Friday, November 7, 2008

KISAH KAMPUNG KU DI AKHBAR USA

Los Angeles 1997

Sementara meneruskan perjalanan ke Santiago, Chile yang melalui Miami, Florida saya bermalam di sebuah hotel yang tidak jauh dari Lapangan Terbang di Los Angeles, USA.
(Sebelum itu, sehari suntuk saya bersama dua rakan lagi melawat Hollywood, tempat pembikinan filem di USA. Tempat ini dikunjungi oleh pelancung dari seluruh dunia. Untuk mengambil tiket sahaja, kami terpaksa berbaris hampir satu kilometer. dan di dalamnya pula, pengunjung terpaksa menaiki keretapi yang disediakan bagi melawat kawasan yang berbagai dan begitu luas sekali).

Saya merayap di Drug Shop (Bukan kedai jual dadah - di luar negara Drug Shop ialah kedai yang menjual ubat-ubatan dan sedikit barang runcit termasuk rokok dan akhbar). Saya membeli sebuah tabloid bernama THRILL. banyak cerita karut marut dalam tabloid ini.

Saya tertarik dengan satu cerita yang berlaku di Malaysia yang ditulis sendiri oleh penulis tersebut semasa bertugas di Malaysia suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya cerita itu berlaku berhampiran dengan kampung ku.Terasa pelik dan ajaib. Kerana membaca surat khabar di USA mengenai cerita yang berlaku di kampung sendiri. Terasa pelik sebab seluas-luas alam ini dan sekecil-kecil kampung ku boleh bertemu kisahnya di negara asing.

Ceritanya begini;

Penulis tersebut seorang Mat Salleh yang berasal dari England ditugaskan sebagai Jurutera Penyelia di Lombong Bijih Besi, Temangan, Kelantan. Kisahnya berlaku diawal tahun '60an.

Jurutera itu kebiasaannya berulang alik dari Temangan ke Machang yang jaraknya 10km yang melului kawasan perkuburan Cina dan selekoh berhantu di Kg. Pertok. Tempat ini hanya tidak sampai dua kilometer dari kampung ku. Sebenarnya selekoh ini memang terkenal dengan tempat berhantu. Ramai yang sudah berpengalaman di sini. Saya sendiri sewaktu kecil, biasanya mengikut jiran ke Temangan dengan berbasikal walaupun bercuaca gelap dan hujan dengan tujuan tidak lain untuk menonton wayang cerita hindustan. dan kami sering juga melihay pokok senduduk berupa manusia sedang duduk dari pandangan jauh terutamanya diwaktu bulan terang, namun apabila mendekatinya didapati pokok senduduk. Bau wangi pokok dedap jangan lah cerita. sentiasa dilalui tetapi dalam keadaan beramai-ramai berbasikal tidaklah terasa seram bahkan kami pula bergurau untuk melihat jelmaan hantu namun tidak pernah pun terjumpa secara nyata.

Suatu hari Jurutera itu pulang lewat malam dalam cuacanya hujan. Ia memandu kereta jenis Morris. Setibanya di selekoh tajam itu ia terlihat seorang gadis yang kelihatan sungguh anggun melambainya. Entah macamana dia terus berhenti dan mempelawa gadis itu menaiki keretanya. Belum sempat pintu dibuka, gadis itu telah berada di kerusi hadapan iaitu di sebelahnya. Baunya amatlah harum. Gadis berambut panjang itu hanya pandang ke hadapan tanpa bercakap apa-apa. Ketika itu beliau tidak mengesaki apa-apa yang ganjil sehinggalah tiba di kawasan perkuburan Cina. Gadis itu memberi isyarat supaya beliau berhentikan kereta. Jurutera tadi terus berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk ke kubur itu. Belum sempat membuka pintu keretanya, gadis itu terus keluar berjalan menuju kearah kubur tersebut. Tapi sebelum ia keluar satu senyuman manis dihadiahkan kepada Jurutera tadi. Masih jadi ingatan di fikiran Jurutera tadi. Rupa gadis tadi amatlah menyeramkan. Bertaring panjang, mata kemerahan, mukanya buruk sekali, biji mata hampir keluar, kuku panjang menjela kemudian meninggalkan bau busuk mayat yang teramat sangat. Apa lagi, Jurutera tadi memecut keretanya sehabis laju sehinggalah sampai di kuartersnya dan pengsan di dalam keretanya.

Keesokan hari semasa ia tersedar ada beberapa pegawai lombong dan beberapa kakitangan lain termasuk seorang doktor di sebelahnya.

Jurutera tadi mengalami demam selama beberapa bulan yang akhirnya beliau memohon pulang ke tanah airnya di Britain.

(Nota : Tabloid Thrill ini di pasarkan di seluruh dunia,)

Thursday, November 6, 2008

Pengalaman Temuduga Pertama

1979 - Kota Bharu, Kelantan

Sebaik saja menerima keputusan peperiksaan SPM, saya dan rakan-rakan sekampung bertekad untuk berkerja sebelum meneruskan pengajian. Kebetulan SKMK iaitu sebuah syarikat bas terbesar di Kelantan sedang menawarkan beberapa peluang perkerjaan. Iklannya disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia yang ketika itu berharga 25 sen. Sebulan selepas permohonan dibuat, saya dan rakan, Khaidir dipanggil untuk ditemuduga di ibu pejabatnya, di Kubang Kerian.

Kali pertama menghadiri temuduga, suasana dirasakan berbagai. Perasaan takut bercampur resah dan macam-macam. Saya merupakan calon yang ke lima ditemuduga. Tempatnya dibahagian atas pejabat yang tangganya berada diluar.

Sebaik saja masuk saya terus mengucapkan selamat pagi (ketika itu budaya memberi salam masih belum dilaksanakan kecuali fakir miskin yang meminta sedekah dikampung yang mengharapkan sedenak beras).

Ucapan saya tidak dijawab. Kedua pegawai yang akan menemuduga saya memandang tajam kearah saya bagaikan nak makan. Kelihatan begitu garang sekali.

Semasa ditemuduga kedua pegawai tersebut menduga saya dengan berbagai cara termasuklah menyuruh saya mengecat bas. Semua pertanyaan dengan bahasa yang garang dan penuh sindiran.

Akhirnya temuduga saya berlalu begitu saja tanpa jawapan.

Apabila saya bertugas di TV3 dan berpeluang menemuduga kakitangan baru, barulah saya tahu mengapa kedua pegawai itu bertindak sedemikian.

Antaranya termasuklah:

1. tahun 1970an SKMK dianggap satu syarikat gergasi di sini. Bas awam dan bas sekolah semuanya dimonopoli oleh syarikat ini. Malahan ramai kalangan pelajar yang bercita-cita untuk berkerja di syarikat ini setelah menamatkan alam persekolahan nanti. Ibu bapa pula menaruh harapan kepada anak yang kurang bijak dalam pendidikan agar di suatu hari dapat berkerja sebagai konduktor bas syarikat ini. Justeru kemungkinan orang yang berpeluang berkerja di syarikat ini berkebetulan jadi pegawai penemuduga pula merasakan diri mereka ada kuasa dan berlagak sombong.

2. Faktor kedua ialah kemungkinan kedua pegawai tadi adalah mereka yang tidak berkelulusan tetapi berpeluang berkerja di syarikat ini diatas rekomen dari saudara mara. Jadi kebodohan mereka itu ditonjolkan secara nyata.

Nota:

Tangga gaji tahu 1970an

1. Boroh - RM 180.00 sebulan
2. Kerani - RM 280 - RM 390.00 sebulan.

Gaji Pegawai Daerah dianggap paling tinggi iaitu RM 1000.00
Harga rokok ketika itu ialah 10 sen untuk 5 batang.

Tangga gaji 2008

1. Boroh - RM 1,300 sebulan.
2. Penjaga Kaunter Supermarket _ RM 1800,00 sebulan
Harga rokok ketika ini ialah 45 sen untuk sebatang.

Tuesday, November 4, 2008

DUNIA MLM

Berapakah pendapatan bulanan yang anda inginkan? Apakah kecenderungan anda masih kepada pendapatan hasil dari makan gaji atau anda mempunyai keinginan untuk meraih pendapatan tertinggi sekali gus akan bebas dari hutang dan bebanan-bebanan lain?

Jawapan pasti ada pada anda. Namun awas pilihan anda mungkin terpengaruh dengan persekitaran kehudupan anda. Anda mungkin melihat makan gaji lebih selamat berbanding berkerja sendiri. Malah ramai yang hidup selesa melalui makan gaji. Namun sedarkah anda bahawa bajet untuk melancong tidak ada dalam pengkiraan kebanyakan rakyat di negara kita. Ini adalah kerana pendapatan melalui makan gaji hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan seharian tanpa membolehkan seseorang itu berbelanja berlebihan.

Dan apakah jalan terbaik untuk menambah pendapatan tanpa menjejaskan perkerjaan seharian anda. Adakah anda memilih perniagaan seperti menjual kain, nasi lemak atau goreng pisang sebagai langkah menyelesaikan masaalah bebanan pembelanjaan keluarga?

Sebenarnya ada banyak cara ditawarkan dipasaran namun kemungkinan anda tidak berpeluang menemuinya. Mungkin juga anda tidak menyedari bahawa peluang itu sebenarnya telah menyinggah dalam kehidupan anda namun anda menepis kerana mungkin ianya tidak bertepatan dengan kehendak anda.

Sebenarnya anda berada dalam kerugian. Kerana anda cuba memilih untuk mendapatkan wang walhal wang sebenarnya mengelilingi kehidupan seharian anda.

Tahukah anda bahawa pemasaran berbagai aras atau Multi-level Marketing menawarkan berbagai pakej perniagaan yang menjamin pendapatan luar biasa kepada ahli. Tapi mengapakah ramai diantara cendekiawan di Malaysia menolak sistem perniagaan yang mengutungkan ini sedangkan golongan yang kurang berpendidikkan meraih kejayaan cemerlang. Berbagai contoh yang dapat kita lihat; Seorang Mak Cik bekas penjual goreng pisang memperolehi pendapatan melebihi RM200 ribu sebulan melalui pemasaran multi level. Seorang bekas tukang kebun sekolah bergaya di hadapan Merzedes S320 yang baru dibeli dengan memperolehi pendapatan melebihi RM20 ribu sehari. Itu antara contoh kejayaan. Tapi kenapakah kita masih memperlekehkan perniagaan ini walaupun ianya membuktikan kejayaan-kejayaan tersebut.

Sebenarnya kita telah setkan minda sejak dari alam persekolahan bahawa suatu hari anda akan jadi itu dan ini. Bayangkanlah seorang Mat Despatch terpaksa menunggu lima tahun untuk kenaikan pangkat sebagai kerani dengan gaji bulanan tidak melebihi RM500. Keluarga di kampung meraikannya dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Namun berapa ramaikah keluarga yang mengadakan kenduri kesyukuran anaknya yang memperolehi pendapatan melebihi RM100 ribu sebulan melalui perniagaan MLM. Malahan semasa pulang ke kampung di hari raya mereka kurang mendapat perhatian berbanding dengan seorang anak guru yang kini bertugas sebagai seorang kerani di sebuah pejabat di Ibu Kota dengan memperolehi pendapatan kurang dari RM 1 ribu sebulan.

Ini adalah diantara mind-set yang berkitar di kebanyakan fikiran orang Malaysia.

Kenapakah pula kebanyakan orang yang berjaya dalam MLM adalah mereka yang kurang pendidikan malah golengan yang berpendidikan tidak mendapat tempat dalam industri ini. Secara asasnya golongan berpendidikan mempunyai sasaran hebat. Mereka dari awal menyusun perancangan untuk jadi itu dan ini. Dan akhirnya mereka selesa apabila mencapai tahap pendapatan RM3 ribu keatas sebulan ditambah pula pendapatan isteri atau suami hampir RM2 ribu sebulan. Kereta Waja yang mereka guna untuk sekian lama menjadi kebanggaan apalagi kini mereka dapat membeli secara hutang sebuah rumah di Rawang dengan menempuhi perjalanan harian selama dua jam ke tempat kerja.

Manakala seorang pengusaha multi-level masih tidak berpuas hati dengan pendapatan harian sebanyak RM2 ribu atau Rm60 ribu sebulan kerana merasakan masih tertinggal jauh berbanding pesaing yang meraih pendapatan melebihi RM100 ribu sebulan.

Jadi apakah sebenarnya diinginkan oleh anda. Apakah sistem penjajah yang mempengaruhi kita dalam pekerjaan bergaji menjadi suatu cita-cita yang tidak pernah padam. Suatu cara British yang mahu menyekat bumiputera dengan menawarkan peluang perkerjaan sebaik saja menamatkan alam persekolahan rendah. Dan apakah sistem berkerja makan gaji mmenjadi budaya kita?

Ayoh, jangan terpengaruh dengan budaya yang menyekat kita dari berekonomi. Maju setapak dengan mencari peluang-peluang yang dapat membantu diri dan keluarga. Gerakkan sekarang dengan penuh keyakinan. Jangan peduli pada apa yang orang kata asalkan kita berjaya.

Sekiranya anda tidak menemui peluang-peluang tersebut, hubungi saya untuk sebarang bantuan - ISMAIL 014 6652 799

Saturday, November 1, 2008

A LIFE INTERNATIONAL

A Life International syarikat pengeluar minuman kesihatan sedang melantik Pengurus Pemasaran dan Agen-Agen Pemasaran diseluruh negara.

1. PENGURUS PEMASARAN

Syarat Kelayakan.

Usahawan yang berminat bolehlah memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Setiap permohonan hendaklah disertai dengan pembelian produk sebanyak RM 50.00 dan hendaklah melantik sekurang-kurangnya satu ejen pemasaran.

Mereka-mereka yang dilantik akan memperolehi faedah keuntungan jualan dari ejen yang dilantiknya sampai bila-bila.

2. AGEN NEGERI

Hanya seorang sahaja ejen negeri bagi negeri yang bersaiz kecil, dua orang ejen bagi negeri yang bersaiz besar.

Syarat Kelayakan.

Usahawan yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan atau hubungi Pengarah Pemasaran yang tertera dibawah.

Setiap Agen Negeri hendaklah membuat pembelian produk sebanyak RM10,000 hingga RM20,000.

3. AGEN KAWASAN

Agen Kawasan dilantaik berdasarkan kawasan yang ditentukan. Hanya seorang agen bagi setiap kawasan.

Usahawan yang berminat bolehlah menghubungi Pengarah Pemasaran seperti yang tertera dibawah.

Setiap Agen Kawasan hendaklah membuat pembelian produk sebanyak RM2,000 hingga RM5,000.

3. DEALER

Dealer akan dilantik secara bebas tanpa had kawasan.

Usahawan yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan melalui borang yang disediakan.

Sebagai dealer, mereka hendaklah membuat pembelian produk diantara RM500 hingga RM1,000 sahaja.

Berikut adalah jadual produk dan carta keuntungan.


Produk MM/ SA/ AA/ D/ HR

BeauShape 3.00/ 3.00/ 3.00/ 9.00/ 50.00
Singa ALIFE 3.90/ 3.90/ 3.90/ 11.70/ 65.00
Kolagen COL28 10.50/ 10.80/ 10.80/ 32.00/ 180.00
Prune Organik 4.80/ 4.80/ 4.80/ 14.40/ 78.00
AliGoal 0.90/ 0.90/ 0.90/ 3.00/ 18.00
GanoGoal 0.90 0.90 0.90 3.00 18.00

MM-Marketing Manager, SA-State Agent, AA-Area Agent, D-Dealer, HR-Harga Runcit
. >>>> ISMAIL MUHAMMAD - PENGARAH PEMASARAN - 014 6652 799