Monday, October 20, 2008

Puisi-TRAGEDI BANGSA KU

Tragedi Bangsa Ku
(Sempena Mesyuarat Bahagian UMNO)

Kali ini bertandang lagi
Perhimpunan Agung UMNO
Yang akan menyaksikan Melayu memilih Melayu.

Entah kenapa aku terfikir
Melayu bagaimanakah harus aku pilih?
Kerana bagiku Melayu itu sama
Bertutur dan berbahasa
Cuma loghatnya saja berbeza
Jadi, siapa yang harus aku pilih?

Aku melihatkan jasa tapi rakan ku lain pula
Pandangannya amat berbeza
Dia kata kita mesti melihat siapa
Maksudnya boleh jadikan kita kaya atau tidak?
Atau sekadar ada.

Aku pula melihat disudut kepakaran
Ekonomi misalnya dan berbagai
Yang kini gawatnya menyelubungi alam
Rakan ku kata
tidak perlu begitu
Kita mesti lihat apa ada untung pada kita.

Aku sebenarnya risau tentang bangsa ku
Kalaulah suatu hari nanti tenggelam dek politik kaum
Tiada lagi hak kaum ku
Jadi siapakah kaum ku ketika itu
Kemanakah kaumku ketika itu
Hang Tuah kata ‘Tak Hilang Melayu Di Dunia’
Namun mungkinkah ketika itu Melayu berpindah randah bagaikan kawan-kawanku
di pendalaman?
Jadi siapakah yang tinggal dibumi ku?
Rakan ku kata Bangsa Malaysia
Ertinya tidak ada Melayu, Cina, India atau Benggali (CIMB)
Jadi adakah Melayu hilang?
Rakanku kata tidak
Jadi aku tanya
mereka kemana?
Rakanku diam.

Rakanku sebenarnnya sudah kaya raya
Main politik dari peringkat cawangan, bahagian yang akhirnya jadi jutawan
Dia kata dia tidak pernah terfikir pasal bangsa sebab dia sudah kaya
Dia kata dia juga tidak fikir tentang agama sebab semua orang sama
Jadi dia kata dia terima apa saja asalkan jadi kaya
Rasuah mainan biasa tanpanya susah nak buat kerja sebab itu saya berjaya
Jelas rakan ku selamba

Jadi aku pening sebab tiada peluang untuk aku buat begini
Aku tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat bahagian sebab ketua ku sudah ‘deal’ dengan wang ganjaran dengan harapan memiliki kereta baru dan rumah mewah sebaik saja mesyuarat bahagian selesai.

No comments: