Sunday, October 26, 2008

SUP ISTIMEWA DAN BUAH MANGGIS PALING MURAH DI DUNIA

Vientiane, Laos
Jun 1986


Dalam rangka lawatan ke Vietnam bagi menyelesaikan kes pendatang haram Vietnam yang di tempatkan di Pulau Bidong, Terengganu, Timbalan Perdana Menteri En. Ab. Ghaffar Baba mengambil peluang melawat salah satu lagi negara Indocina, iaitu Laos.

Rombongan negara menggunakan pesawat khas iaitu Jet Eksekutif Kerajaan Malaysia ( Jet ini berrwarna putih dan di badannya tertulis Malaysia. Crewnya terdiri dari anggota tentera udara diRaja). Kami berlepas dari Lapangan Terbang Sungai Besi. Rombongan ketika itu termasuklah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Raja Arrifin (Allahyarham), Dato Kamuruddin Jaafar, (Setiausaha Politik En. Ghaffar sekarang Setiausaha Agong PAS) dan Dato' Kalimullah (orang korporat tetapi ketika itu Setiausaha Akhbar En. Ghaffar).

Vientiane ketika itu tak ubah seperti Gua Musang tahun 70an. Semua rombongan kami di tempatkan disebuah hotel yang paling besar dibandar Vientiane ketika itu yang saiznya macam rumah double storey di Malaysia.

Malam itu kami diraikan dengan majlis Jamuan Negara oleh kerajan Laos. Hidangan sangatlah istimewa. Kijang bakar dan berbagai. Tapi yang menariknya di hadapan kami yang diletakkan semangkuk besar bagi setiap tiga orang ialah sup istimewa. Kami sebenarnya makan di meja bulat besar mesyuarat. Jadi kami duduk mengelilingi meja itu.

Majlis juga turut disertai Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan Laos. Dalam keadaan agak lapar bertambah pula makanannya lazat dihadapan, kami pun makanlah tanpa menoleh kiri kanan. Dalam masa yang begitu singkat, sup dihadapan kelihatan tiga suku telah dimakan manakala kijang bakar juga turut dijadikan habuan.

Sambil makan saya terdengar perbualan wartawan (dah lupa dari akhbar mana?) berbual dengan pegawai kanan kerajaan yang duduk disebelah saya.

"Small tuttle, small turtle!" katanya kepada wartawan tersebut.
Saya pun terus mencelah " baik kau sahkan betul-betul. kalau tidak silap aku dia sebut small turtle, maknanya penyu kecil tu!"
"Ya tak ya juga" Balas kawan ku. 'Tapi dah nak habis semangkuk dah ni" Sambil ketawa.
Kami sama-sama ketawa. En. Gahafar nampaknya tengah sedap menghirup sup macam jeli tu.

Pegawai Kedutaan kita yang berada di sebelah wartawan tadi cuba sahkan dengan pegawai kanan Kerajaan Laos yang duduk di sebelahnya.

"Yes,yes small tuttle. Malaysia ok?" Jelas pegawai itu dengan tegas.

"Kita dah kenah dah" Kata wartawan itu. Kami gelak bersama.

Dengan bahasa yang lembut, pegawai kedutaan kita membuat pengumuman.
" Dato', Dato, Tuan-tuan, saya minta maaf, Ada salah faham sikit, Jadi yang sup di tengah tu kita minta tarik balik. Terima kasih."

Yang kurang perasan terpinga-pinga. Mereka terpaksa hentikan menghirup sup labi-labi yang sedapnya sampai menjilat jari.

Manggis

Hotel ini sebenarnya mengadap Sungai Mekong yang letaknya lebih kurang 30 meter di tebing sungai itu. Di sebelah kanan dapat dilihat jambatan panjang yang melintasi sungai tersebut untuk ke negara Thailand. Sungai Mekong adalah sempadan antara Laos dan Thailand. Di tepi sungai lebih kurang 20 meter ke sebelah kiri hotel kelihatan orang ramai membeli belah dan bersantai di gerai minuman. Tempat itu seoalah-olah pasar tani di Malysia tetapi di situ adalah tempat yang agak besar bagi mereka. Saya berjalan sambil melihat gaya hidup orang di situ. Bercangkung sambil minum teh di gerai yang kesemuanya terletak terus di atas tanah. Yang bernasib baik dapatlah duduk diatas bangku rendah sambil makan juadah yang dijual. Saya terlihat Dato' Raja Arifin (Menteri) sedang berdiri di hadapan longgokan buah dan saya terus ke tempatnya.

"Dato' nak beli ke?" Tanya saya.
" Boleh juga kalau awak nak bawa" Katanya.'
"Ini kena usung dua orang ni kalau nak bawa ke hotel" Sambung dsaya sambil merujuk kepada buah yang telah tersedia di dalam guni besar satu tan yang orang Kelantan panggil guni jalur hijau.

Tanpa berlengah lagi Dato' Raja Arrifin terus membayar untuk dua guni. Setelah dikira, semuanya berjumlah RM 1. Kami terkejut sakan. Tak disangka pula dua guni besar buah manggis berharga hanya satu ringgit itu pun mungkin penjual dah tekan harga kerana dia tahu kami orang luar.

Saya dua tiga orang lagi mengusung buah itu ke lobbi hotel. Dan disitu kami pun makanlah buah manggis paling murah di dunia.

No comments: