Tuesday, October 21, 2008

Peristiwa 4

Brunai Darul Salam
Bandar Seri Bagawan - Mei 1986

Makan Bersama Personaliti Popular

Saya, Haji Hashim (Allahyarham/wartawan) dan Han Choo Huat (Jurukamera) diberi tugas membuat liputan lawatan negara Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Ketika itu ialah baginda Sultan Johor.

Seperti kebiasaan setiap hari, saya mesti ke Radio Televisyen Brunei (RTB). Kerana di sinilah tempat menghantar bahan berita. Di sini ada seorang kakitangan yang sangat peramah dan sentiasa bersedia membantu kami. Nama beliau ialah Mohammad.

Suatu hari dia mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terkejut juga kerana beliau memandu kereta Merzedes Benz Sport. Sangkaan saya beliau mungkin anak orang berada. Diperjalanan ramai juga orang memberi hon kepadanya sambil mengangkat tangan. Dalam hati saya, orang Brunei ni memang baik-baik belaka kerana bertegur sapa walaupun semasa berkenderaan.

Beliau berhenti disebuah restoran. Dan disinilah tempat kami menikmati juadah tengahari. Disini pula saya lihat ada beberapa orang gadis menghulur autograf untuk ditandatangi. Dan beberapa orang ramai datang bersalaman dengannya. Saya semakin keliru dan tertanya dalam diri sendiri akan siapakah beliau.

Tak semena-mena pada malam itu saya menoton berita RTB. Muhammad lah pembacanya. Kebetulan selepas itu saya turun ke lobi hotel dan bertanya Penyambut Tetamu hotel tersebut, siapakah gerangan pemuda itu. Rupa-rupanya Mohammad ialah personaliti yang paling popular di Brunai ketika itu. Selain dari Pembaca Berita, beliau juga adalah pengacara paling popular. Diwaktu yang sama dia juga adalah Juruhebah radio paling popular yang mengendalikan program yang mendapat sambutan hebat dari pendengar tempatan.

No comments: