Saturday, December 27, 2008

KRISMAS DI BOSNIA & HERZEGOVENA DAN CROTIA

Pertama kali saya menjejaki kaki ke negara Balkan ini ialah pada tahun 1997 kerana membuat liputan khas peralihan tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas di Bosnia IFOR kepada SFOR.

Penerbangan khas Boeing 747 yang berlepas dari Lapangan Tebang Sultan Ismail, Senai membawa bersama hampir 300 anggota tentera pengaman. Kami wartawan dari Kuala Lumpur berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Subang. Hanya ada beberapa wartawan dalam pesawat 'doulble decker' itu ke Johor Bharu. Kami merasa seoalah-olah menyewa pesawat tersebut. Pesawat berlepas jam 5 petang dan tiba di Senai Aiport sejam kemudian. kami dipelawa turun ke bilik menunggu. Rupa-rupanya pesawat akan berlepas ke Crotia jam 3 pagi esok.(Ketika itu tidak ada penerbangan terus ke Bonia. Jadi pesawat menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Split, Crotia untuk ke Bosnia) Jadi menunggulah kami disitu.

Dalam perjalanan, pesawat singgah di Sarjah, UAE sebelum meneruskan perjalan ke Crotia. Pesawat merentasi padang pasir beratus kilometer jauhnya. Kami tiba di Crotia, hampir waktu maghrib dalam keadaan cuaca sejuk tapi tiada salji. Bas telah tersedia untuk membawa kami ke Bandar Bosnia. Sebelum itu kami di bawa ke kem persinggahan yang tidak jauh dari airpot. Dihadapan kem ialah sebatang sungai yang kelihatan bertaburan ikan besar yang bebas berenang. Saya bertanyakan kepada anggota tentera disitu adakah mereka ambil peluang memancing, jawabnya memang mereka terliur untuk menangkap ikan-ikan tersebut namun tugas tidak mengizinkan mereka. Sedang kami berdiri ditepian sungai, manakala wartawan Rosli sedang membuat stand-upper untuk lapuran berita, sebuah kereta jenis Alfa Romeo melintasi laju hampir melanggar kamera kami, mereka ialah kumpulan Mafia. Kami diberitahu pihak tentera kumpulan tersebut sungguh ramai. Mereka menggunakan kenderaan tersebut dan sengaja mengacah supaya pihak tentera bertindak. Menurutnya lagi Mafia tidak akan bertindak melulu melainkan mereka pasti seseorang itu adalah musuh mereka. Walaubagaimanapun menurut anggota tentera tersebut kumpulan Mafia tidak pernah mengganggu anggota tentera dari Malaysia sedangkan anggota pengaman dari negara lain sentiasa berhadapan dengan gangguan mereka. Itulah Malaysia, kumpulan Mafia pun menghormati negara kita.

Perjalanan kami ke Bandar ( dah lupa nama bandar tersebut yang terletak di Bosnia) mengambil masa hampir 3 jam. Keadaannya gelap gelita. Tidak banyak kenderaan dalam perjalanan tersebut kecuali kenderaan tentera bangsa-bangsa bersatu. Di bandar ini kami ditempatkan disebuah hotel. Setiap orang disediakan satu bilik. Tiada tamu luar kecuali anggota tentera atau pelawat yang ada kena-mengena dengan urusan pengaman. Malam itu tiada aktiviti kecuali kami dibawa ke kem untuk makan malam kemudian melawat pos-pos berhampiran bagi meninjau tugas tentera kita di sana.

Saya sempat keluar merayau ke kawasan hotel tersebut sambil melihat suasana di bandar itu. Tak semena-mena terjumpa dengan tiga anggota tentera Malaysia yang turut berada disitu. Mereka terkejut melihat kami orang Malaysia berada di situ. Apabila kami berbual rupa-rupanya anggota tersebut lupa yang kami adalah wartawan yang baru tiba bersama mereka sejurus tadi. Malam itu kami tidur nyenyak dengan memasang heater.

Diantara aktiviti lawatan yang disediakan oleh pihak tentera sepanjang seminggu kami disana ialah melawat terowong yang menghubungi laluan antara Sarajevo ke Crotia. Rumah pertemuan keluarga disempana sebuah daerah semasa peperangan, kubur pejuang mati syahid dan juga rumah seorang nenek yang menjadi mansa rogol sepanjang peperangan. Kami juga melihat rumah-rumah yang di bom dan juga bermain salji.

Bosnia merupakan sebuah negara yang sangat indah. Bukit bukau serta gunumg ganang dimana air sungai yang jernih mengalir disertai dengan kebersihan tanpa sampah. Kami di bawa melawat kesebuah hotel yang langsung tidak menjadi sasaran semasa peperangan yang terletak di sarajevo. Saya juga sempat menziarh masjid tertua ang terletak di bandar sarjevo lama.

Bandaraya Sarajevo sungguh besar. Kelihatan beratus gerobak Trem (Trem ialah keretapi bandar yang mengguna kuasa letrik. Kenderaan ini terdapat di kebanyakan negara barat dan CIS dan Russia. di Malaysia suatu ketika dahulu trem terdapat di Pulau Pinang. Hari ini sistem kenderaan awam ini di panggil LRT terdapat di bandaraya Kuala Lumpur dan kini menjadi pengangkutan yang digemari ramai kerana kecekapan dan kepantasannya) Trem tersebut tersadai selepas menerima bencana peperangan yang meragut nyawa ratusan ribu rakyat negara ini.

Kebetulan kunjungan kami disini sewaktu perayaan krismas. Sehari sebelum krismas saya berpeluang melihat rakyat beragama kristian membuat persiapan. Menjelang senja kelihatan orang ramai membeli dan menggalas babi yang sebesar anak babi kalau di negara kita. Diperkarangan rumah kelihatan mereka sibuk melepah atau memasak binatang tersebut. Disetiap rumah pula dihiasi pokok krismas dengan diterangi lampu berkerlipan. ( Pokok krismas merupakan pokok yang tahan dengan cuaca sejuk termasuk salji. Semasa musim sejuk yang didahului dengan musim luruh keseluruhan pokok akan menggugurkan daunnya. Hanya tinggal dahan dan ranting seolah-olah kelihatan seperti pokok mati kalau di negara kita. Manakala hanya satu-satunya pokok krismas masih berdaun hijau dan segar. itulah agaknya penganut kristian menjadikan pokok ini sebagai simbol perayaan mereka.)Selain itu tidak ada persiapan lain yang dilakukan termasuklah di hotel-hotel. Manakala berbanding di negara kita sambutan perayaan krismas dilakukan secara besar-besaran terutamanya pengusaha hotel dan pasaraya.

Pada malam krismas, kami secara kebetulan pulang dari kem tentera jam hapir 2 pagi. Secara kebetulan pula muda mudi baru pulang dari pusat disko. Aktiviti begitu menjadi tradisi kepada muda mudi penganut kristian disini.

Suasana sunyi di pagi krismas. Secara kebetulan salji turun selebat-lebatnya sebaik saja kami tiba di Bandaraya Split di Crotia. kami sebenarnya dalam perjalanan pulang ke malaysia dan bermalam di bandaraya tersebut sebelum menaiki pesawat jam 3 petang esok. Kami dipelawa oleh anggota tentra ketempat salji. Tempatnya ialah diantara perjalanan dari Split ke bandar yang kami kunjungi sebelum ini. Disinilah kami bermain salji seolah anak-anak kecil. Yang agak kelakar ialah bersama kami salah seorang pegawai tentera. Maka ketawalah kami dengan gelagat masing-masing. Kelihatan seorang wanita mengintai dari celah tingkap di rumah berhampiran, kehairanan melihat kami berada disitu sedangkan mereka kesejukan dan berdian di dalam rumah masing-masing.

Keesokan paginya kami bersarapan di hotel tersebut dengan menikmati Indo Cafe. (Aneh tapi benar, kalau di negara kita Nescafe amat popular tapi di sini Indocafe

No comments: