Sunday, December 21, 2008

LAGAK DREBAR BAS

Profesyen sebagai pemandu bas ekspres adalah salah satu bidang yang menjadi impian kerpada pemandu kenderaan awam. Ini adalah kerana taraf sebagai pemandu bas ekspres lebih tinggi berbanding pemandu bas biasa terutamanya bas bandar atau bas sekolah.

Menjadi pemandu bas ekspres mempunyai banyak kelebihan. Pertamanya kerana mereka akan mendapat makan secara percuma di setiap tempat persinggahan. Kedua mereka boleh tidur setelah empat jam memandu apabila pemandunya bergilir. Ketiga mereka berpeluang beristeri lebih dari satu mengikut berapa banyak destinasi yang mereka ditugaskan.

Kebanyakan pemandu bas ekspres selain dari bekas anggota tentera ialah tergolong dari mereka yang gagal diperingkat SRP. Apabila mereka berjaya bertugas sebagai pemandu di bas-bas yang berharga lebih dari sejuta ringgit itu, disinilah kebodosombongan mereka terserlah. Lagak mereka macam seorang pilot. Berjalan ala pegawai tentera dan berbahasa dengan penumpang macam seorang jutawan sombong.Pantang berjumpa perempuan nak mengorat tanpa mengukur saiz badan. Paling ketara ialah pemandu bas Transnasional antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kebanyakan mereka terdiri dari orang Kelantan yang tinggal di kampung pendalaman. Kerjaya sebagai pemandu bas skspres SKMK atau Tranasional merupakan kerjaya tertinggi yang menjadi idaman. Di Kelantan kerjaya sebagai pemandu bas bermula apabila Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan atau SKMK beroperasi secara monopoli di negeri ini sejak tahun 50an. Oleh yang demikian menjadi khayalan kepada kebanyakan warga negeri ini untuk berjaya sebagai pemandu syarikat tersebut. Malahan dikalangan yang agak sederhana pula mereka lebih cenderung menjadi seorang konduktor. Taraf konduktor ketika itu hampir sama dengan seorang guru maktab perguruan. Di dalam sistem pengurusan bas tersebut seorang konduktor boleh dinaikkan pangkat kepada Inspektor Bas. Tugas Inspektor pula ialah mengadakan 'spot-check' keatas bas-bas supaya penipuan bayaran tambang tidak akan berlaku saelain memastikan perjalanan bas mengikut jadual. Inspektor bas kalau di sekolah bolehlah dianggap seperti seorang guru besar. Apabila saja mereka menjalankan pemeriksaan keatas bas, bukan saja pemandu dan konduktor malahan penumpang juga turut sama merasa takut. Masing-masing bersiap sedia dengan tiket untuk diperiksa.

Apabila saya membuat penelitian dikalangan pemandu-pemandu bas ekspress ke negeri Kelantan dari Kuala Lumpur, saya dapati pemandu bas Tranasional lebih berlagak sombong. Sebab-sebab kesombongan tidaklah di ketahui tetapi apabila di perhatikan mereka ini tergolong dari orang kampung yang asalnya menjadi pemandu tempatan bas SKMK. Menjadi pemandu bas ekspress bermakna mereka telah dinaikkan pangkat. ( Di Kelantan, kenaikan pangkat di raikan dengan majlis kesyurukan tanpa mengira tinggi atau rendah pangkat tersebut. Contohnya seorang jiran di kampung saya di Machang yang juga menjadi kawan saya sewaktu kecil, beliau mengadakan majlis kesyukuran apabila di naikkan pangkat dari seorang pemikul papan selipar kepada jawatan Juru Ketok. Kini tugas beliau hanya membawa hammer besar untuk memaku papan selipar yang ditugaskan oleh boroh-boroh lain. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Pemikul Papan Selipar. Note: Beliau merupakan pekerja di KTM. )

Manakala pemandu bas-bas ekspress syarikat lain lebih ceria dan ramah. Mereka-mereka ini aadalah tergolong dari bekas pemandu tentera yang banyak pengalaman dari segi pergaulan dan sebagainya. Selebih itu kebanyakan pemandu terdiri dari warga muda yang mempunyai pendidikan sekurang-kuranya peringkat SPM dan mempunyai motivasi diri. Jadi sekiranya kita bertanyakan sesuatu kepada seorang pemandu bas, lalu tidak dilayan sebagaimana yang kita harapkan, anggaplah itu sebagai lumrah. Janganlah sesekali merasa kecewa. Terimalah ia seadanya.

No comments: