Thursday, December 18, 2008

Mild Seven

Mild seven adalah antara jenama rokok paling terkenal di negara Jepun selain Seven Star dan Cavin.

Jepun merupakan negara yang hampir keseluruhan rakyatnya menghisap rokok. Tambahan pula Mild Seven dan Seven Star mengiklankan merokok menjadikan hari yang baik kepada penghisapnya atau dalam iklannya berbunyi "Nice Day Nice Smokin'"

Apabila saya berpeluang mengunjungi negara matahari terbit itu saya juga terpengaruh dengan jenama tersebut.

Pertama kali saya mengunjungi Jepun pada tahun 1983 kerana menyertai program Pandang Ke Timur anjuran bersama kerajaan Malaysia, Kerajaan Jepun dan syarikat penaja Sharp Corporation. Ketika itu harga sekotak rokok yang paling mahal ialah 200 yen bersamaan RM 2.00. (Ketika itu nilaian wang Malaysia dan Jepun ialah 1:1) Ini bermakna duit lebihan minum kopi boleh membeli rokok. Sedangkan di Malaysia duit lebihan membeli rokok boleh meminum kopi. (Di negara Jepun hanya terdapat dua benda paling murah iaitu kereta dan rokok. Selainnya teramat mahal dan diluar pemikiran kita. Contoh harga semangkuk mi ketika itu ialah RM50 hingga RM 100 sedangkan di Malaysia harga ketika itu ialah diatara RM2.50 ke RM 3.50 sahaja.) Lima belas tahun kemudian apabila saya mengunjungi kali terakhir negara tersebut sebelum dipecat oleh TV3 secara zalim harga rokok yang paling mahal ialah 220 yen iaitu hanya 20 yen sahaja kenaikan dalam tempuh tersbut. Sebab itu lah orang-orang Jepun hanya menyedut dua tiga kali sahaja untuk sebatang rokok sedangkan di Malaysia kalau boleh puntungnya sekali dihisap. Itu adalah gambaran bagaimana prihatinnya penghisap rokok di Malaysia menanam sikap tidak membazir terhadap rokok kerana mengenangkan harga terlalu mahal berbanding pendapatan secara halal( Bagi pengamal rasuah pula mereka tidak hairan walaupun harga rokok melambung sehingga RM100 sekotak kerana mereka mempunyai duit melimpah ruah).

Apabila menceritakan tentang rokok teringat pula saya peristiwa warganegara Indonesia yang membeli rokok Mild Seven di Jepun.

Peristiwa menarik ini berlaku semasa saya dan kakitangan Kejuruteraan dari TVRI yang mengikuti kursus Kejuruteraan Pemancar di Toshiba Corporation Yokohama Jepun. Kebetulan ketika itu saya juga menghadiri kursus yang sama bersama lagi seorang kakitangan TV3 dan dua kakitangan Telekom.

Jadi pada hujung minggu tersebut, pihak pengurusan Toshiba membawa kakitangan TVRI melawat tempat bersejarah dan kebudayaan di bahagian utara Jepun iaitu Tochigi. Kami di jemput sama menyertai rombongan tersebut. Kebetulan di dalam bas itu saya duduk di belakang bersama salah seorang kakitangan TVRI.

Sambil melihat pemandangan saya mengeluarkan rokok lalu mempelawa rakan di sebelah untuk hisap bersama.(ketika itu tidak ada larangan menghisap rokok dalam kenderaan awam).

"Terima kasih Pak. saya juga ada." Sambil menunjukkan rokok Mild Seven di dalam poket baju hadapannya. Saya terus menghisap walaupun beliau berdiam. Tidak beberapa lama kemudian salah seorang rakan mereka bangun dan kelihatan mengambil beg kecilnya di kompatmen yang terletak di bahadian atas kepala lalu mengeluarkan rokok berjenama Gudang Garam. Diwaktu yang sama rakan disebelah saya juga bangun dan yang lain kelihatan sebok mengambil rokok masing-masing dengan yang brand yang sama. Lima minit kemudian seluruh bas di kepulkan oleh asap Gudang Garam. Rupa-rupanya Mild Seven hanya sebagai action saja.

Sementara sampai ke destinasi saya sempat berbual-bual kosong tetapi agak bercakap besar dengan rakan disebelah saya. Apa yang saya perhatikan dari sejumlah hampir 20 orang pelatih Indonesia itu sebahagian daripadanya memakai jaket dan sebahagian lagi memakai kot. Saya merasa hairan lalu bertanya rakan tadi.

"Pak, kalau dilihat, bapak ni berpakaian kot, sedangkan yang lain tu pula ada yang berpakaian jaket. Apa bedzanya?" Tanya saya ingin kepastian.

": Oh ! begini, sebetulnya yang berpakaian jaket biru tu adalah para teknikal, manakala semacam saya ini pula adalah bapak-bapak kepala!" Jelasnya serius.

Saya terdiam sejenak. Didalam hati agaknya macam Jaafar Daud lah kalau di TV3. Patutlah berlagak. Tak mengapalah, biar luncai terjun dengan labu-labunya.

Selang beberapa ketika beliau pula bertanyakan saya " Kira-kira bapak ni siapa?" Tanya beliau kepada saya seolah ingin mendapat kepastian pula.

' Oh1 Kalau bapa-bapak ni bapak kepala jadi..... saya ni kira-kira kepala bapak lah!" Jawab saya selamba.

"Bapak ! ini bukan perkara main-main, jangan sesekali menyebut kepala bapak, itu sudah lain jadinya" saya tak sangka rupa-rupanya dia sangat marah dengan sebutan kerpala bapak.

Bas bergerak laju melintasi kawasan pertanian epal dan mendaki bukit dalam cuaca dingin. Saya tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa tadi.

No comments: