Wednesday, October 22, 2008

Bersalam Dengan Dr.Mahathir

Kali pertama saya bersalam dengan Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia ialah semasa meneruramahnya untuk penerbitan dokomentari khas Tunku Abdul Rahman pada tahun 1985 di Sri Perdana.

Dan kali terakhir saya bersalam dengannya semasa lawatan beliau ke Kelantan semasa menghadapi pilihanraya pada tahun 1999 di Hotel Pacific Riverview Kota Bharu. Ini bermakna sudah hampir 10 tahun saya tidak menemui beliau.

Namun ada suatu peristiwa menarik yang nak dipaparkan di sini.

Julai 1997 - Almaty, Kazakhstan.

Saya membuat liputan lawatan beliau (Perdana Menteri) ke Kyrzystan dan Kazakstan. Lawatan yang bermula di Kyrzystan dan berakhir di Kazakhstan. Sewaktu mengadakan liputan keberangkatan pulang, di Almaty Internatinal Airport di sini. Kakitangan diplomatik dari kedua-dua buah negara sedang berbaris panjang bertentangan antara satu sama lain menyusuri karpet merah yang menghala ke tangga pesawat Boeing 747-400 MAS siap sedia menunggu keberangkatan pulang PM. Saya berdiri jauh di hujung bahagian ekor pesawat seorang diri sementara menunggu jurukamera (Zakir)yang sedang membuat liputan.

Tidak lama kemudian PM pun tiba dan disambut oleh menteri-menteri kedua negara berkenaan. Beliau kemudian bersalaman dengan semua hadirin satu persatu. Manakala rombongan negara termasuk kumpulan budaya yang dibawa khas telah berada di dalam pesawat. Akhirnya beliau tiba di anak tangga pertama pesawat. Kaki kanannya sudah melangkah ke anak tangga pertama sambil tangannya memegang pemegang tangga tersebut.Tanpa disangka beliau tertoleh dan merenung kearah saya. Manakala body guard yang perasan dengan keadaan itu memberi signal sambil menunjukkan kepada saya supaya datang kepadanya (PM). Saya terus berlari kearahnya dan terus menghulurkan salam.

"Terima kasih nong!" Ungkap Dr Mahadir sebaik saja saya berjabat salam dengannya.
"Sama-sama Dato Sri" Balas saya dengan persaan yang sangat terharu.
Saya tergaman seketika apabila seorang Perdana Menteri sedia untuk bersalam dengan saya walaupun saya tidak mempunyai apa-apa kedudukan dan kepentingan. Inilah sifat Dr. Mahathir. Ia menghormati siapa sahaja walaupun peranannya sangatlah kecil namun Dr. Mahathir menilainya besar. Renungkanlah!

No comments: