Monday, October 27, 2008

Di Tahan Di LA Airport

Los Angeles, USA, 1997

Kami ditugaskan untuk membuat liputan persidangan PECC di Santiago, Chile dan lawatan Perdana Menter ke Buenos Aerie, Argentina. Ketika itu MAS ada penerbangan ke Buenos Aires melalui Johanesberg, Afrika Selatan.

Saya sememangnya merancang perjalanan melalui Amerika Sharikat dengan tujuan tidak lain kerana nak mengambil angin disana.

Seperti biasa penerbangan dari Kuala Lumpur selama 6 jam akan singgah di Tokyo sebelum meneruskan penerbangan ke Los Angeles selama 13 jam lagi. Nasib kami baik kerana peraturan syarikat membolehkan kami duduk di Kelas Pernigaan sekiranya perjalanan melebihi 6 jam.

Oleh kerana kerja liputan berita, banyak juga pealatan yang kami bawa. Mengikut peraturan sesiapa yang membawa barangan yang akan dibawa balik semula mestilah di sahkan oleh pihak kementerian luar atau MITI dengan mengisi borang Carnet. Seperti biasa, setiap kali saya keluar negara, saya tidak pernah mengisi borang tersebut. Sebenarnya saya menggunakan taktik tidak faham apabila berhadapan dengan kastam dimana-mana negara. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.

Setibanya di Los Angeles saya di tahan oleh pihak kastam.

"Do you have Carnet" tanya Pegawai Kastam itu kepada saya. Wee Yong Meng (Wartawan) dan Danny Lau (Jurukamera) kelihatan panik. Mereka berdua berdiri di sebelah saya.

" I don't understand Sir. It is something like internet?" Balas saya berpura-pura tak tahu.

" No, no" Jawab kastam tadi dengan suara yang agak garang.

"Who's the boss, who's the bos" Tanyanya lagi pada kami bertiga.
Saya menunjuk kearah kearah Wee.

"Kena dah Mail, kena dah. aku dah kata, tapi..." Wee nampak macam geram.

"Come, come" Arah kastam itu supaya kami bertiga mengikutnya.

Kami mengikut dengan perasaan berbagai. Manalah tahu, takut-takut bermalam di lokap. kami terus dibawa ke sebuah bilik. Kami di suruh duduk. Sebentar kemudian datang seorang pegawai kastam lain menyoal siasat kami.

"Where are you going? Tanya kastam tadi kearah kami bertiga.

Wee dan Danny berdiam. " Tak apa Wee biar aku sorang yang cakap. kau orang diam" kata saya supaya mereka bertenang.

" We are on the way to Santiago. We are from Malaysia, TV3. We follow our Prime Minister visit Chile and attending the PECC." terang saya.

"Never mind. But why you come thru here?" Soalnya kastam itu. Mungkin dia tahu ada penerbangan Malaysia melalui route lain.

"Kali ini ada chance. Aku nak keletong Mat salleh ni" Kata ku dalam hati.

" Like this Sir " Aku mula goreng. " Actually so long time I dream to come here. But now come to reallity. Thats why I've plan to visit Hollywood and Disneyland" Sambung ku lagi. Pegawai kastam itu terdiam sejenak. sebentar kemudian dia meninggalkan tempat itu. Tak lama kemudian muncul lagi pegawai lain yang pangkatnya lebih besar. Kali ini nampak air mukanya lembut sikit,

"You want drink? Tiba-tiba muncul suaranya.
"No Sir, Thank you" Balas ku.

"No you have to drink" katanya lagi.
"Ok Sir, anything" Kata ku.
"No, you have to choose your drink" Katanya lagi.
"Ok Sir, coffee" Kata ku.
Sementara Wee dan Danny juga meminta coffe. Sebentar kemudian minuman pun dihidangkan bersama biskut. Pegawai Kastam berborak dengan kami dan bertanya macam-macam. Beliau meminta buku yang mempunyai gambar Malaysia. Kebetulan kami mengambil buku majalah MAS dalam pesawat tadi dan hulurkan padanya. Dia nampak kagum melihat gambar-gambar di Malaysia.

"Ok. if one day I come to your country, do you willing to entertain me?" Tanyanya seolah-olah mahu menyudi kami.
Wee dengan pantas menjawab "Off course Sir!"
"I know you in trouble, you wll said 'off course' but when I coming there you will not answer my call!" Katanya sambil bergurau.
Saya terus mencelah " No Sir, I am guarantee, don't worry."
Beliau hanya tersenyum melihat karakter kami.
Tidak lama kemudian " Ok, you all can proceed. I'm sorry. Take care your self. Bye!" Katanya memberi singnal kepada kami tanda selesai dan bebas.
"Bye, bye!" Ucapnya sebaik saja kami melangkah keluar pintu. Dua tiga pegawai lagi yang berada berhampiran pintu juga mengucapkan selamat jalan kepada kami.

Nota.

Apa yang nak saya gambarkan di sini ialah sikap pegawai kastam tersebut. Pada mulanya mereka agak serius. Tetapi kemungkinan apabila melihat riak wajah kami sebenarnya tidak berniat jahat masuk ke negara mereka, riaksi mereka terus berubah. Apa yang agak melucukan ialah mereka bye bye kepada orang yang mereka siasat. Ini menunjjukan cara mereka menangani tugas sangat professional.

No comments: