Thursday, November 6, 2008

Pengalaman Temuduga Pertama

1979 - Kota Bharu, Kelantan

Sebaik saja menerima keputusan peperiksaan SPM, saya dan rakan-rakan sekampung bertekad untuk berkerja sebelum meneruskan pengajian. Kebetulan SKMK iaitu sebuah syarikat bas terbesar di Kelantan sedang menawarkan beberapa peluang perkerjaan. Iklannya disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia yang ketika itu berharga 25 sen. Sebulan selepas permohonan dibuat, saya dan rakan, Khaidir dipanggil untuk ditemuduga di ibu pejabatnya, di Kubang Kerian.

Kali pertama menghadiri temuduga, suasana dirasakan berbagai. Perasaan takut bercampur resah dan macam-macam. Saya merupakan calon yang ke lima ditemuduga. Tempatnya dibahagian atas pejabat yang tangganya berada diluar.

Sebaik saja masuk saya terus mengucapkan selamat pagi (ketika itu budaya memberi salam masih belum dilaksanakan kecuali fakir miskin yang meminta sedekah dikampung yang mengharapkan sedenak beras).

Ucapan saya tidak dijawab. Kedua pegawai yang akan menemuduga saya memandang tajam kearah saya bagaikan nak makan. Kelihatan begitu garang sekali.

Semasa ditemuduga kedua pegawai tersebut menduga saya dengan berbagai cara termasuklah menyuruh saya mengecat bas. Semua pertanyaan dengan bahasa yang garang dan penuh sindiran.

Akhirnya temuduga saya berlalu begitu saja tanpa jawapan.

Apabila saya bertugas di TV3 dan berpeluang menemuduga kakitangan baru, barulah saya tahu mengapa kedua pegawai itu bertindak sedemikian.

Antaranya termasuklah:

1. tahun 1970an SKMK dianggap satu syarikat gergasi di sini. Bas awam dan bas sekolah semuanya dimonopoli oleh syarikat ini. Malahan ramai kalangan pelajar yang bercita-cita untuk berkerja di syarikat ini setelah menamatkan alam persekolahan nanti. Ibu bapa pula menaruh harapan kepada anak yang kurang bijak dalam pendidikan agar di suatu hari dapat berkerja sebagai konduktor bas syarikat ini. Justeru kemungkinan orang yang berpeluang berkerja di syarikat ini berkebetulan jadi pegawai penemuduga pula merasakan diri mereka ada kuasa dan berlagak sombong.

2. Faktor kedua ialah kemungkinan kedua pegawai tadi adalah mereka yang tidak berkelulusan tetapi berpeluang berkerja di syarikat ini diatas rekomen dari saudara mara. Jadi kebodohan mereka itu ditonjolkan secara nyata.

Nota:

Tangga gaji tahu 1970an

1. Boroh - RM 180.00 sebulan
2. Kerani - RM 280 - RM 390.00 sebulan.

Gaji Pegawai Daerah dianggap paling tinggi iaitu RM 1000.00
Harga rokok ketika itu ialah 10 sen untuk 5 batang.

Tangga gaji 2008

1. Boroh - RM 1,300 sebulan.
2. Penjaga Kaunter Supermarket _ RM 1800,00 sebulan
Harga rokok ketika ini ialah 45 sen untuk sebatang.

No comments: