Saturday, October 25, 2008

Peristiwa -BERSAMA ARTIS POPULAR JEPUN

Canadian Airlines -Penerbangan dari Toronto ke Tokyo.
Mei 1997

Selesai saja menngadakan liputan persidangan APEC Finance Minister meeting di Kananaskis, Calgary, kami meneruskan liputan lawatan Menteri Kewangan Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Bandaraya Ottawa. Keesokan paginya kami berlepas ke Toronto kerana Anwar mengadakan lawatan kesini pula. Dari Toronto kami mengambil Flight awal pagi untuk ke Tokyo kerana ditugaskan membuat liputan lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad ke Jepun. Saya bersama Zakir, Jurukamera dan Nasharuddin, Wartawan.

Penerbangan kami dengan pesawat Canadian Airline di bahagian Kelas Perniagaan mengambil masa hampir 10 jam. Saya berada di tempat duduk bahagian kanan. Penumpang terdiri dari perbagai bangsa. Tetapi di sebelah kanan bahagian hadapan pesawat kelihatan dua pemuda Jepun dan seorang wanita kelihatan luar biasa. Mereka berpakaian gelap, bercermin mata hitam dan berambut panjang. Sepanjang perjananan hanya kelihatan tidur tanpa menghiraukan makan dan minum. Saya merasa pelik kerana melalui pengalaman saya jarang Jepun berkelakuan begitu. Berbagai perasaan timbul difikiran saya. Sekali sekala saya teringatkan kisah Yakuza tetapi apabila diintai, semua jari-jarinya elok, Tak ada pula yang terpotong sepertimana ahli Yakuza yang diwajibkan memotong satu jari, kebiasaannya kelingking. Bagi saya, lantak lah asalkan jangan kau rampas kapalterbang ini cukuplah.

Petang, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Sebaik saja pintu pesawat di buka kedua lelaki dan wanita tersebut bergegas bangun dan bersedia untuk keluar pesawat. Saya mengambil peluang berdiri dibelakang mereka untuk mengetahui siapakah mereka. Sebaik saja melangkah keluar pintu pesawat, kelihatan ada dua crew televisyen membuat liputan. Saya melangkah laju dibelakang mereka untuk mengetahui selanjutnya. Keluar saya dibahagian pemeriksaan imigrisen, kelihatan sepasukan crew menemuramah mereka dengan liputan eksklusif sebuah penerbitan. Siap dengan lampu dan pelbagai kemudahan, Saya terus berlalu dari situ menuju ke bahagian pengambilan baggage.

Malam itu, saya menonton Berta TV di bilek hotel Emperor, hotel penginapan kami dan juga Perdana Menteri. (Harga sebuah bilik hotel enam bintang itu ialah USD 1600 sehari. Kami tinggal disini selama 10 hari. Kami ambil dua bilik. Saya berkongsi bilik bersama Zakir )

Saya terkejut apabila mendapati pemuda dan wanita dalam pesawat tadi ialah kumpulan penyanyi rock Jepun yang telah berjaya mengadakan ' Tour Concert' mereka di seluruh Kanada. Mereka telah menharumkan industri muzik negara matahari terbit itu. Kelihatan dalam visual saya, Nash dan Zakir dibelakang mereka. Dan keesokan harinya gambar kami juga terpapar di akhbar tempatan.

No comments: