Friday, October 30, 2009

HELO MALAYSIA - 502 ASTRO BERNAMA TV

Setelah menempuh ranjau dan duri, pelbagai rintangan dalam usaha yang dilakukan. akhirnya Allah SWT telah meletakkan aku ditempat tertinggi untuk saat ini dengan menanugerahkan aku sebuah padang untuk aku ukirkan pelbagai bentuk dalam rumput yang segar.

Hari ini aku di amanahkan menerbitkan sebuah rancangan talk show yang menjadi favourite kepada YAB Perdana Menteri, timbalannya, Menteri Penerangan serta menteri-menteri dan juga usahawan serta para intelectual.

Rancangan dimaksudkan ialah HELO MALAYSIA. Keudara secara langsung setiap malam selama sejam mulai jam 10 malam.

Setelah sekian lama aku berkecimpung dalam bidang penerbitan teknikal dan kejuteraan akhirnya aku berpeluang menerbitkan rancangan sendiri yang telah mengejutkan rakan-rakn siaran yang lain. Itulah dunia. bila Allah mentakdirkan tiada siapa yang boleh menyangkal atau menepisnya. Allah maha kaya, dapat menjadikan apa saja walaupun diluar hukum hakam kotak pemikiran manusia. Hari ini masuk bulan kesebelas aku menerbitkan rancangan tersebut yang bermula 1 Januari lalu. Sehingga kini aku telah menerbitkan sebanyak 300 lebih rancangan dalam masa singkat berbanding penerbit lain yang menerbitkan rancangan sekali seminggu secara rakaman yang hanya mengeluarkan tak lebih 52 rancangan setahun.

Alhamdulillah sehingga kini Allah SWT masih menyegarkan fikiran ku dengan memberi akal sehinngga kesaat ini tidak pernah berlaku sebarang kegagalan dalam menerbitkan rancangan tersebut saban malam. Aku mohon semoga Allah terus menyegarkan fikiran ku dan memberi akal yang cergas dan memudahkan setiap urusan setiap hari.

Untuk makluman, Helo Malaysia keudara setiap hari jam 10 malam dan ulangan siarannya pada jam 3 pagi, 6.30 pagi, 8.30 pagi dan 11 pagi.

Anda boleh menghubungi saya di talian 012 6435 282 sekiranya ingin menyertai rancangan tersebut.

Saturday, December 27, 2008

KRISMAS DI BOSNIA & HERZEGOVENA DAN CROTIA

Pertama kali saya menjejaki kaki ke negara Balkan ini ialah pada tahun 1997 kerana membuat liputan khas peralihan tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas di Bosnia IFOR kepada SFOR.

Penerbangan khas Boeing 747 yang berlepas dari Lapangan Tebang Sultan Ismail, Senai membawa bersama hampir 300 anggota tentera pengaman. Kami wartawan dari Kuala Lumpur berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Subang. Hanya ada beberapa wartawan dalam pesawat 'doulble decker' itu ke Johor Bharu. Kami merasa seoalah-olah menyewa pesawat tersebut. Pesawat berlepas jam 5 petang dan tiba di Senai Aiport sejam kemudian. kami dipelawa turun ke bilik menunggu. Rupa-rupanya pesawat akan berlepas ke Crotia jam 3 pagi esok.(Ketika itu tidak ada penerbangan terus ke Bonia. Jadi pesawat menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Split, Crotia untuk ke Bosnia) Jadi menunggulah kami disitu.

Dalam perjalanan, pesawat singgah di Sarjah, UAE sebelum meneruskan perjalan ke Crotia. Pesawat merentasi padang pasir beratus kilometer jauhnya. Kami tiba di Crotia, hampir waktu maghrib dalam keadaan cuaca sejuk tapi tiada salji. Bas telah tersedia untuk membawa kami ke Bandar Bosnia. Sebelum itu kami di bawa ke kem persinggahan yang tidak jauh dari airpot. Dihadapan kem ialah sebatang sungai yang kelihatan bertaburan ikan besar yang bebas berenang. Saya bertanyakan kepada anggota tentera disitu adakah mereka ambil peluang memancing, jawabnya memang mereka terliur untuk menangkap ikan-ikan tersebut namun tugas tidak mengizinkan mereka. Sedang kami berdiri ditepian sungai, manakala wartawan Rosli sedang membuat stand-upper untuk lapuran berita, sebuah kereta jenis Alfa Romeo melintasi laju hampir melanggar kamera kami, mereka ialah kumpulan Mafia. Kami diberitahu pihak tentera kumpulan tersebut sungguh ramai. Mereka menggunakan kenderaan tersebut dan sengaja mengacah supaya pihak tentera bertindak. Menurutnya lagi Mafia tidak akan bertindak melulu melainkan mereka pasti seseorang itu adalah musuh mereka. Walaubagaimanapun menurut anggota tentera tersebut kumpulan Mafia tidak pernah mengganggu anggota tentera dari Malaysia sedangkan anggota pengaman dari negara lain sentiasa berhadapan dengan gangguan mereka. Itulah Malaysia, kumpulan Mafia pun menghormati negara kita.

Perjalanan kami ke Bandar ( dah lupa nama bandar tersebut yang terletak di Bosnia) mengambil masa hampir 3 jam. Keadaannya gelap gelita. Tidak banyak kenderaan dalam perjalanan tersebut kecuali kenderaan tentera bangsa-bangsa bersatu. Di bandar ini kami ditempatkan disebuah hotel. Setiap orang disediakan satu bilik. Tiada tamu luar kecuali anggota tentera atau pelawat yang ada kena-mengena dengan urusan pengaman. Malam itu tiada aktiviti kecuali kami dibawa ke kem untuk makan malam kemudian melawat pos-pos berhampiran bagi meninjau tugas tentera kita di sana.

Saya sempat keluar merayau ke kawasan hotel tersebut sambil melihat suasana di bandar itu. Tak semena-mena terjumpa dengan tiga anggota tentera Malaysia yang turut berada disitu. Mereka terkejut melihat kami orang Malaysia berada di situ. Apabila kami berbual rupa-rupanya anggota tersebut lupa yang kami adalah wartawan yang baru tiba bersama mereka sejurus tadi. Malam itu kami tidur nyenyak dengan memasang heater.

Diantara aktiviti lawatan yang disediakan oleh pihak tentera sepanjang seminggu kami disana ialah melawat terowong yang menghubungi laluan antara Sarajevo ke Crotia. Rumah pertemuan keluarga disempana sebuah daerah semasa peperangan, kubur pejuang mati syahid dan juga rumah seorang nenek yang menjadi mansa rogol sepanjang peperangan. Kami juga melihat rumah-rumah yang di bom dan juga bermain salji.

Bosnia merupakan sebuah negara yang sangat indah. Bukit bukau serta gunumg ganang dimana air sungai yang jernih mengalir disertai dengan kebersihan tanpa sampah. Kami di bawa melawat kesebuah hotel yang langsung tidak menjadi sasaran semasa peperangan yang terletak di sarajevo. Saya juga sempat menziarh masjid tertua ang terletak di bandar sarjevo lama.

Bandaraya Sarajevo sungguh besar. Kelihatan beratus gerobak Trem (Trem ialah keretapi bandar yang mengguna kuasa letrik. Kenderaan ini terdapat di kebanyakan negara barat dan CIS dan Russia. di Malaysia suatu ketika dahulu trem terdapat di Pulau Pinang. Hari ini sistem kenderaan awam ini di panggil LRT terdapat di bandaraya Kuala Lumpur dan kini menjadi pengangkutan yang digemari ramai kerana kecekapan dan kepantasannya) Trem tersebut tersadai selepas menerima bencana peperangan yang meragut nyawa ratusan ribu rakyat negara ini.

Kebetulan kunjungan kami disini sewaktu perayaan krismas. Sehari sebelum krismas saya berpeluang melihat rakyat beragama kristian membuat persiapan. Menjelang senja kelihatan orang ramai membeli dan menggalas babi yang sebesar anak babi kalau di negara kita. Diperkarangan rumah kelihatan mereka sibuk melepah atau memasak binatang tersebut. Disetiap rumah pula dihiasi pokok krismas dengan diterangi lampu berkerlipan. ( Pokok krismas merupakan pokok yang tahan dengan cuaca sejuk termasuk salji. Semasa musim sejuk yang didahului dengan musim luruh keseluruhan pokok akan menggugurkan daunnya. Hanya tinggal dahan dan ranting seolah-olah kelihatan seperti pokok mati kalau di negara kita. Manakala hanya satu-satunya pokok krismas masih berdaun hijau dan segar. itulah agaknya penganut kristian menjadikan pokok ini sebagai simbol perayaan mereka.)Selain itu tidak ada persiapan lain yang dilakukan termasuklah di hotel-hotel. Manakala berbanding di negara kita sambutan perayaan krismas dilakukan secara besar-besaran terutamanya pengusaha hotel dan pasaraya.

Pada malam krismas, kami secara kebetulan pulang dari kem tentera jam hapir 2 pagi. Secara kebetulan pula muda mudi baru pulang dari pusat disko. Aktiviti begitu menjadi tradisi kepada muda mudi penganut kristian disini.

Suasana sunyi di pagi krismas. Secara kebetulan salji turun selebat-lebatnya sebaik saja kami tiba di Bandaraya Split di Crotia. kami sebenarnya dalam perjalanan pulang ke malaysia dan bermalam di bandaraya tersebut sebelum menaiki pesawat jam 3 petang esok. Kami dipelawa oleh anggota tentra ketempat salji. Tempatnya ialah diantara perjalanan dari Split ke bandar yang kami kunjungi sebelum ini. Disinilah kami bermain salji seolah anak-anak kecil. Yang agak kelakar ialah bersama kami salah seorang pegawai tentera. Maka ketawalah kami dengan gelagat masing-masing. Kelihatan seorang wanita mengintai dari celah tingkap di rumah berhampiran, kehairanan melihat kami berada disitu sedangkan mereka kesejukan dan berdian di dalam rumah masing-masing.

Keesokan paginya kami bersarapan di hotel tersebut dengan menikmati Indo Cafe. (Aneh tapi benar, kalau di negara kita Nescafe amat popular tapi di sini Indocafe

Sunday, December 21, 2008

LAGAK DREBAR BAS

Profesyen sebagai pemandu bas ekspres adalah salah satu bidang yang menjadi impian kerpada pemandu kenderaan awam. Ini adalah kerana taraf sebagai pemandu bas ekspres lebih tinggi berbanding pemandu bas biasa terutamanya bas bandar atau bas sekolah.

Menjadi pemandu bas ekspres mempunyai banyak kelebihan. Pertamanya kerana mereka akan mendapat makan secara percuma di setiap tempat persinggahan. Kedua mereka boleh tidur setelah empat jam memandu apabila pemandunya bergilir. Ketiga mereka berpeluang beristeri lebih dari satu mengikut berapa banyak destinasi yang mereka ditugaskan.

Kebanyakan pemandu bas ekspres selain dari bekas anggota tentera ialah tergolong dari mereka yang gagal diperingkat SRP. Apabila mereka berjaya bertugas sebagai pemandu di bas-bas yang berharga lebih dari sejuta ringgit itu, disinilah kebodosombongan mereka terserlah. Lagak mereka macam seorang pilot. Berjalan ala pegawai tentera dan berbahasa dengan penumpang macam seorang jutawan sombong.Pantang berjumpa perempuan nak mengorat tanpa mengukur saiz badan. Paling ketara ialah pemandu bas Transnasional antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kebanyakan mereka terdiri dari orang Kelantan yang tinggal di kampung pendalaman. Kerjaya sebagai pemandu bas skspres SKMK atau Tranasional merupakan kerjaya tertinggi yang menjadi idaman. Di Kelantan kerjaya sebagai pemandu bas bermula apabila Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan atau SKMK beroperasi secara monopoli di negeri ini sejak tahun 50an. Oleh yang demikian menjadi khayalan kepada kebanyakan warga negeri ini untuk berjaya sebagai pemandu syarikat tersebut. Malahan dikalangan yang agak sederhana pula mereka lebih cenderung menjadi seorang konduktor. Taraf konduktor ketika itu hampir sama dengan seorang guru maktab perguruan. Di dalam sistem pengurusan bas tersebut seorang konduktor boleh dinaikkan pangkat kepada Inspektor Bas. Tugas Inspektor pula ialah mengadakan 'spot-check' keatas bas-bas supaya penipuan bayaran tambang tidak akan berlaku saelain memastikan perjalanan bas mengikut jadual. Inspektor bas kalau di sekolah bolehlah dianggap seperti seorang guru besar. Apabila saja mereka menjalankan pemeriksaan keatas bas, bukan saja pemandu dan konduktor malahan penumpang juga turut sama merasa takut. Masing-masing bersiap sedia dengan tiket untuk diperiksa.

Apabila saya membuat penelitian dikalangan pemandu-pemandu bas ekspress ke negeri Kelantan dari Kuala Lumpur, saya dapati pemandu bas Tranasional lebih berlagak sombong. Sebab-sebab kesombongan tidaklah di ketahui tetapi apabila di perhatikan mereka ini tergolong dari orang kampung yang asalnya menjadi pemandu tempatan bas SKMK. Menjadi pemandu bas ekspress bermakna mereka telah dinaikkan pangkat. ( Di Kelantan, kenaikan pangkat di raikan dengan majlis kesyurukan tanpa mengira tinggi atau rendah pangkat tersebut. Contohnya seorang jiran di kampung saya di Machang yang juga menjadi kawan saya sewaktu kecil, beliau mengadakan majlis kesyukuran apabila di naikkan pangkat dari seorang pemikul papan selipar kepada jawatan Juru Ketok. Kini tugas beliau hanya membawa hammer besar untuk memaku papan selipar yang ditugaskan oleh boroh-boroh lain. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Pemikul Papan Selipar. Note: Beliau merupakan pekerja di KTM. )

Manakala pemandu bas-bas ekspress syarikat lain lebih ceria dan ramah. Mereka-mereka ini aadalah tergolong dari bekas pemandu tentera yang banyak pengalaman dari segi pergaulan dan sebagainya. Selebih itu kebanyakan pemandu terdiri dari warga muda yang mempunyai pendidikan sekurang-kuranya peringkat SPM dan mempunyai motivasi diri. Jadi sekiranya kita bertanyakan sesuatu kepada seorang pemandu bas, lalu tidak dilayan sebagaimana yang kita harapkan, anggaplah itu sebagai lumrah. Janganlah sesekali merasa kecewa. Terimalah ia seadanya.

Thursday, December 18, 2008

Mild Seven

Mild seven adalah antara jenama rokok paling terkenal di negara Jepun selain Seven Star dan Cavin.

Jepun merupakan negara yang hampir keseluruhan rakyatnya menghisap rokok. Tambahan pula Mild Seven dan Seven Star mengiklankan merokok menjadikan hari yang baik kepada penghisapnya atau dalam iklannya berbunyi "Nice Day Nice Smokin'"

Apabila saya berpeluang mengunjungi negara matahari terbit itu saya juga terpengaruh dengan jenama tersebut.

Pertama kali saya mengunjungi Jepun pada tahun 1983 kerana menyertai program Pandang Ke Timur anjuran bersama kerajaan Malaysia, Kerajaan Jepun dan syarikat penaja Sharp Corporation. Ketika itu harga sekotak rokok yang paling mahal ialah 200 yen bersamaan RM 2.00. (Ketika itu nilaian wang Malaysia dan Jepun ialah 1:1) Ini bermakna duit lebihan minum kopi boleh membeli rokok. Sedangkan di Malaysia duit lebihan membeli rokok boleh meminum kopi. (Di negara Jepun hanya terdapat dua benda paling murah iaitu kereta dan rokok. Selainnya teramat mahal dan diluar pemikiran kita. Contoh harga semangkuk mi ketika itu ialah RM50 hingga RM 100 sedangkan di Malaysia harga ketika itu ialah diatara RM2.50 ke RM 3.50 sahaja.) Lima belas tahun kemudian apabila saya mengunjungi kali terakhir negara tersebut sebelum dipecat oleh TV3 secara zalim harga rokok yang paling mahal ialah 220 yen iaitu hanya 20 yen sahaja kenaikan dalam tempuh tersbut. Sebab itu lah orang-orang Jepun hanya menyedut dua tiga kali sahaja untuk sebatang rokok sedangkan di Malaysia kalau boleh puntungnya sekali dihisap. Itu adalah gambaran bagaimana prihatinnya penghisap rokok di Malaysia menanam sikap tidak membazir terhadap rokok kerana mengenangkan harga terlalu mahal berbanding pendapatan secara halal( Bagi pengamal rasuah pula mereka tidak hairan walaupun harga rokok melambung sehingga RM100 sekotak kerana mereka mempunyai duit melimpah ruah).

Apabila menceritakan tentang rokok teringat pula saya peristiwa warganegara Indonesia yang membeli rokok Mild Seven di Jepun.

Peristiwa menarik ini berlaku semasa saya dan kakitangan Kejuruteraan dari TVRI yang mengikuti kursus Kejuruteraan Pemancar di Toshiba Corporation Yokohama Jepun. Kebetulan ketika itu saya juga menghadiri kursus yang sama bersama lagi seorang kakitangan TV3 dan dua kakitangan Telekom.

Jadi pada hujung minggu tersebut, pihak pengurusan Toshiba membawa kakitangan TVRI melawat tempat bersejarah dan kebudayaan di bahagian utara Jepun iaitu Tochigi. Kami di jemput sama menyertai rombongan tersebut. Kebetulan di dalam bas itu saya duduk di belakang bersama salah seorang kakitangan TVRI.

Sambil melihat pemandangan saya mengeluarkan rokok lalu mempelawa rakan di sebelah untuk hisap bersama.(ketika itu tidak ada larangan menghisap rokok dalam kenderaan awam).

"Terima kasih Pak. saya juga ada." Sambil menunjukkan rokok Mild Seven di dalam poket baju hadapannya. Saya terus menghisap walaupun beliau berdiam. Tidak beberapa lama kemudian salah seorang rakan mereka bangun dan kelihatan mengambil beg kecilnya di kompatmen yang terletak di bahadian atas kepala lalu mengeluarkan rokok berjenama Gudang Garam. Diwaktu yang sama rakan disebelah saya juga bangun dan yang lain kelihatan sebok mengambil rokok masing-masing dengan yang brand yang sama. Lima minit kemudian seluruh bas di kepulkan oleh asap Gudang Garam. Rupa-rupanya Mild Seven hanya sebagai action saja.

Sementara sampai ke destinasi saya sempat berbual-bual kosong tetapi agak bercakap besar dengan rakan disebelah saya. Apa yang saya perhatikan dari sejumlah hampir 20 orang pelatih Indonesia itu sebahagian daripadanya memakai jaket dan sebahagian lagi memakai kot. Saya merasa hairan lalu bertanya rakan tadi.

"Pak, kalau dilihat, bapak ni berpakaian kot, sedangkan yang lain tu pula ada yang berpakaian jaket. Apa bedzanya?" Tanya saya ingin kepastian.

": Oh ! begini, sebetulnya yang berpakaian jaket biru tu adalah para teknikal, manakala semacam saya ini pula adalah bapak-bapak kepala!" Jelasnya serius.

Saya terdiam sejenak. Didalam hati agaknya macam Jaafar Daud lah kalau di TV3. Patutlah berlagak. Tak mengapalah, biar luncai terjun dengan labu-labunya.

Selang beberapa ketika beliau pula bertanyakan saya " Kira-kira bapak ni siapa?" Tanya beliau kepada saya seolah ingin mendapat kepastian pula.

' Oh1 Kalau bapa-bapak ni bapak kepala jadi..... saya ni kira-kira kepala bapak lah!" Jawab saya selamba.

"Bapak ! ini bukan perkara main-main, jangan sesekali menyebut kepala bapak, itu sudah lain jadinya" saya tak sangka rupa-rupanya dia sangat marah dengan sebutan kerpala bapak.

Bas bergerak laju melintasi kawasan pertanian epal dan mendaki bukit dalam cuaca dingin. Saya tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa tadi.

Friday, November 7, 2008

KISAH KAMPUNG KU DI AKHBAR USA

Los Angeles 1997

Sementara meneruskan perjalanan ke Santiago, Chile yang melalui Miami, Florida saya bermalam di sebuah hotel yang tidak jauh dari Lapangan Terbang di Los Angeles, USA.
(Sebelum itu, sehari suntuk saya bersama dua rakan lagi melawat Hollywood, tempat pembikinan filem di USA. Tempat ini dikunjungi oleh pelancung dari seluruh dunia. Untuk mengambil tiket sahaja, kami terpaksa berbaris hampir satu kilometer. dan di dalamnya pula, pengunjung terpaksa menaiki keretapi yang disediakan bagi melawat kawasan yang berbagai dan begitu luas sekali).

Saya merayap di Drug Shop (Bukan kedai jual dadah - di luar negara Drug Shop ialah kedai yang menjual ubat-ubatan dan sedikit barang runcit termasuk rokok dan akhbar). Saya membeli sebuah tabloid bernama THRILL. banyak cerita karut marut dalam tabloid ini.

Saya tertarik dengan satu cerita yang berlaku di Malaysia yang ditulis sendiri oleh penulis tersebut semasa bertugas di Malaysia suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya cerita itu berlaku berhampiran dengan kampung ku.Terasa pelik dan ajaib. Kerana membaca surat khabar di USA mengenai cerita yang berlaku di kampung sendiri. Terasa pelik sebab seluas-luas alam ini dan sekecil-kecil kampung ku boleh bertemu kisahnya di negara asing.

Ceritanya begini;

Penulis tersebut seorang Mat Salleh yang berasal dari England ditugaskan sebagai Jurutera Penyelia di Lombong Bijih Besi, Temangan, Kelantan. Kisahnya berlaku diawal tahun '60an.

Jurutera itu kebiasaannya berulang alik dari Temangan ke Machang yang jaraknya 10km yang melului kawasan perkuburan Cina dan selekoh berhantu di Kg. Pertok. Tempat ini hanya tidak sampai dua kilometer dari kampung ku. Sebenarnya selekoh ini memang terkenal dengan tempat berhantu. Ramai yang sudah berpengalaman di sini. Saya sendiri sewaktu kecil, biasanya mengikut jiran ke Temangan dengan berbasikal walaupun bercuaca gelap dan hujan dengan tujuan tidak lain untuk menonton wayang cerita hindustan. dan kami sering juga melihay pokok senduduk berupa manusia sedang duduk dari pandangan jauh terutamanya diwaktu bulan terang, namun apabila mendekatinya didapati pokok senduduk. Bau wangi pokok dedap jangan lah cerita. sentiasa dilalui tetapi dalam keadaan beramai-ramai berbasikal tidaklah terasa seram bahkan kami pula bergurau untuk melihat jelmaan hantu namun tidak pernah pun terjumpa secara nyata.

Suatu hari Jurutera itu pulang lewat malam dalam cuacanya hujan. Ia memandu kereta jenis Morris. Setibanya di selekoh tajam itu ia terlihat seorang gadis yang kelihatan sungguh anggun melambainya. Entah macamana dia terus berhenti dan mempelawa gadis itu menaiki keretanya. Belum sempat pintu dibuka, gadis itu telah berada di kerusi hadapan iaitu di sebelahnya. Baunya amatlah harum. Gadis berambut panjang itu hanya pandang ke hadapan tanpa bercakap apa-apa. Ketika itu beliau tidak mengesaki apa-apa yang ganjil sehinggalah tiba di kawasan perkuburan Cina. Gadis itu memberi isyarat supaya beliau berhentikan kereta. Jurutera tadi terus berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk ke kubur itu. Belum sempat membuka pintu keretanya, gadis itu terus keluar berjalan menuju kearah kubur tersebut. Tapi sebelum ia keluar satu senyuman manis dihadiahkan kepada Jurutera tadi. Masih jadi ingatan di fikiran Jurutera tadi. Rupa gadis tadi amatlah menyeramkan. Bertaring panjang, mata kemerahan, mukanya buruk sekali, biji mata hampir keluar, kuku panjang menjela kemudian meninggalkan bau busuk mayat yang teramat sangat. Apa lagi, Jurutera tadi memecut keretanya sehabis laju sehinggalah sampai di kuartersnya dan pengsan di dalam keretanya.

Keesokan hari semasa ia tersedar ada beberapa pegawai lombong dan beberapa kakitangan lain termasuk seorang doktor di sebelahnya.

Jurutera tadi mengalami demam selama beberapa bulan yang akhirnya beliau memohon pulang ke tanah airnya di Britain.

(Nota : Tabloid Thrill ini di pasarkan di seluruh dunia,)

Thursday, November 6, 2008

Pengalaman Temuduga Pertama

1979 - Kota Bharu, Kelantan

Sebaik saja menerima keputusan peperiksaan SPM, saya dan rakan-rakan sekampung bertekad untuk berkerja sebelum meneruskan pengajian. Kebetulan SKMK iaitu sebuah syarikat bas terbesar di Kelantan sedang menawarkan beberapa peluang perkerjaan. Iklannya disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia yang ketika itu berharga 25 sen. Sebulan selepas permohonan dibuat, saya dan rakan, Khaidir dipanggil untuk ditemuduga di ibu pejabatnya, di Kubang Kerian.

Kali pertama menghadiri temuduga, suasana dirasakan berbagai. Perasaan takut bercampur resah dan macam-macam. Saya merupakan calon yang ke lima ditemuduga. Tempatnya dibahagian atas pejabat yang tangganya berada diluar.

Sebaik saja masuk saya terus mengucapkan selamat pagi (ketika itu budaya memberi salam masih belum dilaksanakan kecuali fakir miskin yang meminta sedekah dikampung yang mengharapkan sedenak beras).

Ucapan saya tidak dijawab. Kedua pegawai yang akan menemuduga saya memandang tajam kearah saya bagaikan nak makan. Kelihatan begitu garang sekali.

Semasa ditemuduga kedua pegawai tersebut menduga saya dengan berbagai cara termasuklah menyuruh saya mengecat bas. Semua pertanyaan dengan bahasa yang garang dan penuh sindiran.

Akhirnya temuduga saya berlalu begitu saja tanpa jawapan.

Apabila saya bertugas di TV3 dan berpeluang menemuduga kakitangan baru, barulah saya tahu mengapa kedua pegawai itu bertindak sedemikian.

Antaranya termasuklah:

1. tahun 1970an SKMK dianggap satu syarikat gergasi di sini. Bas awam dan bas sekolah semuanya dimonopoli oleh syarikat ini. Malahan ramai kalangan pelajar yang bercita-cita untuk berkerja di syarikat ini setelah menamatkan alam persekolahan nanti. Ibu bapa pula menaruh harapan kepada anak yang kurang bijak dalam pendidikan agar di suatu hari dapat berkerja sebagai konduktor bas syarikat ini. Justeru kemungkinan orang yang berpeluang berkerja di syarikat ini berkebetulan jadi pegawai penemuduga pula merasakan diri mereka ada kuasa dan berlagak sombong.

2. Faktor kedua ialah kemungkinan kedua pegawai tadi adalah mereka yang tidak berkelulusan tetapi berpeluang berkerja di syarikat ini diatas rekomen dari saudara mara. Jadi kebodohan mereka itu ditonjolkan secara nyata.

Nota:

Tangga gaji tahu 1970an

1. Boroh - RM 180.00 sebulan
2. Kerani - RM 280 - RM 390.00 sebulan.

Gaji Pegawai Daerah dianggap paling tinggi iaitu RM 1000.00
Harga rokok ketika itu ialah 10 sen untuk 5 batang.

Tangga gaji 2008

1. Boroh - RM 1,300 sebulan.
2. Penjaga Kaunter Supermarket _ RM 1800,00 sebulan
Harga rokok ketika ini ialah 45 sen untuk sebatang.

Tuesday, November 4, 2008

DUNIA MLM

Berapakah pendapatan bulanan yang anda inginkan? Apakah kecenderungan anda masih kepada pendapatan hasil dari makan gaji atau anda mempunyai keinginan untuk meraih pendapatan tertinggi sekali gus akan bebas dari hutang dan bebanan-bebanan lain?

Jawapan pasti ada pada anda. Namun awas pilihan anda mungkin terpengaruh dengan persekitaran kehudupan anda. Anda mungkin melihat makan gaji lebih selamat berbanding berkerja sendiri. Malah ramai yang hidup selesa melalui makan gaji. Namun sedarkah anda bahawa bajet untuk melancong tidak ada dalam pengkiraan kebanyakan rakyat di negara kita. Ini adalah kerana pendapatan melalui makan gaji hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan seharian tanpa membolehkan seseorang itu berbelanja berlebihan.

Dan apakah jalan terbaik untuk menambah pendapatan tanpa menjejaskan perkerjaan seharian anda. Adakah anda memilih perniagaan seperti menjual kain, nasi lemak atau goreng pisang sebagai langkah menyelesaikan masaalah bebanan pembelanjaan keluarga?

Sebenarnya ada banyak cara ditawarkan dipasaran namun kemungkinan anda tidak berpeluang menemuinya. Mungkin juga anda tidak menyedari bahawa peluang itu sebenarnya telah menyinggah dalam kehidupan anda namun anda menepis kerana mungkin ianya tidak bertepatan dengan kehendak anda.

Sebenarnya anda berada dalam kerugian. Kerana anda cuba memilih untuk mendapatkan wang walhal wang sebenarnya mengelilingi kehidupan seharian anda.

Tahukah anda bahawa pemasaran berbagai aras atau Multi-level Marketing menawarkan berbagai pakej perniagaan yang menjamin pendapatan luar biasa kepada ahli. Tapi mengapakah ramai diantara cendekiawan di Malaysia menolak sistem perniagaan yang mengutungkan ini sedangkan golongan yang kurang berpendidikkan meraih kejayaan cemerlang. Berbagai contoh yang dapat kita lihat; Seorang Mak Cik bekas penjual goreng pisang memperolehi pendapatan melebihi RM200 ribu sebulan melalui pemasaran multi level. Seorang bekas tukang kebun sekolah bergaya di hadapan Merzedes S320 yang baru dibeli dengan memperolehi pendapatan melebihi RM20 ribu sehari. Itu antara contoh kejayaan. Tapi kenapakah kita masih memperlekehkan perniagaan ini walaupun ianya membuktikan kejayaan-kejayaan tersebut.

Sebenarnya kita telah setkan minda sejak dari alam persekolahan bahawa suatu hari anda akan jadi itu dan ini. Bayangkanlah seorang Mat Despatch terpaksa menunggu lima tahun untuk kenaikan pangkat sebagai kerani dengan gaji bulanan tidak melebihi RM500. Keluarga di kampung meraikannya dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Namun berapa ramaikah keluarga yang mengadakan kenduri kesyukuran anaknya yang memperolehi pendapatan melebihi RM100 ribu sebulan melalui perniagaan MLM. Malahan semasa pulang ke kampung di hari raya mereka kurang mendapat perhatian berbanding dengan seorang anak guru yang kini bertugas sebagai seorang kerani di sebuah pejabat di Ibu Kota dengan memperolehi pendapatan kurang dari RM 1 ribu sebulan.

Ini adalah diantara mind-set yang berkitar di kebanyakan fikiran orang Malaysia.

Kenapakah pula kebanyakan orang yang berjaya dalam MLM adalah mereka yang kurang pendidikan malah golengan yang berpendidikan tidak mendapat tempat dalam industri ini. Secara asasnya golongan berpendidikan mempunyai sasaran hebat. Mereka dari awal menyusun perancangan untuk jadi itu dan ini. Dan akhirnya mereka selesa apabila mencapai tahap pendapatan RM3 ribu keatas sebulan ditambah pula pendapatan isteri atau suami hampir RM2 ribu sebulan. Kereta Waja yang mereka guna untuk sekian lama menjadi kebanggaan apalagi kini mereka dapat membeli secara hutang sebuah rumah di Rawang dengan menempuhi perjalanan harian selama dua jam ke tempat kerja.

Manakala seorang pengusaha multi-level masih tidak berpuas hati dengan pendapatan harian sebanyak RM2 ribu atau Rm60 ribu sebulan kerana merasakan masih tertinggal jauh berbanding pesaing yang meraih pendapatan melebihi RM100 ribu sebulan.

Jadi apakah sebenarnya diinginkan oleh anda. Apakah sistem penjajah yang mempengaruhi kita dalam pekerjaan bergaji menjadi suatu cita-cita yang tidak pernah padam. Suatu cara British yang mahu menyekat bumiputera dengan menawarkan peluang perkerjaan sebaik saja menamatkan alam persekolahan rendah. Dan apakah sistem berkerja makan gaji mmenjadi budaya kita?

Ayoh, jangan terpengaruh dengan budaya yang menyekat kita dari berekonomi. Maju setapak dengan mencari peluang-peluang yang dapat membantu diri dan keluarga. Gerakkan sekarang dengan penuh keyakinan. Jangan peduli pada apa yang orang kata asalkan kita berjaya.

Sekiranya anda tidak menemui peluang-peluang tersebut, hubungi saya untuk sebarang bantuan - ISMAIL 014 6652 799