Thursday, October 23, 2008

Rencana - ROKOK

Rokok merupakan bukan pemakanan atau minuman yang menjadi kegemaran ramai sejak zaman-berzaman. Walaupun berbagai kempen menakut-nakutkan pengguna namun rokok tetap menjadi pilihan utama walau dalam keadaan apa sekalipun. Juteru untuk menghapuskan rokok berbagai usaha dilakukan seperti mengharamkannya, tidak dibenarkan penggunaanya ditempat awan juga di lobi-lobi hotel namun ianya tidak mendatangkan sebarang hasil. Tidak diketahui jumlah sebenar namun telah ramai penyeludup rokok dari Indonesia ditahan pihak berkuasa kerana menjalankan kegiatan tersebut. Setengah daripada mereka mati kelemasan dilautan kerana bot yang mereka gunakan karam dipukul ombak.

Hari ini harga rokok melambung tinggi bukan kerana pengeluaran tembakau dunia makin berkurangan namun ianya bertujuan mengurangkan kepenggunaanya. Namun kajian mendapati di Malasia sahaja pengguna membelanjakan melebihi RM3 billion sebulan untuk tujuan tersebut. Pakar-pakar yang kononnya bimbang tentang mutu kesihatan orang ramai disebabkan asap-asap rokok bertelagah dengan pakar-pakar yang kononnya bijak dalam bidang ekonomi menyatakan perokok telah menjana ekonomi negara. Yang mana satu betul? Mengikut penganalis kurang matang berpendapat kedua-duanya adalah betul.

"Soalnya kau hisap rokok atau tidak. Kalau hisap bagi aku sebatang!" Tambahnya lagi.
Di Kelantan, negeri yang paling banyak mengeluarkan tembakau negara, suasana macam biasa sahaja. Tidaklah pula dikatakan budak-budak pun menghisap rokok malahan tidak ada pula kecurian tembakau berlaku disebabkan tidak ada duit nak membeli rokok. Ini bermakna, perokok mempunyai fikiran yang waras. Walau pun tidak mampu membelinya mereka sanggup meminta rokok kawan daripada mencuri tembakau.

Di Bachok dimana kawasan pertanian paling besar negeri itu menyaksikan penduduk berjaya membina rumah mewah dan membeli kenderaan secara tunai hasil dari pertanian tembakau. Walaupun pengusahaan peranian tembakau disini tidak mencapai taraf seperti negara Cuba namun kemewahan itu terserlah hasil dari perusahaan tersebut.

Cuba menghasilkan cerut bermutu tinggi. Cara penghasilannya amatlah luar biasa. Cerut yang mencapai ratusan dollar sebatang adalah hasil dari gabungan tembakau pucuk yang lembut dan halus digulung diatas paha gadis belasan tahun. Menjadikan Havana, cerut paling popular dan eksklusif di dunia.

Sewaktu saya menyertai rombongan lawatan Perdana Menteri ke negara-negara Amerika Latin pada penghujung 1997 ramai dikalangan peserta rombongan mampu membeli cerut bernilai puluhan ribu ringgit semata-mata stail. saya berpeluang menghisap sebatang cerut yang berharga lebih seratus dollar (Ketika itu RM 500 lebih - ketika mata wang negara menjunam) yang dihadiahkan bekas pengarah New Strait Times Berhad, Dato Nazri. Rasanya memang lembut. Saya menghabiskannya dalam masa tidak sampai setengah jam. Rekod bagi saya kerana sebelum ini tidak pernah bermimpi untuk membakar duit sesingkat itu.

Cerut tersebut dipackkan dalam kotak berupa brief case yang di perbuat daripada kayu. Ianya sangat eksklusif.

Walaupun dikatakan merokok merbahayakan kesihatan termasuk kemungkinan mengakibatkan serangan jantung dan cancer namun yang tidak terlibat dengan penggunaan rokok juga maut kerana penyakit tersebut. Dalam hal ini terdapat pro dan kontra. Selagi rokok dijual dikedai, selagi kilang-kilang membuat rokok beroperasi 24 jam selagi itu lah perokok tak henti-henti menghisapnya. Ini kerana perokok khuatir akan berlakunya longgokan dikedai-kedai sekiranya rokok kurang diguna. Selain itu mungkin pekerja kilang rokok akan kehilangan pekerjaan sekiranya kilang-kilang itu ditutup.

Tahunkah anda kenapa rokok tidak dijadikan aset walaupun harganya meningkat melebihi seribu peratus dalam masa sepuluh tahun? Ini adalah kerana rokok yang disimpan akan masuk angin dan rasanya sudah tidak sedap. Lagipun sekiranya rokok tersebut disimpan dikawasan banjir, alamatnya wassalam. Habis, tidak boleh diguna lagi. Mat Gian pun tidak ingin.

Akhirnya, rokok mempunyai status tersendiri. Ketinggiannya ialah kerana asap naik ke langit dan kelebihannya ialah puntungnya dibuang.

(Perhatian : Rencana ini tidak boleh dijadikan sebarang rujukan samaada untuk tujuan pembelajaran atau penyelidikan)

No comments: