwa menarik yang masih menjadi ingatan saya.

Peristiwa 1

Semasa membuat liputan lawatan Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba pada tahun 1987 ke Vietnam.

Ketika menunggu ketibaan En. Ghafar Baba dalam majlis sambutan beliau di Bangunan Kerajaan Persekutuan di Hanoi. Seorang lelaki yang berusia lingkungan 50an berbasikal menuju ke majlis tersebut. Apabila menghampiri orang ramai, seorang pegawai kanan polis meluru kearahnya lalu menyambut beliau dan mengambil basikal tersebut. Lelaki itu kemudiannya berjalan menuju kearah saya yang ketika itu berdiri bersama rakan-rakan wartawan serombongan. Beliau berhenti serta berdiri disebelah saya. Dengan berbahasa English agak-agak faham (Bahasa Perancis merupakan bahasa kedua Vietnam), tapi lebih baik dari ayam dan itik bercakap, beliau dengan peramahnya berbual dengan saya. Saya melayaninya sebagai orang biasa kerana saya betul-betul tidak mengenalinya. Beliau memuji Kuala Lumpur atau Malaysia ketika itu sungguh maju. Kebetulan pada malam sebelumnya pihak kedutaan Malaysia memberi Video Tape mengenai Kuala Lumpur kepada pihak Televisyen Vietnam untuk siaran.

Apabila pengacara majlis menjemput Perdana Menteri Vietnam ke Majlis untuk memberi ucapan, barulah saya tahu bahawa orang yang bersembang dengan saya tadi ialah Perdana Menteri Vietnam.

Catatan:

Apabila rombongan kerajaan Malaysia melakukan lawatan rasmi ke negara tersebut, kerajaan Vietnam telah menyediakan kenderaan kerajaan kepada menteri serta wartawan-wartan Malaysia. Kenderaan tersebut adalah kegurnaan menteri-menteri negara tersebut. Oleh kerana semua kenderaan dipinjamkan kepada rombongan Malaysia, semua menteri terpaksa menggunakan basikal sementera kenderaan mereka dipinjamkan. Semua kereta berwana hitam, Model VIVA buatan Rusia.

No comments: