Monday, October 20, 2008

Peristiwa Menarik 3

1997 - Kanaskis, Calgary, Canada.
Apec Finance Minister Meeting.

Tugas saya setiap hari ialah menghantar bahan berita/visual melalui satelite. Stesen penghantaran yang disediakan khas oleh pihak telekom Kanada ditapak persidangan. Jadi tidak payahlah saya berulang alik ke stesen telekom yang terletak lebih seratus kilometer ke Calgary.

Kebiasaannya saya menghantar bahan berita pada jam 8.00 malam waktu tempatan. Oleh kerana ketika itu musim dingin, waktu matahari terbenam ialah selepas jam 11 malam. Jadi pukul lapan seolah-olah macam pukul 6 petang di negara kita. Oleh itu saya berpeluang merayau di kawasan yang sangat indah itu. Dihadapan saya ialah banjaran gunung Rocky yang diliputi salji. manakala resort tempat bersidang dikelilingi pokok pine.

Berhampiran stesen sementara telekom itu ada sebuah kedai runcit yang dipanggil 'drug shop'. Di sinilah tempat membeli keperluan semasa terutamanya rokok. Disuatu petang sedang saya melihat barang-barang di kedai tersebut, ada seorang lelaki sedang berbual mesra dengan seorang gadis di kaunter bayaran. Orang lelaki berusia empat puluhan itu terlihat saya lalu menyapa. Selesai saja membayar rokok di kaunter itu saya keluar dan berehat disebuah bangku yang terletak di hadapan kedai tersebut sambil menikmati keindahan gunung Rocky. Kemudian lelaki tersebut datang dan duduk bersebelahan saya. Kali ini dia ditemani seorang rakannya yang berbadan sasa. Kami terus berbual dengan berbagai topik. Hampir sejam kemudian saya terpaksa memohon diri kerana masa untuk menghantar bahan berita sudah tiba. Lelaki tersebut lantas mengeluarkan kad dirinya lalu menghulurkan kepada saya.

"This is my card. I'm a Finance Minister, Papua New Guiney. Please come to my country and off course don't forget to call me please. All in my house. Don't worry. Have a nice day. Thank you. See you" Saya tergaman seketika. Rupa-rupanya orang yang saya bersembang tadi ialah Menteri Kewangan Papua New Guiney. Dihati terfikir 'alangkah baiknya kalau ia Menteri Kewangan Malaysia yang kini menjadi rakan ku.

Catatan.

Persidangan Menteri-Menteri Kewangan APEC pada tahun 1997 diadakan pada bulan Mei di Kananaskis, Albeta, Kanada. Bandar ini terletak hampir dua jam perjalanan dari ibu negeri Alberta iaitu Calcary. Sepanjang perjalanan dari Calgary kita dapat melihat pemandangan indah ladang gandum yang saujana memandang luasnya. Kita boleh melihat betapa seseorang pemilik ladang itu mempunyai kawasan yang luas dengan menyaksikan jarak antara sebuah rumah dengan yang lain hampir lima kilometer. Dan disini jugalah dikatakan tapak aksi filem-filem cow-boy.

No comments: